Sunday 18 March 2012

PRU 13 DI MALAYSIA TAPI KEMPEN DI INDONESIA....

 

BERDASARKAN banyak petunjuk, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim makin hilang pengaruh. Ceramah-ceramahnya di seluruh negara mendapat sambutan dingin.


Di Indonesia, makin banyak pihak terutama pertubuhan Islam melemparkan kritikan terhadap beliau. Ramai pemerhati di republik itu turut mempersoalkan kekerapan Anwar berkunjung ke sana. Antara ungkapan digunakan adalah pemilu (pilihan raya) di Malaysia, lobinya di Indonesia.


Penulis diberitahu oleh seorang teman editor akhbar di Jakarta , rakaman video seks Anwar yang pernah menggemparkan Malaysia, kini menjadi perhatian di negara jiran itu. Ramai yang pertama kali melihat video itu yakin bahawa pelakunya ialah Anwar. ‘‘Indonesia bukan Malaysia. Di sini , tiada tempat untuk politikus yang tiada integriti, mempunyai masalah moral yang serius dan yang asyik berbohong,’’ katanya.


Ternyata Anwar kini menjadi liabiliti kepada gerakan pembangkang di Malaysia. Isu kenyataannya menyokong Israel memburukkan lagi keadaan. Pendedahan terbaru mengenai bantuan asing dalam jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PKR menambah kebimbangan orang ramai. Itu belum bercakap tentang dana daripada luar.


Baru-baru ini, ahli-ahli Parlimen pembangkang terpaksa menyelamatkan Anwar dalam isu Israel. Sampai bila kemungkaran dan hipokrasi beliau mahu dilindungi? Daripada isu skandal seks, dakwaan biseksual, integriti hinggalah pengkhianatan kepada agama, bangsa dan negara.


Kini ramai ahli Pas resah kerana parti itu masih tunduk dan terikat kepada Anwar. Persubahatan itu menjadikan Pas hanyir dan busuk selain - dayus.

SUMBER DI SINI

No comments: