Showing posts with label VALE. Show all posts
Showing posts with label VALE. Show all posts

Saturday, 7 July 2012

KERAJAAN NEGERI BERSAMA TNB DAN VALE SELESAI ISU LORI TANAH DI KDSK


Selepas mendengar keluhan serta pemasalahan 14 penduduk di Kampung Datuk Seri Kamaruddin Tambahan, kerajaan negeri akhirnya berjaya menyelesaikan masalah tersebut hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad serta pihak VALE.

Saturday, 7 April 2012

BILA TEMBELANG SUDAH PECAH...............


PENDEDAHAN surat persetujuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu kilang bijih besi Vale di Teluk Rubiah benar-benar membuat barisan pimpinan pembangkang tersentak.


Baca.... DI SINI


Walaupun bermati-matian cuba mempertahankan Mohammad Nizar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam, usaha itu tampak sia-sia apabila satu persatu tembelang Ketua Pembangkang itu dipecahkan.


Baca.... DI SINI .... DI SINI .... juga .... DI SINI


Lebih mengejutkan, Utusan Malaysia difahamkan, ada kalangan wakil rakyat pembangkang sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan surat berkenaan.


Pada satu ketika, pembangkang dilihat 'menggelabah' apabila cuba lari dari isu pokok dengan melontarkan perkara-perkara yang tidak relevan termasuk membangkitkan perbezaan antara 'bersetuju' dan 'meluluskan'.


''Ini tidak sepatutnya timbul kerana memang projek diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Soalnya, Mohammad Nizar sebelum ini beriya-iya membantah projek ini, sekarang sudah terbukti dia sendiri pernah bersetuju, ini satu hipokrasi," kata seorang penyokong kerajaan ketika ditemui.


Realitinya, pembangkang sudah terperangkap. Tidak hairanlah, memasuki hari kedua persidangan, tiada satu pun pemimpin pembangkang yang tampil membangkitkan perkara itu - sama ada dalam sesi soal jawab mahu pun perbahasan.


Usaha Mohammad Nizar untuk mengalihkan isu lokasi projek itu yang kononnya dicadangkan di Tanjung Hantu juga sudah tidak relevan apabila surat yang ditandatanganinya itu sudah mengambil kira pertimbangan lokasi yang dicadangkan Vale sendiri iaitu di Teluk Rubiah.


Ironinya, ketika Mohammad Nizar masih mahu menegakkan benang basah dalam isu berkenaan, Koo Ham pula dilihat cuba membaiki 'kerosakan' yang disebabkan keterlanjuran ADUN Pasir Panjang itu.


Mohammad Nizar dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Koo Ham semalam dilihat masih berdolak-dalik dengan menyatakan surat tersebut memang sahih tetapi ia bukan bukti bahawa beliau pernah meluluskan projek berkenaan.


Diasak dengan pelbagai pertanyaan pemberita, Koo Ham akhirnya membuat konklusi berikut: ''Kita hormati keputusan BN meluluskan projek ini, tetapi kita harap pelaksanaannya dipastikan tidak merosakkan alam sekitar, itu sahaja."


Timbul persoalan, jika keputusan BN meluluskan projek itu wajar dihormati, kenapa pembangkang sejak awal lagi menggerakkan usaha membantah projek ini sehingga membawa kepada penganjuran demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini?


Bercakap mengenai kehadirannya bersama Mohammad Nizar dalam demonstrasi yang hanya dihadiri kira-kira 100 orang itu, Koo Ham berkata: ''Kita tidak bantah (projek Vale), kita datang sebab rakyat panggil kita, sebagai wakil rakyat kita datanglah".


Hakikatnya, perkembangan terbaru ini bakal mematikan langkah pembangkang untuk menjadikan projek Vale sebagai senjata politik PRU-13 di Lumut - kawasan Parlimen yang diketahui sangat diidam-idamkan pembangkang.

Wednesday, 4 April 2012

SIDANG DUN PERAK KE-12 : NIZAR KANTOI MENIPU.... LANGSUNG TAK SEBUT MENGENAI MASALAH RAKYAT DI DUN PASIR PANJANG!!!!





Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ada menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan dokumen yang membuktikan Nizar Jamaluddin terlibat dengan Projek Vale di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu selama tempoh 11 bulan.
Maka, di persidangan hari ini dokumen terbabit telah dikeluarkan dan terpamerlah tandatangan si muka ‘Tidak Reti Malu Si Penipu’ yang kononnya membantah projek berkenaan dengan mendakwa mengambil tanah milik orang Melayu selain menyekat pendapatan rakyat.
Daripada dokumen yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.
Selain itu, antara isi kandungan surat yang menyatakan hubungan dua hala antara kerajaan negeri ketika itu dengan Vale adalah seperti berikut:
“Let me reassure you again that the State Government of Perak will response accordingly to the decision of MITI on this project byproviding all the necessary supports and assistance needed for it to be implemented successfully here”
“The state will process the transfer of the said land to Vale and conversion of the land to industrial use once the appropriate application received by the Department of Land and Mines”
Inilah bukti Nizar bersetuju dengan pelaburan projek itu di Perak ketika beliau memerintah namun ia dibantah sekarang.
Sudah la menipu, beliau masih nak menegakkan benang yang basah. Itulah sikap sebenar Nizar yang hanya pandai bercakap terlolong-lolong tanpa sebarang bukti.
Apa tidaknya, dalam masa beberapa minit ketika membahaskan titah perasmian beliau telah melakukan banyak fitnah, bermula dari soal projek Vale, berkaitan Tanjung Hantu selain fitnah tentang pembayaran kepada AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak sampailah isu berkaitan NFC.
Namun, tidak ada satu pun masalah berkaitan rakyat di kawasannya dinyatakan dalam perbahasan.
Bukankah antara peranan persidangan Dewan Negeri sebenarnya adalah untuk para pemimpin negeri atau ADUN mewakili rakyat di kawasan masing-masing untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963.
Malah, perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini bolehdilakukan melalui perbahasan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan dan sebagainya.
Namun, apa yang Nizar lakukan, sibuk mencanang masalah orang lain, sengaja mencipta 1001 fitnah tetapi masalah rakyat dipinggirkan.
Atau mungkin Nizar sebenarnya tidak tahu langsung masalah sebenarnya rakyat di kawasan Pasir Panjang.
***...............DAN MASIH BERCITA2 SANGAT TINGGI UNTUK BERTANDING SEBAGAI ADUN LAGI..!!!!

KANTOI..!!!!NIZAR SAHKAN SURAT PR SOKONG PROJEK VALE DALAM SIDANG DUN PERAK KE-12..!!!





Seperti dijangka, sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersambung hari ini kecoh apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tampil membongkar pembohongan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berdasarkan surat sokongan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pelaburan syarikat SA Vale di Teluk Rubiah.
Selepas pendedahan berlangsung hampir 15 minit, Adun Pasir Panjang itu bangun dan mengesahkan surat yang bertarikh 17 Disember 2008 adalah benar dan sahih.
Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) berhubung kelulusan projek pengagihan bijih besi syarikat nasional dibina di Teluk Rubiah bukan di Tanjung Hantu, Zambry berkata, pihak pembangkang terutamanya Nizar telah menggunakan projek itu meraih sokongan politik.
Menurutnya, berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Nizar, kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu mengalu-alukan projek itu bagi mendapatkan lesen pengilang daripada kerajaan Persekutuan dan kementerian, memaklumkan perkembangan positif perundingan positif antara syarikat Vale dan Harta Makmur Sdn Bhd untuk membeli tanah padang golf di Teluk Rubiah serta kerajaan negeri akan memproses urusan pindah milik dan tukar syarat tanah.
“Isu Vale SA ini yang dipolitikkan pihak pembangkang boleh menjejaskan tahap keyakinan pelabur untuk melabur di Perak.
“Baru-baru ini, pemimpin pembangkang termasuklah Nizar, Ngeh Koo Ham dan Adun Tronoh, V Sivakumar menyertai demonstrasi membantah projek ini di Teluk Rubiah sedangkan ketika PR memerintah Perak, ia mendapat sokongan mereka,” katanya lagi.
Tidak berpuas hati dengan penjelasan Zambry, Koo Ham bangun mencabar kerajaan negeri mendedahkan semua surat dan minit mesyuarat berhubung kelulusan projek Vale SA untuk didedahkan kepada rakyat jelata.
Beliau juga mendakwa kerajaan negeri mempunyai kepentingan dengan syarikat Harta Timur Sdn Bhd dan KYM Holdings yang mempunyai cukai tanah bernilai lebih RM20 juta hingga menyebabkan lokasi Teluk Rubiah dipilih untuk tapak projek, bukannya Tanjung Hantu.
Ketika menjawab soalan itu, Zambry berkata, percanggahan maklumat berhubung projek Vale SA antara Nizar dan Koo Ham yang ketika itu memegang exco kanan jelas menunjukkan bahawa Adun Pasir Panjang itu hanya boneka kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali meminta dewan menghadapkan Nizar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menipu rakyat kerana wujud dua Menteri Besar ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak.

JANGAN POLITIKKAN ISU PROJEK VALE DI TELUK RUBIAH..!!!


Kira-kira 300 orang ahli pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar daerah Manjung mengadakan perhimpunan aman di pintu masuk utama syarikat Vale di Teluk Rubiah, Seri Manjung dekat sini lewat petang semalam bagi melahirkan sokongan mereka terhadap pelaksanaan projek tersebut.
Apa yang menarik, kesemua mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut terdiri daripada 100 peratus penduduk setempat sekaligus memberi tamparan kepada pihak pembangkang yang mengadakan demonstrasi di tempat sama, Sabtu lalu yang dihadiri oleh pengacau dari luar daerah ini.
Perhimpunan aman selama sejam mulai 5.30 petang itu disertai 10 NGO diadakan sebagai membantah tindakan pihak pembangkang yang terus meracun pemikiran orang ramai berkaitan dengan isu syarikat tersebut di situ.
Antara NGO yang terlibat, Barisan Pembela Melayu Manjung, Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (Perwira), Pertubuhan Belia 4B Lumut, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Berpadu Sitiawan, KRT Kampung Datuk Seri Kamaruddin Seri Manjung, Belia Melayu Manjung, Kumpulan Nelayan Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor.
Pengerusi Pertubuhan Belia 4B Lumut, Mohd Rafiq Mohd berkata, seramai lebih 50 ahli pertubuhan tersebut menyertai perhimpunan aman tersebut.
“Kami berhimpun pada hari ini bagi melahirkan sokongan generasi muda kepada kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang terus berkerja keras membawa pelbagai pembangunan di sini.
“Pembangunan yang dibawa turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sewajarnya disokong penuh,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Aman Teluk Rubiah, lewat petang semalam.
Presiden Pertubuhan Belia Warisan dan Interaksi Rakyat, Azmi Murid, berkata pihaknya kesal berikutan tindakan pihak pembangkang yang cuba meracuni fikiran orang ramai untuk membantah operasi projek Vale di situ.
“Kami kesal dengan tindakan mereka (pembangkang) yang majoritinya terdiri daripada orang luar yang cuba menjadi hero dalam isu tersebut.
“Kami sebagai orang tempatan disini berhak menentukan hala tuju dan kehendak kami.. kamu pembangkang.. jangan cuba campurtangan,” katanya.
Pengerusi Kuil Sri Minachi Aman, Kampung Datuk Seri Kamaruddin Seri Manjung, S. Vasan berkata, pihaknya menyokong tindakan syarikat Vale yang menjalankan operasi di situ kerana mampu memberi peluang ekonomi kepada penduduk pelbagai kaum di situ.
“Selain peluang pekerja, kami juga boleh menjalankan perniagaan sekaligus mampu mengubah taraf hidup penduduk dan mampu memperat lagi hubungan yang terjalin sejak dahulu lagi.
“Tindakan pembangkang yang mahu membuat kacau ini…. seolah-olah cuba meruntuhkan hubungan baik kami pelbagai kaum di sini,” katanya.
Pada Himpunan Teluk Rubiah Perak, Sabtu lalu yang kononnya dianjurkan oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) namun ‘dikepalai’ Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hanya dihadiri kira-kira 100 peserta yang rata-ratanya terdiri di kalangan orang luar termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham. ~ Perak Today

Monday, 2 April 2012

VALE : POLITIK ATAU ALAM SEKITAR...???



Pertembungan antara alam sekitar dan politik telah membawa Perak kedalam isu yang cukup hangat diperdebatkan terutamanya di MEDIA BARU dan telah mula menular kedalam media konvensional.

Samada ceritanya benar atau persepsi sudah tidak dihiraukan demi memenuhi citarasa dan kehendak pembaca.

Pembaca mesti memilih samada mahu melihat cerita VALE ini dari sudut mana, samada politik atau pun alam sekitar.




Pihak NGO yang kuat sangat memainkan isu VALE ini ialah seseorang yang mengaku sebagai pejuang alam sekitar melalui SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM).... yang kononnya tidak bermotif politik!!!


Antara perkara yang menjadi kebimbangan pihak tersebut adalah :

1. Pihak VALE tidak mengikut apa yang dijanji iaitu tidak menggunakan jalan utama. Namun sehingga ke hari ini, lori-lori yang mengangkut barang dari tapak kilang VALE masih terus menggunakan jalan utama. Ia menjadi kebimbangan penduduk tempatan kerana jalan telah mulai mendap akibat lori2 yang besar dan menjadi kebimbangan akan berlaku kemalangan melibatkan keluarga mereka.

2. Meminta supaya 'buffing zone' diserah kembali kepada penguatkuasa tempatan untk dikawal selia.

3. Memperjuangkan hak-hak nelayan yang akan kekurangan mata pencarian akibat dari pembinaan Jeti untuk kapal-kapal besar VALE yang akan berlabuh.

4. Mempertahankan status kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan dan tidak perindustrian.

PENULIS DAN RAKAN-RAKAN TELAH DIPELAWA OLEH PIHAK VALE UNTUK MENDENGAR SENDIRI PENJELASAN MENGENAI ISU YANG MENJADI TOPIK YG SANGAT HANGAT DIPERBUALKAN OLEH PENDUDUK SEKITAR KEBELAKANGAN INI......












PENJELASAN DARI PIHAK VALE...

1. Jalan lain yang dijanjikan oleh pihak VALE aka dibina dalam masa yang terdekat diamana jalan tersebut bukan saja akan digunakan oleh pihak VALE malah akan menjadi jalan penting untuk penduduk setempat.

2. 'Buffing zone' akan dikawal selia sendiri oleh pihak VALE dan memberi jaminan akan mengekalkan kehijauan kawasan tersebut.

3. Pertemuan dengan nelayan-nelayan akan dibuat oleh pihak VALE dalam masa yang terdekat.

4. Pemilihan kawasan Teluk Rubiah sebagai tapak kilang setelah mengambil kira secara teknikal oleh pakar. 19 tempat telah dicadangkan kepada pihak VALE di 5 buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Kesesuaian Teluk Rubiah adalah dari segi kedalaman lautnya dimana membolehkan kapal2 besar berlabuh.

Kesimpulannya, VALE adalah merupakan syarikat gergasi yang pasti akan menjana ekonomi kepada negeri dan negara. Menurut salah seorang boss VALE, sehingga hari ini VALE telah melabur RM500 million di Perak.

VALE juga telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menaja murid-murid sekolah disekitar Manjung mengikuti program di OBML.

Namun begitu, jika dilihat dari gambar-gambar berikut..... kebimbangan penduduk sekitar mengenai ekosistem dan keadaan alam sekitar, ada wajarnya....

Tetapi adakah ianya hanya setakat itu sahaja???

Ikuti penjelasan oleh MB Perak, Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir ...... DI SINI ... JUGA DI SINI  DAN   DI SINI


Namun segala penjelasan dari MB Perak itu bagai tiada erti buat mereka.... sehinggalah blogger angkatanpemikir mendedahkannya. Berikut adalah pendedahan yg beliau lakukan....


PANAS!!!KAMI DEDAHKAN NIZAR TERLIBAT!

SETELAH KESELURUHAN JENTERA MAYA PAKATAN RAKYAT MENGGILA DENGAN ISU NUKLEAR LYNAS,

SERANGAN DEMI SERANGAN DITUJUKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK DIBAWAH KEPIMPINAN DR SRI ZAMBRY KADIR YANG DIGELAR HITAM ITU,

APABILA KEPIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT MENSASARKAN KILANG LYNAS SEBAGAI MEMUDARATKAN,MEMBAHAYAKAN MALAH MAMPU MERAGUT RIBUAN NYAWA.... PAKATAN RAKYAT DI PERAK TIDAK KURANG HEBATNYA DALAM MEMILIH "ANCAMAN NYAWA" BAGI MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINAN ZAMBRY..HEBAT!

KALI INI KEMAMPUAN BEKAS MENTERI BESAR NIZAR JAMALUDDIN ITU TERSERLAH DENGAN SEBEGITU SPESIFIKNYA BLOGGER BLOGGER PARTINYA MENYUSUN HIMPUNAN DEMI HIMPUNAN BANTAHAN,DEMO DEMI DEMO KESEDARAN...MALAH HEBATNYA SERANGAN MEREKA ITU SAMPAI NGO NGO JUGA DILIBATKAN DALAM SERANGAN MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINAN ZAMBRY...

KAMI TUNTUT PENJELASN NIZAR!!
JANGAN BOHONG RAKYAT!!





***Pihak SAM seolah2 ada niat politik yg sangat jahat terhadap kerajaan BN kerana beriya2 menaikkan isu ini sehingga menjadi panas di ketika DS Dr. Zambry memegang tampuk kepimpinan negeri..... 

Thursday, 29 March 2012

NIZAR JUGA TERLIBAT PROJEK VALE, DOKUMEN BUKTI AKAN DIKLASIFIKASIKAN...!!!


JIKA DI GEBENG, KUANTAN.... ISU LYNAS MENJADI TUMPUAN UTAMA PEMBANGKANG SEBAGAI 'SENJATA' UNTUK MENYERANG KERAJAAN.
DI DUN PASIR PANJANG (PARLIMEN LUMUT) ISU YANG PALING SENSASI DAN SANGAT MEMBAKAR ADALAH ISU PROJEK VALE DI TELUK RUBIAH LUMUT.

Puas menahan sabar dengan kerenah dan fitnah yang semakin menjadi-jadi dan melampau puak-puak pakatan haram di Perak..... akhirnya...... DS Dr. Zambry bersuara :

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi membangkitkan perasaan marah dan benci di kalangan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya, setiap fitnah dan tuduhan itu sebenarnya dilakukan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ketika parti itu memerintah Perak selama 11 bulan yang penuh dengan kepincangan.
Isu berkaitan projek VALE kini mencari wadah hangat dalam mainan politik pembangkang apabila mereka mendakwa Zambry serta exco-exco kerajaan negeri menjual tanah milik orang Melayu di Teluk Rubiah.
Penat dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan, Zambry hari ini bertindak memberi amaran kepada puak-puak pembangkang terutama Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan pembohongan tersebut.
“Jika mereka masih melakukan fitnah atau tuduhan sebegini, maka saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan dokumen-dokumen yang menunjukkan penglibatan Nizar dalam projek itu ketika mereka memerintah Perak.
“Kita dah bincang sama ada kita perlu atau tidak mengklasifikasikan dokumen-dokumen yang menyatakan beliau (Nizar) terlibat atau tidak dalam projek VALE,” katanya.
Tambah Zambry lagi, urusan berkaitan projek terbabit sememangnya berlaku sebelum zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.
Bagaimanapun katanya, hubungan atau proses secara formal sebenarnya telah berlaku sejak zaman pemerintahan Nizar di negeri Perak, namun pemimpin Pas itu dilihat seolah-olah berlakon seperti tidak mengetahui apa-apa.
“Sekiranya perlu, kita akan mengklasifikasikan beberapa dokumen penting, kerana dia sudah menabur satu fitnah yang cukup besar.
“Jadi, saya harap Nizar tidak terus bohong rakyat kononnya dia tidak tahu menahu dan tidak bersetuju dengan projek itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, hari ini.
Sebelum ini, akhbar Suara Keadilan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah berkaitan penjualan tanah milik orang Melayu yang dilakukan oleh Zambry bagi memberi imej negatif kepada pemimpin BN.
Malah, akhbar milik pembangkang itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan bersalah kerana sanggup membuat fitnah dan melemparkan kenyataan seteruk itu.
***SEBENARNYA PERKARA INI (PROJEK VALE) SEMAKIN DISENSASIKAN OLEH OTAI MANJUNG (OM) DI DALAM BLOGNYA ... DI SINI ... DENGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM), MENJELANG PRU 13 YANG SEMAKIN HAMPIR.  KONONNYA BERTUJUAN MEMPERTAHANKAN ALAM SEKITAR... TETAPI AGENDA DI SEBALIKNYA HANYALAH UNTUK MEMFITNAH DS DR. ZAMBRY UNTUK MENIMBULKAN KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP MB PERAK ITU KERANA OM ADALAH PENYOKONG TEGAR PR DI PERAK......