Wednesday 28 December 2011

AWAS!!! SURAT SC PALSU..!!!



Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai surat palsu yang tertera logonya yang digunakan dalam skim pelaburan haram.

SC berkata skim itu dijalankan oleh individu yang tidak berlesen.

"Surat yang dialamatkan kepada individu mengandungi tandatangan palsu seorang pegawai SC,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Menurut aduan yang diterima oleh SC, skim pelaburan itu dikatakan menawarkan pulangan antara 5 dan 10 peratus sebulan dan telah menarik pelabur dari Kota Bharu, Nilai, Putrajaya dan Johor Bahru.

Individu berkenaan kemudiannya menggunakan surat palsu SC bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai kewajarannya tidak membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada mereka.

SC sudah membuat laporan polis terhadap penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah itu.

Mereka yang tidak memperoleh lesen daripada SC tidak dibenarkan mengutip wang daripada pihak lain untuk pelaburan dalam sekuriti atau derivatif. - BERNAMA

No comments: