Showing posts with label DADAH. Show all posts
Showing posts with label DADAH. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

SANGGUP DAGING DAN TULANG MENJADI BUSUK HANYA KERANA DADAH...!!!!


Kesan Dadah Yang Sangat Mengerikan


Sejenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.

Monday, 25 June 2012

KANTOI..!!! PENJUAL KERETA DIANGGAP ANAK RAJA DADAH

Felix Beltran Leon

MEXICO CITY: Kerajaan Mexico mengakui seorang lelaki yang ditahan anggota keselamatan kerana dianggap anak Raja Dadah, Joaquin 'El Chapo' Guzman, sebenarnya seorang penjual kereta terpakai. 

‘El Chapo’ bermaksud ‘si pendek’ adalah pemimpin sindiket dadah Sinaloa yang dikehendaki pihak berkuasa sejak lari dari penjara pada 2001.
Sindiket dadah Sinaloa mengawal sebahagian besar operasi kokain, marijuana dan metamfetamin ke Amerika Syarikat.
Khamis lalu, pegawai menunjukkan kepada media seorang lelaki yang dikatakan anak Raja Dadah berkenaan iaitu Jesus Alfredo Guzman. 

Bagaimanapun, pejabat Peguam Negara mengesahkan kelmarin lelaki itu sebenarnya ialah Felix Beltran Leon, seorang penjual kereta. 

Ibu Felix, Elodia, berkata keluarganya tidak ada kena mengena atau hubungan keluarga dengan Guzman. 

Pihak berkuasa pada awalnya menghebahkan berita penangkapan anak Guzman dengan menyifatkannya sebagai kejayaan besar sejak beberapa tahun lalu. 
Tetapi, dalam tempoh beberapa jam selepas lelaki itu ditahan, identitinya seperti didakwa pihak berkuasa mula diragui. 

Ia berikutan kenyataan seorang peguam mewakili keluarga Guzman bahawa suspek dalam tahanan itu bukan anak Raja Dadah itu. 

Ia kemudian disusuli kenyataan Elodia kepada wartawan menafikan sebarang hubungan dengan Guzman atau sindiketnya. – Agensi

Wednesday, 28 December 2011

RM62.4 JUTA HARTA PENGEDAR DADAH DI SITA...!!!




KUALA  TERENGGANU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini.

"Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, JSJN berjaya menyita lebih RM64.81 juta harta milik pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM254.56 juta. - BERNAMA