Wednesday 4 April 2012

UAE DAN MESIR BERTINDAK ATAS PENDEDAHAN DATUK ZIN..???

Masih ingat lagi pendedahan yang telah dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Ir Zin Mohamad terhadap Konrad Adenauer Foundation dan National Democratic Initiative beberapa minggu lepas yang dimuatkan dalam Sel13.com, rupa-rupanya telah mendapat perhatian negara asing.

Berikut adalah sebahagian dari petikan pendedahan tersebut :



Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute (NDI)
Dalam sidang akhbar tengahhari tadi, Dato Zin telah mendedahkan penglibatan terus dua agensi asing Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affair (NDI) dalam proses pilihanraya Negara.
KAF merupakan think tank (badan pemikir) terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu parti Christian Democratic Union of Germany (CDU).
Ia ditubuhkan di Jerman pada tahun 1955 dengan nama asal, ‘Society for Christian Democratic Education Work’, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenaeur Foundation pada tahun 1963 sempena nama Chancellor Pertama Jerman selepas era perang dunia kedua.
CDU turut bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU). IDU, yang merupakan sebahagian dari rangkaian global KAF, beribu pejabat di London, United Kingdom dan mempunyai keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (bekas PM Australia)
KAF juga mempunyai sejarah membantu golongan neo-konservatif Yahudi Zionis melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawall tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”.
Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampas an kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman).
Sejak itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga kehari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC di http://www.ajc.org, KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.
BACA SETERUSNYA.... DI SINI  
Bagaimana tidak, Rocky Bru.... BACA DI SINI  dan Apanama.... BACA DI SINI  memberikan perhatian kepada laporan dari CNN terhadap penutupan pejabat KAF dan NDI di Mesir dan Abu Dhabi.


LAPORAN PENUH ...... BACA DI SINI           

Pihak berkuasa di Malaysia... bila akan bertindak seberani seperti UAE dan Mesir itu...??? 
Sumber: The Unspinners 

No comments: