Sunday 15 January 2012

TIMB. YDP PAS SUDAH KENA TAMPAR....???!!!


Apabila khawarij PAS menguasai masjid,peluang diambil sebaik mungkin untuk menjadikan masjid sebagai sarang mereka. Malah setiap derma jemaah dan kariah kepada masjid diguna seperti duit mak bapak sendiri.

Khawarij PAS ini dikategorikan penyamun dan penyangak.Banyak kes khawarij PAS curi duit masjid dan digunakan untuk keperluan dan kepentingan parti PAS.Contoh paling dahsyat apabila wang tabung Memali yang mencecah jumlah yang besar disonglap oleh khawarij PAS.

Timbalan Pesuruhjaya khawarij PAS Jelutong Mohamed Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan manja Chop Belon akhirnya makan penampar apabila tindakan beliau yang sudah berkali kali melampau batas telah mengundang kemarahan anak kariah dikawasan Jelutong.

Chop Belon cukup terkenal dikalangan penduduk disekitar Jelutong kerana menjadi anjing suruhan Jeff Ooi dan Guan Eng. Beliau juga terlibat secara langsung menipu penduduk kampung hingga seluruh kampung di Jalan Kampung Pokok Asam diroboh oleh regim DAP.

Chop Belon dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran dan sebagai galang ganti beliau sanggup melakukan apa saja hatta mengkhianati penduduk kampung di kawasan kariahnya sendiri.






imej dari :badarkhubro

Penduduk Jelutong berang pengurusan masjid dipolitik


PULAU PINANG 13 Jan. - Suasana kecoh tercetus selepas solat Jumaat di Masjid Jelutong hari ini apabila penduduk di situ tidak berpuas hati dengan penjelasan pengerusi kariah masjid tersebut, Mohamed Yusoff Mohamed Noor berhubung pentadbiran masjid berkenaan.


Penduduk seramai kira-kira 30 orang yang pada mulanya berhimpun secara aman di depan masjid bertukar kecoh apabila mereka meluahkan rasa tidak puas hati sehingga mencetuskan perang mulut di antara kedua-dua pihak.


Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Jelutong, Zarus Yusof berkata, sejak mentadbir masjid tiga tahun lalu, Mohamed Yusoff yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelutong gagal menunjukkan penyata akaun kepada anak-anak kariah.


Selain itu, jelasnya, pelantikan ahli jawatankuasa masjid bagi tahun itu juga dibuat secara tertutup tanpa pengetahuan mereka.


"Saya percaya ada campur tangan politik dalam lanjutan pelantikan pengerusi kariah dan ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun ini.


"Memang ada campur tangan politik dalam isu ini kerana mereka tidak ambil kira sensitiviti penduduk," katanya kepada pemberita selepas berhimpun di depan masjid berkenaan di sini, hari ini.


Mereka turut membawa sepanduk-sepanduk yang antaranya tertera perkataan-perkataan '3 tahun jadi pengerusi kariah, di mana penyata akaun kira-kira masjid' dan 'Bina dapur dan pejabat atas makam, siapa nak jawab, biadap'.


Keadaan tegang juga berlaku apabila Zarus cuba menahan khatib yang mahu memasuki kereta untuk pulang kerana mendakwa khutbah yang dibacakan mengandungi unsur politik.


Sementara itu, Mohamed Yusoff ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat agung dalam masa terdekat dan menyediakan penyata akaun seperti yang diminta.


"Selama ini bukan kami tidak mahu menunjukkan akaun kira-kira masjid, tetapi bendahari masjid mengalami strok selama hampir enam bulan," jelasnya. -utusan


Tim YDP khawarij PAS juga terbabit secara langsung merobohkan bengkel anak melayu hanya kerana arahan DAP:


Jelutong: Roboh Kedai,Pakatan Tumbang?


email pembaca:pekim


SESUNGGUHNYA DAP,PKR DAN PAS MEMBELAKANGKAN ORANG-2 MELAYU DI PULAU PINANG.DAN ISU PEROBOHAN KEDAI MOTORSIKAL DI JELUTONG BARU-BARU INI ADALAH BUKTI SEKIRANYA ADA ORANG YANG MEMBANTAH ATAU LEBIH JELAS TIDAK MENYOKONG DAN MENYERTAI PAKATAN RAKYAT,MAKA MEREKA TIDAK BOLEH BERNIAGA DI SINI.ADAKAH PULAU PINANG MILIK PAKATAN RAKYAT.


MENGAPA SI KHARIL ANUAR YANG MEMEGANG JAWATAN TIMBALAN KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JELUTONG MENYEBUT "BUAT APA SAYA NAK AJAK DIA (YACOOB) MASUK PKR SEDANGKAN DIA BUKAN ORG BERPERGARUH PUN"...


MUNGKINKAH SI KHARIL DAN KONCO-KONCONYA TAKUT KERANA YACOOB MEMPUNYAI SOKONGAN KUAT DI JELUTONG DAN SUNGAI PINANG.SIAPA YANG TIDAK KENAL YACOOB.


ADAKAH PKR MAHU MENGGUNAKAN YACOOB UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI AHLI TERUTAMANYA JIKA YACOOB YANG MEMBAWA MASUK RAKAN-RAKANNYA KE DALAM PKR.ADA ORANG MENYEBUT YACOOB MEMPUNYAI LEBIH DARI 5OOO KAWAN BAIK YANG TELAH BERSAMA BELIAU DARI DULU,MUNGKIN INI BETUL?


MENGAPA PULA SI KHAIRIL MEMBERITAHU DIA TIADA KUASA,MEMANG DIA TAK ADA KUASA TAPI DIA GUNA SI YUSOOF BELON YANG JUGA AHLI MAJLIS MPPP (KETUA PAS KWSAN JELUTONG).UNTUK PENGETAHUAN SI YUSOP BELON PUN TIDAK SUKA DENGAN YACOOB.


APA KAITAN YACOOB DENGAN POLITIK?ADAKAH SEMUA PENIAGA PERLU TURUT KEHENDAK PAKATAN RAKYAT?ADAKAH INI SATU BENTUK UGUTAN?ATAUPUN PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA DI KAWASAN JELUTONG MEREKA TAKUT KEPADA REALITI BAHAWA PENDUDUK JELUTONG SEKADAR MENERIMA PAKATAN RAKYAT KERANA TIADA PILIHAN.


SUARA PENDUDUK SEPERTI ISU KEMISKINAN PERNAH DIRASAI OLEH YACOOB YANG KEMUDIANNYA MEMINTA PKR JELUTONG MEMBANTU,TAPI MEREKA TIDAK MENGHIRAUKAN DESAKAN ITU KERANA TAKUT BELANJA DUIT.

Dek kerana tidak mahu menyokong pakatan dan tidak mahu terlibat dalam politik kedai Yacoob dirobohkan.Begitulah hapraknya pakatan apabila bertindak bagaikan Aparthied .Ugutan terhadap Yacoob berakhir dengan merobohkan kedainya.

Tindakan gerembolan melayu pakatan mengingatkan Pisau kepada zaman penjajahan Jepun pada perang dunia kedua.

Petualang dan pengkhianat bangsa menjadi tali barut yang tergilakan kuasa telah menyebabkan ramai orang melayu disembelih hidup hidup semata mata mahu membuktikan mereka setia kepada penjajah.

Sekarang ini kita sekali lagi diperlihatkan golongan yang bagaikan kaduk naik junjung,baru dapat kuasa sudah menjadi anjing tunggangan rasis chauvanist ultra kiasu DAP.Mereka mereka ini lebih sudu dari kuah.

Khairul Anuar bukan saja menjadi dalang dalam merobohkan kedai malah beliau juga menjadi pelindung dan penyelamat apabila mendiamkan diri mengenai Ng Wei Aik berkata "tutup kedai balik India" kepada peniaga nasi kandar baru baru ini.

PKR sudah membuktikan mereka adalah tunggangan kepada rasis DAP,hinggakan melayu melayu didalam parti menjadi buta membangsatkan diri habuan selingkohan politik gampangan DAP. Angkatan Muda Keadilan telah membantu dan memberi kerjasama kepada Ng Wei Aik berpakat merahsiakan kata kata kesat Ng Wei Aik.

Tindakan kurang ajar PKR dan PAS yang menjadi pencacai DAP di Jelutong bakal meruntuhkan sokongan melayu/Islam di sana.

Sumber : Pisaunet

No comments: