Sejak berangkat ke Tanah Suci Mekah, pelbagai fitnah, tohmahan, maki hamun, syak wasangka buruk dan penghinaan dilontarkan kepada Najib.
Ketika baru saja berangkat dan masih berada di dalam pesawat menuju ke Jeddah, sebuah akhbar tabloid Australia menyiarkan laporan kononnya Datin Seri Rosmah membeli mutiara berharga RM487,000 dan anak gadis beliau kononnya berbelanja mewah membeli belah sehingga mencecah RM195,000.
Maka riuh rendahlah puak-puak Pakatan Haram mencanang keliling kampung kononnya Rosmah dan anak gadisnya itu menghabiskan wang rakyat dengan berbelanja boros di Australia. Sudah puas dicanang keliling kampung, tanpa usul periksa, mereka kutuk kedua orang tersayang Perdana Menteri itu.
Tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT, kebenaran ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa busuknya hati puak-puak Pakatan Haram itu. Akhbar Australia itu menarik balik artikel tersebut atas alasan ralat dan meminta maaf atas penyiaran berita yang dianggap palsu oleh pihak editorialnya. Nah! Allah malukan Pakatan Haram secara “cash”!!!
Mungkin itu bahananya membuat fitnah kepada hambaNya yang sedang menuju ke rumahNya, Baitullahilharam.
Kemudiannya, timbul pula tohmahan menyatakan kononnya Najib mahu dirinya dilayan istimewa ketika menunaikan haji. Malah, dibandingkan pula dengan gambar Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang kononnya tidak mendapat layanan istimewa dari Kerajaan Arab Saudi.
Padahal, semua ketua negara menerima layanan yang sama. Bukan Najib seorang saja. Sebenarnya, semua ketua-ketua negara yang menunaikan haji diberikan layanan sedemikian oleh Kerajaan Arab Saudi. Anwar dulu pun khabarnya lebih dari itu dilayan. Khabarnya siap di”hadiah”kan jam tangan Omega “special edition” lagi oleh Kerabat DiRaja negara itu. Tak ada sesiapa pun yang persoalkan…
Jadi, tidak timbul isu layanan tersebut memandangkan ianya adalah normal. Ia sengaja ditimbulkan oleh puak-puak Pakatan Haram dengan harapan mampu menimbulkan kebencian kepada Najib. Manusia jenis apalah puak-puak Pakatan Haram ini? Orang yang sedang buat ibadah pun ditohmahnya begitu…
Paling melucukan, mungkin kekeringan modal untuk memburukkan Najib, puak-puak Pakatan Haram itu menuduh pula Perdana Menteri pakai “tangkal” ketika melaksanakan haji. Tangkal? Tangkal apa kejadahnya? Yang dipakai dileher Najib itu adalah buku panduan mengerjakan haji. Semua jemaah pakai “tangkal” itu sebagai panduan mengerjakan haji. Itu pun nak tipu ke?
Sedang ibadah korban rancak dijalankan sempena Aidiladha, Najib dituduh pula membeli 402 ekor lembu berharga RM1.2 juta bersamaan dengan 4 tahun gajinya sebagai Perdana Menteri. Ini satu lagi tuduhan melulu yang boleh dikategorikan sebagai fitnah. Tak tahu apa-apa, tapi puak-puak Pakatan tetap nak burukkan Najib jugak.
Sebenarnya, 402 ekor lembu itu disumbangkan oleh syarikat-syarikat swasta yang mahu menumpang pahala bersama-sama melakukan korban dengan majlis anjuran di bawah nama Najib. Salahkah? Kenapa perlu fitnah Najib yang beli semua lembu itu? Nak tunjuk Najib kaya dan menunjuk-nunjuk? Nak tunjuk Najib boros pulak? Pakailah otak sikit bila nak berhujah!
Begitulah perjalanan ibadah haji Datuk Seri Najib dan isteri musim ini. Mereka ditohmah dan difitnah di sepanjang perjalanan ibadah ketika mana mereka menjadi tetamu Allah di Makkatul Mukkarramah. Atas kuasa dan kehendak Allah yang memuliakan tetamunya yang tidak berdosa, Allah membuktikan kebenaran yang hakiki kepada rakyat dan menunjukkan betapa busuknya isi perut puak-puak Pakatan Haram.
Sampai bila mereka mahu memfitnah Najib dan isteri? Jika yang membuat fitnah itu orang kafir harbi, bolehlah kita faham bahawa mereka memang tidak beretika dan tidak bermoral tinggi. Namun malangnya, fitnah dan tohmahan itu dilemparkan oleh saudara seIslam sendiri, malah ada antara mereka yang memakai “lebai” di atas kepala! Tok lebai apa lagu tu yeoppp..???
Semoga Datuk Seri Najib dan isteri bersabar dengan dugaan tersebut dan dikurniakan haji yang mabrur kali ini. Kita sebagai rakyat Perak wajar berbangga memandangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa bersama Perdana Menteri mengiringi dan membantunya bersama rakan haji yang lain di sana.
Semoga beliau bersama ahli rombongannya mendapat haji yang mabrur.
Sumber : di sini
No comments:
Post a Comment