GEMPARRR..!!! KETUA PEMUDA MENGAMUK SAKAN..!!!
Safarizul Mustafa ada hak untuk berasa marah dan melampiaskan kemarahannya. Apakan tidak, terlalu banyak kerja yang ditinggalkan oleh Zuraidah Kamaruddin, Khassin Aziz dan Azmin Ali di Ampang. Segala kerja wakil-wakil PKR dan PAS itu terpaksa diambilalih oleh UMNO Ampang dengan bantuan NGO serta parti komponen yang lain. Zuraidah selaku Ahli Parlimen, langsung tidak berfungsi. Sebaliknya lebih kerap berjalan ke sana ke mari berceramah dan menghasut. Manakala Khassin, ADUN Lembah Jaya pula semakin terikut-ikut dengan perangai bodoh Zuraidah Kamaruddin dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, terutama yang membabitkan tanah yang kononnya telah dirampas oleh bangunan UMNO Ampang.
Azmin Ali tidak perlulah diperkatakan. Hidup mati Azmin Ali hanyalah untuk Anwar Ibrahim. Khidmat kepada masyarakat yang diwakilinya di Bukit Antarabangsa langsung tidak dihiraukan. Rakyat dan pengundi di Bukit Antarabangsa terabai dan tidak pernah melihat muka atau bentuk tubuh Azmin Ali sebagai wakil rakyat mereka.
Menurut Safarizul Mustafa, Ketua Pemuda Ampang yang dikenali kerana mulutnya yang lantang, menuduh Zuraidah Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen Ampang yang makan gaji buta. Selama tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, Zuraidah Kamaruddin terlupa bahawa khidmatnya amat diperlukan oleh pengundi-pengundi serta penduduk di Ampang. Pengundi dan penduduk Ampang tidak memerlukan seorang penjilat Anwar Ibrahim yang sentiasa mencari jalan agar namanya disiarkan oleh media, sama ada media baru mahupun media konvensional kerana cetusan isu-isu yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan penduduk serta pengundi di Ampang.
Ampang mempunyai masalah yang sangat besar terutama yang membabitkan prasarana. Sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Ampang seolah-olah dipinggirkan. Pembangunan yang ada, semuanya dibuat pada zaman Barisan Nasional. Tidak ada satu pembangunan pun yang dilakukan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Kalau ada pun, hanyalah kenaikan cukai pintu dan perampasan kontrak pembersihan daripada Alam Flora Sdn. Bhd. untuk dibahagi-bahagikan sesama kroni Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali dengan Khassim Aziz sebagai pecacai!
Longkang tersumbat, rumput meliar yang tidak dipotong, sampah sarap berulat dan jalanraya yang sangat teruk di seluruh Ampang, adalah bukti nyata dan jelas tentang kelemahan Pakatan Rakyat yang menguasai ketiga-tiga kerusi DUN dan Parlimen di Ampang.
Sebaliknya sebarang kesukaran yang dialami oleh penduduk dan pengundi, maka pejabat UMNO Bahagian di Jalan Bukit Belacan jugalah yang menjadi tumpuan mereka. Sekalipun UMNO tidak mempunyai satu kerusi pun di Ampang, tetapi wakil-wakil UMNO jugalah tempat mengadu nasib.
“Kalau dah pandai bercakap, mengapa tak pandai bekerja? Kononnya, banyak masalah yang ditimbulkan oleh UMNO telah diatasi oleh Ampang. Sekarang, saya nak cabar, masalah apa yang telah diselesaikan oleh Pakatan di Ampang? Kerja-kerja jahat UMNO yang mana telah dipulihkan oleh Ampang dan ADUN Lembah Jaya serta Bukit Antarabangsa?”
Menurut Safarizul, kepakaran Zuraidah Kamaruddin hanyalah mengelirukan masyarakat. Retorik kononnya Pakatan telah menyelesaikan dan menunaikan janji-janji pilihanraya, menjadi bahan ceramah Zuraidah, sedangkan hakikatnya tidak ada satu pun janji-janji tersebut ditunaikan.
“Semuanya menipu! Semuanya membohong! Zuraidah dan Anwar Ibrahim sama sahaja. Kedua-duanya kuat memperdayakan masyarakat!” luah Safarizul dengan penuh kemarahan.
Menurut Safarizul, pendedahan besar-besaran tentang kejahatan Zuraidah Kamaruddin dan pembohongan Pakatan Rakyat di Ampang, akan dibuat. Terutama tuduhan yang mengatakan bangunan pejabat UMNO Bahagian telah ‘merampas’ tanah sekolah agama. Pendedahan tersebut yang bakal dibuat secara terperinci bukan sahaja menafikan tuduhan berkenaan, sebaliknya membuktikan Zuraidah Kamaruddin dan Khassim Abdul Aziz sebagai penduduk Ampang yang tidak mengetahui sejarah sebenar Ampang, serta kawasan-kawasan perumahan yang terdapat di Ampang!
Sumber: Klik Sini
No comments:
Post a Comment