Dato' Seri Najib bersama isteri mengaminkan doa sebaik tiba di KLIA dari menunaikan haji di Mekah ketika disambut oleh orang ramai termasuk TPM Tan Sri Muhyiddin
SEPANG 9 Nov. – Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Aziz Al-Saud memandang tinggi terhadap Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah baginda, yang merupakan pengawas Masjidil Haram turut menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Najib dalam mentadbir negara. Raja Abdullah bertitah demikian kepada Najib melalui perbualan telefon antara baginda yang berada di Riyadh dan Najib yang berada di Istana Tetamu Mina pada pukul 7.45 malam Isnin lalu yang memakan masa selama 25 minit.
Untuk itu, Najib dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini hari ini berkata: ‘‘Ini menunjukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan ‘Custodian of the Holy Mosque’ dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita.’’
Katanya, sokongan itu menunjukkan bahawa kepimpinan Malaysia berada pada landasan yang betul dan benar, dan ini menguatkan lagi semangat pemimpin negara untuk terus berjuang.
Najib dan rombongan termasuk isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah, tiba dengan pesawat khas pada 3.25 petang, dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Perdana Menteri juga berkata, Malaysia turut diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di sana bagi menunaikan ibadah haji. “Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif (Abdul Aziz) dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah,” katanya mengenai Putera Naif yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.
Beliau juga berkata, tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.
Najib melahirkan penghargaan kepada Muhyiddin kerana telah menjalankan pentadbiran dengan begitu baik sepanjang beliau tiada di dalam negara. Perdana Menteri juga berterima kasih kepada mereka yang menyambut ketibaan beliau dan isteri serta berkata: “Alhamdullillah, kami telah selesai melakukan ibadah haji dan mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah dan menerimanya sebagai haji mabrur.
‘‘Maka dengan ini, kita akan meneruskan perjuangan kita dengan semangat dan kekuatan serta keimanan untuk memastikan matlamat dan cita-cita kita akan tercapai,’’ katanya. – BERNAMA Lihat di sini
Sementara itu di Perak........ Lihat di sini
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan Arab Saudi juga memberi maklumbalas positif bahawa jemaah haji dari Malaysia sebagai terbaik.
“Saya melihat Perdana Menteri begitu dihormati di sana sehinggakan dalam perbualan telefon dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Aziz Al Saud, Perdana Menteri dan Malaysia disebut bukan sahaja sebagai saudara sesama Islam tetapi juga sudah seperti keluarga dengan Baginda.
“Ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada negara dan apabila mengetahui Perdana Menteri akan mengerjakan ibadah haji tahun ini, Malaysia dipilih menjadi wakil dari semua negara jemaah haji yang hadir dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah di Maktab 100.
“Ia jelas menunjukkan pengiktirafan luar biasa bagi kami yang menyaksikan peristiwa itu,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ringkas ketibaan beliau dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli dari Tanah Suci di kediaman rasmi Menteri Besar, petang tadi.
Beliau berkata, hubungan Malaysia dengan negara Islam lain juga terjalin baik apabila pemimpin mereka mengunjungi Perdana Menteri ketika rombongan berada di Arafah dan Mina.
“Sepanjang berada di Tanah Suci, Perdana Menteri melaksanakan ibadah haji dengan penuh kesyukuran dan sebagai tetamu Allah, saya lihat sendiri bagaimana beliau, isteri dan keluarganya benar-benar mendambakan diri mereka kepada Allah SWT,” katanya.
Mengulas layanan istimewa kerajaan Arab Saudi kepada rombongan haji negara yang diputarbelitkan parti pembangkang, Zambry berkata, layanan yang diberikan itu mungkin berbeza di peringkat negara.
“Untuk peringkat haji, kita dilayan seperti tetamu Allah yang lain tetapi di peringkat negara, kita tidak boleh memaksa kerajaan Arab Saudi untuk memberi layanan sama,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengakui sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Perak dan sudah tidak sabar-sabar untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin nombor satu negeri.
“Saya dan isteri bersyukur dan ingin berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan kami berdua sepanjang berada di Tanah Suci dan dizinkan Allah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini,” katanya.
Terdahulu, ketibaan Menteri Besar Perak dan isteri,pada jam 6.30 petang disambut oleh beberapa wakil rakyat termasuklah Adun Pengkalan Bharu yang juga Ketua Penerangan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar, Adun Alor Pongsu; Datuk Sham Mat Sahat, Adun Temengor; Datuk Hasbullah Osman, Adun Rungkup; Datuk Saarani Mohamad dan Adun Kenering; Datuk Termizi Idris.
|
Thursday, 10 November 2011
MALAYSIA DIPANDANG TINGGI OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment