Friday, 9 March 2012

CALON ISLAM DAP DAN CALON BUKAN ISLAM PAS

Kenapa PAS dan DAP saling bersaing sesama sendiri dalam meraih undi Melayu dan bukan Melayu?  Kenapa mereka tidak bergerak sebagai satu entiti sepertimana MCA dan UMNO?
Di dalam BN, calon MCA adalah calon BN dan calon UMNO adalah calon BN tak kira apa agama dan bangsanya.  Tetapi  di dalam PR, calon PAS adalah calon PAS dan calon DAP adalah calon DAP, bukan calon Pakatan Rakyat.  Sampai bila harus begini?
Itu belum lagi dikira masalah perebutan kawasan dengan PKR.  Sudahlah begitu, perebutan kuasa juga semakin galak berlaku secara diam-diam di dalam PKR sehinggalah secara terbuka di dalam PAS.
Nampaknya, semakin angin pilihanraya bertiup kencang semakin kuat Pakatan Rakyat bergoyang.
Kita yakin, pemimpin PR sendiri menyedari masalah ini.  Kerana itu, kita lihat, berbagai-bagai cara dilakukan mereka untuk mengatasi masalah ini antaranya, memfatwakan bai’ah, mengugut atau memberi tekanan bagi memastikan ‘kesetiaan’ sesama sendiri terhadap parti dan pakatan kekal, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.
Namun, mereka masih tidak mampu meletakkan kepercayaan penuh terhadap sesama sendiri dan inilah yang memaksa mereka mengambil langkah ‘persediaan’ bagi menghadapi kemungkinan yang paling buruk sekiranya pengkhianatan berlaku di saat akhir.   Mereka percaya jika mereka dapat meraih undi semua kaum maka lambat laun mereka tidak lagi perlu bergantung kepada parti-parti sekutu.
Bagi DAP, persediaan yang dibuat ialah dengan mengambil langkah awal menyiapkan barisan calon atau bakal pemimpin boneka mereka di kalangan orang Islam bagi menghadapi kemungkinan hubungan dengan PAS atau PKR retak teruk.
Mungkin sebagai tindakbalas, PAS pula mengumumkan akan meletakkan calon bukan Islam di beberapa negeri sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang sama.   Seperti juga DAP, PAS pastinya mengharapkan calon-calon bukan Islam ini boleh dikuasai sepenuhnya agar mengikut segala apa jua kehendak dan arahan PAS atau dalam ertikata lain, seorang boneka.
Menarik juga memikirkan antara calon bukan Islam PAS dan calon Islam DAP, siapa agaknya yang lebih Islam?  Jangan lupa, PAS pernah menyamakan taraf Lim Guan Eng dengan Khalifah iaitu jauh lebih tinggi dari sesetengah ulama PAS sendiri.
Apapun, selamat maju jaya kita ucapkan kepada PAS agar tidak dibonekakan pula oleh calon bukan Islam tersebut, sepertimana mereka telah akhirnya ‘ditarbiahkan’ oleh DAP walaupun sebenarnya berniat untuk mentarbiah DAP.
Yang pasti, belum pun memerintah negara, Pakatan Rakyat telah berada dalam keadaan retak menanti belah.
Parti yang asyik bertelagah dan pemimpin-pemimpin yang tidak percaya sesama rakan dan sekutu sendiri tentu akan hancur juga akhirnya.
Justeru, apakah masih ada di kalangan rakyat yang sanggup mengundi parti yang hancur sebagai pemerintah?

No comments: