Monday, 12 March 2012

SEPUCUK SURAT DARI BANK DUNIA UNTUK ANWAR IBRAHIM

AIDCNews  – Sepucuk surat dari Bank Dunia yang menawarkan jawatan perunding jangka pendek telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Januari 2006, ketika Paul Wolfowitz menerajui kepimpinan bank berkenaan.
Surat dihantar oleh Akhila Narayanan dari Pusat Perkhidmatan Sumber Manusia, Bank Dunia, Washington DC kepada Anwar yang beralamat di Amerika Syarikat (AS), 11920 Sugarland Rd. Herndon, VA 201700000.












Menurut kandungan surat itu, tawaran jawatan perunding jangka pendek adalah tugasan sementara yang tidak boleh melebihi 150 hari atau 1,200 jam, termasuk kerja lebih masa.
Meskipun surat dihantar bertarikh 24 Januari 2006, namun surat itu menyebut jika Anwar memberi jawapan persetujuan dalam tempoh 24 jam, jawatannya akan efektif bermula pada 25 Januari 2006.
Anwar ditawarkan berkhidmat selama 30 hari di antara 25 Januari 2006 hingga 01 Mei 2006, sebagai ahli kakitangan Kumpulan Bank Dunia dan akan tertakluk kepada Peraturan Staf terkini institusi tersebut.
Surat itu menyebut “jika anda bukan warganegara AS yang menjalankan mana-mana bahagian tugasan ini di AS, anda mesti memiliki visa yang sah dan kebenaran kerja yang sah yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan dengan Kumpulan Bank Dunia di AS untuk tempoh tugasan ini dan apa-apa pelanjutan daripadanya, di mana visa dan kebenaran kerja itu boleh dipohon di Kedutaan atau Konsulat AS”.
Visa J1

Menurut rekod di atas, Anwar memiliki Visa J1 yang bermaksud visa untuk pertukaran pelawat dan scholar.
Menurut www.rususa.com untuk mendapatkan Visa J1 perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Negara AS.
Laman itu turut menyebut pemilik Visa J1 boleh bekerja tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada INS (Immigration and Naturalization Service).
Menurut wikipedia, Visa J1 boleh dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan AS kepada sesiapa yang dikehendaki untuk bekerja dalam sesebuah projek atau kepentingan AS dan boleh menetap selama dua tahun di negara itu.
Satu dokumen yang diterbitkan Government Accountability Project (GAP), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” yang memetik sumber dari WorldBankPresident.org mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menerima upah sebanyak $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak yang bermula pada 25 Januari hingga 1 Mei 2006.
“Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja ‘meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik’..Namun menurut WorldBankPresident.org, ‘sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar’.
“Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian, pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”, dedah GAP.
Laporan GAP itu turut diulas oleh laman Asia Sentinel dengan tajuk “Anwar Ibrahim and the Bush Neocons“.

No comments: