Wednesday 14 March 2012

HARI BERTEMU PELANGGAN : MB PERAK DENGAR SENDIRI ADUAN, MASALAH DAN KELUH KESAH RAKYAT

 

Rakyat Perak perlu berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa dan sentiasa mendengar keluh kesah masyarakat di semua peringkat selain membantu meringankan bebanan mereka.
Seperti yang biasa dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada setiap Selasa (Hari Bertemu Pelanggan), pemimpin berkenaan akan duduk bersama rakyat bagi membantu menyelesaikan masalah.
“Pada hari ini (semalam), kita telah dapat menemui rakyat dalam usaha kita untuk mengenalpasti masalah rakyat.
“Ada dalam 150 orang datang hari ini… dan pelbagai masalah yang ditimbulkan atau aduan yang perlu kita kendalikan.
“Apa-apa pun kita akan mencari cara yang terbaik untuk bantu,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK semalam.
Dalam pada itu, usaha Zambry dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat syarikat penternak dan pengeluar itik kedua terbesar di Perak Viatak Enterprise Sdn Bhd akhirnya membuahkan hasil.
Kini, 60 ekar tanah yang diusahakan syarikat berkenaan dikekalkan serta diberi pajakan dalam tempoh 20 tahun.
Terdahulu, Viatek diarahkan keluar daripada tanah seluas 24 hektar oleh sebuah syarikat senarai awam (public listed company) yang didakwa pemilik sah kepada tanah yang terletak di daerah Kampar itu.
***Setiap bulan, pada hari Jumaat, MB Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut akan berjumpa dengan masyarakat setempat yang ingin mengajukan masalah mereka masing-masing - Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan UMNO Bahagian Lumut, Sitiawan.

No comments: