Wednesday, 11 January 2012

KERAJAAN SELANGOR AKAN CATU AIR..???????

http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005474220120110054742/


1. Akibat Dasar Besar Kepala Kerajaan DAP Negeri Selangor, beberapa kawasan di negeri Selangor akan mengalami Catuan Bekalan Air. Penduduk diminta membeli Baldi yang lebih besar, dan membersihkan bekas-bekas yang boleh menampung air. Ini kerana pihak SYABAS dijangka akan memberikan bantuan sosial responsibiliti mereka dengan memberikan air percuma. Lori-lori tangki air SYABAS diharapkan bersedia dalam jumlah yang banyak terutama kepada penduduk Selangor yang duduk di flat dan apartment.

2. Penduduk Selangor diharap bersedia kerana akan banyak kesusahan yang akan berlaku. Memandangkan sampah-sarap di Selangor pun semakin berbau busuk kerana tidak diangkut oleh lori-lori sampah (kegagalan Kerajaan DAP Selangor mengatur pemungutan sampah), maka dijangka baub itu akan bertambah meloyakan memandangkan, air pula akan dicatu dan sekejap ada sekejap tiada.

3. Para peniaga makanan dan gerai makan di Selangor dijangka akan mengalami kerugian melampau. Apapun mymassa berharap agensi-agensi kerajaan persekutuan mengambil langkah awal untuk berhadapan dengan bencana akibat Kegagalan Kerajaan DAP Selangor mengurus sampah, dan kini air.
SUMBER : MYMASSA

No comments: