Saturday 7 January 2012

DEMO 901 - IKHTIAR TERAKHIR ANWAR UNTUK SELAMATKAN DIRI..???

Ulasan Dari Pakar Mengenai Sebab Utama Anwar Buat Demo 901


KUALA LUMPUR :    Ramai penganalisis berpendapat langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara mu lai 3 Januari, iaitu seminggu sebelum keputusan perbicaraan kes liwatnya diumumkan mahkamah, sebagai usaha terdesak beliau untuk meyakinkan orang ramai yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan yang dihadapinya. 
Mahkamah dijadual mengumumkan keputusan perbicaraan kes itu pada 9 Januari. 
Beberapa pemerhati politik berkata siri jelajah yang Anwar lakukan kali ini sama seperti tindakan beliau pada 2 September 1998 selepas dipecat daripada Kabinet oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Ketika itu, Anwar, yang yakin beliau akan ditangkap, mencetuskan gerakan Reformasi dan mengadakan ceramah politik tanpa henti di seluruh negara. 
Pada 20 September, Anwar merancang untuk berucap di Dataran Merdeka, tetapi mengubah tempatnya ke Masjid Negara dengan dihadiri hampir 50,000 orang sebelum beliau ditangkap di rumahnya di Bukit Damansara pada petang hari yang sama.
SETERUSNYA....KLIK DI SINI
 

No comments: