Friday, 9 March 2012

KHUTBAH JUMAAT

PERTAMA KALI PENULIS PAPARKAN DI SINI....KHUTBAH JUMAAT..... 
MARI KITA HAYATI DAN AMBIL PENGAJARAN DARIPADANYA...


Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iman dan taqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan segala usaha kita itu akan dinilai dan dibalas dengan kehidupan yang aman dan bahagia, di dunia dan juga di akhirat. 

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah di atas nikmat dan anugerahNya yang melimpah ruah kepada kita. Marilah kita renungi firman Allah di permulaan khutbah tadi dalam surah al-Maidah ayat 82 yang bermaksud: “Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” 

Khutbah pada hari ini ingin mengajak sidang jemaah untuk menghayati pemahaman ayat ini khususnya berkaitan dengan permusuhan orang-orang Yahudi ke atas Umat Islam. Realitinya, Orang-orang Yahudi dan golongan kuffar telah berusaha untuk menghalang Umat Islam daripada mengecapi kegemilangan apatah lagi untuk menjadi kuasa besar dunia. Inilah antara matlamat utama yang ditetapkan oleh orang-orang Yahudi berkaitan sikap mereka terhadap Umat Islam seperti berikut:- 

Pertama: Berusaha memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam daripada ke arah kekufuran. 

Kedua: Menidakkan hak Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia. 

Ketiga: Menguasai beberapa buah Negara Umat Islam yang mempunyai nilai kekayaan tinggi untuk diekploitasikan. 

Berhubung dengan matlamat pertama orang Yahudi, Allah swt telah memberi ingatan kepada kita melalui firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 217:- 

Bermaksud: “ dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. “ 

Oleh itu, kita dapati pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam kepada kekufuran. Contohnya, Teori Darwin, Fahaman Komunis, Sekularisme, liberalisme dan seumpamanya adalah antara perkara yang cuba disogokkan kepada umat Islam dan manusia sejagat agar kita tidak mengenali pencipta Rabbul Jalil, tidak mengetahui kemuliaan dan hakikat sebenar kewujudan manusia di atas muka bumi ini bahkan sehingga menganggap agama adalah penghalang kemajuan, kebebasan dan seumpamanya. Mereka juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat ini dengan pelbagai agenda jahat yang jelas mengundang bencana kepada umat Islam sendiri. Apatah lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini yang memungkinkan segala-galanya dapai dicapai melalui teknologi maya serta internet. 

Segala dakyah dan doktrin mereka disalurkan dengan cukup halus dan licik sehingga akhirnya kita mengikut cara mereka dalam berbagai aspek kehidupan termasuklah keagamaan. Dewasa kini, wujudnya suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tiada beza dan taranya antara mana-mana agama di dunia ini semakin lantang kedengaran…. Siapakah di sebalik seruan yang indah tapi beracun dan cukup bahaya ini ? Merekalah golongan orentalis dan cendiakawan yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT. Ingatlah! Pertentangan mereka dengan kita adalah atas nama agama dan usaha mereka untuk memerangi aqidah Islam yang suci ini wajib dipertahanakan. Pastikanlah diri kita bebas dari usaha dan tipudaya licik golongan Yahudi ini. 

Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 32: 

Bermaksud: “ mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Sementara itu pula, matlamat kedua bertujuan untuk menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia dengan apa cara sekalipun. Usaha ini telah bermula sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak. Ironinya, mereka dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia telah bersekongkol untuk menjatuhkan khilafah Turki Islamiyyah yang menjadi lambang kemuliaan umat pada masa dahulu, sehinggakan Sultan Abd Hamid yang ke 2 telah cuba disogokkan oleh pemimpin zionis sedunia iaitu Theodor Hertzel agar menyerahkan bumi Palestin kepada Yahudi dan sebagai balasannya baginda telah dijanjikan dengan habuan pencen yang tidak habis dimakan selama tujuh keturunan. Namun, ketegasan Sultan Abdul Hamid ke 2 yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang mantap telah menolak tawaran tersebut demi Islam yang dijunjung tinggi. 

Hakikatnya, sehingga kini belum ada lagi Negara umat Islam yang mampu memimpin dunia Islam dan menyatukan kekuatan Islam untuk mengembalikan kegemilangan empayar Uthamniah. Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 adalah tragedi sedih bagi umat Islam sepanjang zaman. Kesannya, kekuatan dan semangat Negara dan Umat Islam telah jatuh ke tahap yang memilukan. Bahkan, Umat Islam seakan-akan telah hilang identiti keislamannya dan lebih memeritkan lagi, Negara Islam kebanyakannya mundur, miskin serta banyak berlaku peperangan sesama mereka. Inilah realiti yang terpaksa kita akui hari ini bahawa umat Islam semakin lemah dan diserang dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh Allah yang selama ini menanti untuk menghancurkan kita. Oleh itu, melalui mimbar yang suci ini saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan mengembalikan kemuliaan umat ini. 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Matlamat yang ketiga pula ialah menguasai Negara Umat Islam dan mengekploitasi segala kekayaan Negara tersebut walau apa cara sekalipun. 

Cukuplah penjajahan Bumi Palestin sebagai contoh. Negara palestin telah dijajah pada tanggal 14 Mei 1948 dan diumumkan secara rasmi oleh Israel kepada dunia pada tanggal 15 Mei 1948. Kira-kira seminggu yang lalu, orang Yahudi menyambut ulangtahun ke 62 penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Apa yang berlaku tidak perlu diulas panjang malah kita dapat menyaksikan betapa peritnya kehidupan umat Islam di sana yang saban hari bermandikan darah dan dihujani peluru dan mortar. Apakah kita sanggup berdiam diri melihat saudara seagama diperlakukan begitu? Palestin dijajah oleh Yahudi untuk dijadikan pusat pemerintahan mereka bagi menguasai dunia. Mereka sedang berusaha untuk merealisasikan impian mereka membina Negara Israel Raya dari Sungai Nil Di Mesir Ke Sungai Furat di Iraq bahkan mereka bercita-cita untuk menguasai kembali Kota Madinah Munawarrah. Kota Al-Quds yang terletak didalamnya masjid Al-Aqsa akan dinobatkan sebagai Ibu Negara bagi kerajaan tersebut. 

Apa yang sedang berlaku di kota Al quds sekarang? Orang-orang yahudi telah menguasai lebih 80 % Bandar tersebut dan mengusir umat islam sedikit demi sedikit. Pada Tanggal 15 Mac yang lalu mereka telah membina sebuah muzium dikawasan berhampiran Masjidil Aqsa untuk tujuan pelancongan bahkan bakal dijadikan tempat menyimpan bahan sejarah yahudi terutamanya akan diletakkan model rumah ibadat mereka “The King Solomon Temple”. Hasrat mereka adalah untuk mendirikan rumah ibadat di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama kita dan bumi tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Fenomena yang berlaku dewasa ini, wujud segelintir individu yang sanggup menyokong kezaliman demi memenuhi nafsu dan kepentingan diri. Individu ini tidak boleh dipercayai dan mereka yang menyokong kezaliman ini wajar ditentang. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menyokong kezaliman. Syukurilah nikmat yang kita miliki, hayatilah keamanan negara yang kita kecapi. Jadikanlah fenomena yang berlaku di negara luar sebagai pengajaran yang berguna demi memastikan kesinambungan generasi yang menikmati keamanan yang berpanjangan. 

Marilah sama-sama mendoakan agar saudara kita yang berada di Palestin diberi kemenangan dan kemuliaan tanah suci al-Quds serta terpelihara Masjidil Aqsa. Mengakhiri khutbah hari ini, renungilah Firman Allah SWT ini di dalam surah al-Baqarah ayat 120: 

Bermaksud:”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. 



:  SUMBER  :

No comments: