Monday 26 December 2011

BLOGGER MESIR YANG DIBEBASKAN TETAP TERUSKAN PROTES MENUNTUT DEMOKRASI BERPARLIMEN...!!!!



Kaherah – Seorang aktivis dan blogger terkenal Mesir, Alaa Abd El-Fattah yang dibebaskan daripada penjara menyifatkan keadaan di negara tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan, Februari lalu.

Ini kerana, katanya, penjenayah utama yang melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan, iaitu barisan pemimpin tentera dalam Majlis Tentera masih bebas.
Menurutnya,walaupun beliau dibebaskan oleh tentera, namun masih ramai yang ditahan dalam penjara.
“Kes saya masih disiasat, jadi ia tidak berakhir walaupun saya sudah keluar penjara,” katanya sebaik dibebaskan dari penjara.


Alaa yang ditahan penghujung Oktober lalu, kini dilarang daripada meninggalkan negara.
Beliau menjadi tumpuan selepas ditahan atas dakwaan melakukan keganasan dan membunuh anggota keselamatan selain cubaan menyerbu stesen televisyen milik kerajaan.
Blogger berusia 29 tahun yang begitu lantang mengkritik pentadbiran rejim Mubarak itu, pada mulanya ditahan hanya 15 hari namun ia dilanjutkan kepada beberapa bulan sehingga dibebaskan.
Pembebasannya disambut aktivis di Mesir dan mereka bertekad akan meneruskan protes bagi menuntut agar tentera mengembalikan semula pemerintahan kepada demokrasi berparlimen.


SUMBER  :  MyNewsHub


No comments: