Saturday 7 January 2012

'SAYA TETAP NAK JADI PM'.... APA KES NI????!!!

 

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini. KLIK Baca Sini

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang ‘Perdana Menteri sementara’ jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Disini lah kesungguhan Anwar dalam berpolitik selama ini yang beria-ia hendakkan kemenangan dan menjadi pemerintah semata-mata nak melepaskan masaalah peribadinya serta rakus mengikut nafsu sangat-sangat mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah kita sedar akan prinsip Anwar ini? Kenyataan yang di keluarkan ini amat jelas kemana hala tuju parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat. Parti yang hanya semata-mata ditubuhkan untuk Anwar dan menyelamatkan Anwar. Itu lah agenda penubuhan parti PKR sebenarnya.

Buka mata, buka telinga.. Berfikirlah guna otak!

Untuk apa menyokong parti ini kalau hanya semata-mata di sebabkan individu yang sedang mengila mengejar kuasa. Bukan sepertimana yang si gila kuasa ni laungkan di pentas-pentas ceramahnya... "Nak menyelamatkan negara"


***Ke hulu ke hilir (org perak sebut sebagai kulu keyor).... sebenarnya 'nak selamatkan diri sendiri'.  Penulis sendiri tidak sanggup melihat org cenggitu menjadi pemerintah Malaysia.... Ya Allah... jauhkanlah..!!!!!


No comments: