Sunday, 15 January 2012

APA KE JADAH....AMBIGA HALALKAN RASUAH...!!!



Maafkan rasuah kecil kata Ambiga kepada Pakatan 
Oleh Yow Hong Chieh
January 14, 2012

ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat seharusnya memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan selepas perubahan kuasa berlaku, kata Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 itu memetik Truth and Reconciliation Commission of South Africa, berkata, pengampunan adalah satu alat utama bagi membentuk kerajaan yang bersih kerana ia akan mendorong lebih banyak perubahan dalam budaya politik tanah air.

Walaubagaimanapun menurutnya, ini bukan bermakna mereka yang melakukan rasuah besar akan turut diampunkan.

“Kita mesti menghukum “ikan besar”, dan memaafkan “ikan kecil” supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya di sini dihadapan 2000 kumpulan di Konvensyen Pakatan Rakyat.

Ambiga (gambar) kata satu pengampunan serupa bagi yang terlibat dalam kematian A. Kugan, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini juga akan memberikan ketenangan kepada keluarga masing-masing.

“Adakah Pakatan akan menubuhkan satu Truth and Reconciliation Commission seperti Afrika Selatan?” soalnya, dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.

Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.

“Kami meminta kakitangan awam. untuk tidak membantu mana-mana penipuan parti dalam pilihan raya,” katanya.

Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.

Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor , dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/maafkan-rasuah-kecil-kata-ambiga-kepada-pakatan/ 

Agaknya pembangkang terdesak untuk memenangi undi kaum Cina. Seperti yang dinyatakan oleh Namewee dalam video terbarunya, orang Cina memang kuat rasuah penguatkuasa dan penjawat awam (http://mymassa.blogspot.com/2012/01/sensasi-namewee-keluarkan-video-baru.html).


Dalam ucapan yang sama, Ambiga ada sebut nama Teoh Beng Hock dan Sarbini seolah-olah kedua arwah dan mendiang tersebut memang perasuah. Cuma rasuah mereka kecil sahaja dan boleh diampunkan.

Lepas ni makin kaya ikan bilis dalam industri RASUAH bila pembangkang berkuasa. Nak lepas kena saman - rasuah. Tak nak kena tangkap - rasuah. Nak lepas kastam pun - rasuah. Janji rasuah kecil. Boleh KAWTIM MA.

Akta Pencegahan Rasuah 1997 pun perlu dipinda namanya menjadi Akta Pencegahan Rasuah Besar. SPRM pula akan menjadi SPRBM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Besar Malaysia).

Makin hancur negara kalau pembangkang memerintah. Lepas ni duit pelincir jadi terma yang HALAL.



***Dalam juak2 PR kata UMNO rasuah, rupa2nya dalam kelambu sendiri ada rasuah.... lagi dahsyat, rasuah ada kategori KECIL dan BESAR.... Ambiga ambik hadis dan ayat Al-Quran mana yg mengatakan ada rasuah kecil dan besar ni..... pandai betul lah Ambiga ni mentafsir ... patut lah PAS suka sangat..!!!!



No comments: