CUBA kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO.
Ketika itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang berada di Kuala Lumpur secara terbuka menyokong gerakan reformasi yang tercetus berikutan pemecatan Anwar tersebut.
Malahan, kita masih ingat bagaimana pada masa itu ahli-ahli keluarga dan orang yang rapat dengan Anwar mengelilingi hampir seluruh dunia untuk meminta campur tangan asing terhadap isu tersebut.
Keghairahan Anwar dan orangnya tidak berakhir di situ, malahan dalam setiap forum antarabangsa yang disertai oleh beliau, Anwar akan mengambil kesempatan memburuk-burukkan negara.
Semua itu membuktikan bahawa antara Anwar dan pihak asing tidak boleh dipisahkan, justeru kita tidak perlu terkejut dengan pendedahan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd.Zin Mohamed mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing membantu parti itu untuk memenangi pilihan raya di negara ini.
Malahan kita tidak perlu merasa hairan apabila pendedahan itu menyatakan PKR meminta bantuan daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.
Ia memandangkan sebelum ini Anwar sememangnya dikenali sebagai pemimpin dari Malaysia yang begitu rapat sama ada dengan pertubuhan atau individu Yahudi.
Sebab itulah, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan menyokong apa juga usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel dalam wawancara dengan The Wall Street Journal.
Pendedahan yang mengaitkan Anwar dengan pihak Yahudi juga bukan kali pertama dilakukan, sebaliknya ia sudah banyak kali.
Antara yang terbaru adalah pada 7 Mac lalu apabila, sebuah blog mendedahkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan satu agensi perisikan antarabangsa pada 2007 untuk meminta pihak berkenaan campur tangan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam surat-surat yang dipaparkan dalam blog AIDC, di www.anwaraidc.com itu mendedahkan permohonan Anwar tersebut dibuat kepada Presiden National Endowment For Democracy (NED), Carl Gersham.
Kedua-dua pendedahan itu jelas memaparkan politik bahaya yang dimainkan oleh PKR dalam usaha mereka berebut kuasa politik di negara ini dengan matlamat utamanya ialah untuk mencapai cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri
Kita amat memahami bahawa Anwar dan PKR terlalu terdesak untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia disebabkan mereka melihat Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah misi terakhir untuk berbuat demikian memandangkan faktor usia yang kini memburu setiap pemimpin utama pembangkang.
Tetapi apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah kalaupun sudah kemaruk kuasa dan begitu ghairah hendak menumbangkan kerajaan BN, kenapakah perlu pihak asing ‘dijemput’ untuk turut serta?
Mungkin seperti biasa PKR akan terus dengan politik putar-belit dan penafian mereka tetapi apa yang kita hendak persoalkan apa pula pendirian Pas dan DAP.
Selama ini, seburuk-buruk permainan politik kedua-dua parti itu menentang BN, mereka tidak pernah melakukan tindakan seperti PKR. Oleh itu, jika kedua-dua parti berkenaan berdiam diri dengan perbuatan PKR maknanya mereka bersedia untuk bersubahat melunaskan agenda politik bahaya PKR.
Apa yang lebih dipersoalkan ialah tindakan Pas yang setakat ini seolah-olah kelu seribu bahasa untuk mengulas pendedahan tersebut. Mungkin sekali lagi pemimpin-pemimpin Pas akan menganggap semua itu adalah fitnah dan mainan politik UMNO serta media arus perdana.
Tetapi bukti-bukti yang dipaparkan sudah jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah satu dakwaan kosong, kalau apa yang didedahkan tidak benar maka Pas perlu menasihatkan PKR mengambil tindakan undang-undang.
Oleh itu, sebagai parti yang mempunyai alim-ulama, Pas sudah pasti memahami hukum berkawan dengan pihak yang bersekongkol dengan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan yang dipimpin orang Islam.
Perkara ini sudah ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menyatakan, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.
Janganlah pula pemimpin-pemimpin Pas menganggap oleh kerana kenyataan itu dibuat oleh ulama UMNO maka ia tidak boleh dipegang.
Justeru kita mahu melihat ketegasan Pas dalam soal ini memandangkan apa yang dilakukan sekutu mereka itu adalah sangat bahaya kepada keselamatan negara.
Pas selama ini telah menegaskan bahawa mereka menyertai pilihan raya atas semangat demokrasi walaupun mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus tetapi mereka tidak pernah meminta campur tangan asing.
Malahan penulis masih ingat suatu ketika dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memberi peringatan bahawa apa pun masalah dalaman negara ini, tiada mana-mana negara asing yang berhak campur tangan.
Penulis yakin pendirian Nik Abdul Aziz itu tidak pernah berubah, oleh itu wajarkah Pas hendak membiarkan sahaja PKR bertindak demikian.
Terserahlah kepada Pas untuk menentu apa langkah yang sepatutnya mereka lakukan tetapi apa yang pasti rakyat kini terutamanya orang Melayu perlu sedar mengenai corak politik PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Ia kerana pendedahan kerjasama dan memohon bantuan asing ini boleh mendedahkan negara dalam bahaya termasuklah kemungkinan Malaysia dipimpin oleh kerajaan boneka.
Seperti mana kata Fathul Bari apa yang dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberikan.
Kenyataan itu adalah benar kerana apabila pihak asing dengan senang hati menghulurkan tangan memberikan bantuan mereka, maka ia sudah tentulah tidak dilakukan secara percuma. Mereka pasti akan menuntut balasan apabila tiba masanya kelak.
Kita tidak boleh membiarkan ini berlaku kepada negara ini hanya disebabkan perbuatan sekelompok manusia yang kemaruk dan gila kuasa.

Oleh Zulkiflee Bakar
No comments:
Post a Comment