Wednesday 28 December 2011

RM62.4 JUTA HARTA PENGEDAR DADAH DI SITA...!!!




KUALA  TERENGGANU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini.

"Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, JSJN berjaya menyita lebih RM64.81 juta harta milik pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM254.56 juta. - BERNAMA


No comments: