Thursday, 12 July 2012

5 KISAH PELIK DI DUNIA
















AIR LAUT TIBA-TIBA MEMBEKU {FOTO}

Ada sumber menyebut bahawa air laut yang tiba-tiba membeku ini terletak di Pakistan.
Walau bagaiamapun, terdapat juga sumber mengatakan ianya adalah lautan di Constanta, Romania.
Suhu di situ sangat rendah dan fenomena itu disebabkan olah percampuran antara air masin dan air tawar di lautan tersebut....wallahu'alam.



SEMAK KEPUTUSAN UPU MULAI ESOK, 13 JULAI 2012....


Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh disemak mulai 13 Julai 2012. Semakan UPU boleh dibuat secara online mahupun mengugunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Kepada semua calon STPM 2011 yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan melalui tarikh yang ditetapkan.

Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM 2012

Keputusan permohonan boleh dibuat melalui langkah yang diberikan dibawah ni.

Semakan+Keputusan+Kemasukan+IPTA+Program+Pengajian+Lepasan+STPM

Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS);
UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888.
Calon juga boleh membuat semakan menrusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi, upu.mohe.gov.my  ataupun dengan menghubungi talian HotlineHelpline – 03-8870 67673-8870 6777  untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.

GOOD LUCK......

SIAPA AKAN ISI BAKI 30 KERUSI PEMBANGKANG..???


Kekalutan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh pakatan pembangkang dalam PRU 13 hingga ke hari ini seakan belum menemui titik noktahnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP mendakwa partinya hanya akan bertanding di sekitar 60 kerusi parlimen sahaja, kurang 30 berbanding jumlah pembahagian yang didedahkan kepada umum sebelum ini.

BERAPA BANYAK RUMAHTANGGA RUNTUH GARA-GARA PAS...???


KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Hj Alwi Che Mat berkata isu-isu seumpama itu telah kerapkali didengar bukan sahaja hari ini malah sebelum ini lagi.
Cuma ujar beliau perkara berkenaan tidak didedahkan kepada umum dan tidak hairan isu perceraian akibat perbezaan ideologi politik berlaku di negeri yang dipanggil Serambi Mekah itu.

POLIS DAN BAPA BINATANG!!! ROGOL BUDAK..!!!

Hiasan


BANGKOK: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memfailkan aduan polis terhadap lima lelaki, termasuk tiga anggota polis dan bapanya sendiri, kerana menuduh mereka merogolnya.

Polis Nong Sua menahan Somnuek Pokkati, 42 di rumahnya di tambon Nong Sam Wang sebaik saja anak perempuannya membuat aduan rogol, semalam. 
Remaja itu berkata, bapanya merogolnya berkali-kali sejak usianya tujuh tahun.

Somnuek menafikan dakwaan itu.


Anak perempuannya membuat aduan di balai polis Nong Sua di wilayah Pathum Thani semalam dengan bantuan pekerja sosial, Siplachai Khenpa.

Remaja itu baru memulakan kerja sebagai polis lalu lintas sukarela di balai polis Pratunam Chulalongkorn di daerah Thanyaburi.

Katanya, tiga anggota polis trafik dari balai tempat dia bekerja, mabuk dan merogolnya di sebuah hotel.

Dia berkata, dia melarikan diri dan mendapatkan teksi. Selepas memberitahu kepada pemandu apa yang berlaku, dia dibawa ke sebuah hotel lain dan pemandu itu merogolnya.

Silpachai berkata, remaja itu dibawa ke rumah untuk kanak-kanak dan wanita didera di Pathum Thani oleh seorang dewasa yang dia percayai.

Ketua Polis Nong Sua, Kolonel Bancha Tipayanot berkata, siasatan akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

Katanya, tarikh tepat tuduhan rogol remaja itu terhadap anggota polis dan pemandu trafik masih belum dapat dipastikan lagi. - Bangkok Post.

sumber : myMetro

BOT MEWAH KARAM



BOT mewah didapati karam di dermaga Tahoe Keys Marina di Tasik Tahoe Selatan, California pada Isnin lalu.


LOS ANGELES - Sebuah bot mewah yang baru dijual pada harga AS$3.2 juta (RM10.17 juta) didapati karam di dermaga Tahoe Keys Marina di Tasik Tahoe Selatan, California pada Isnin lalu.
Menurut beberapa penduduk, mereka mendengar bunyi kuat pada malam Ahad lalu.
Bagaimanapun, punca yang menyebabkan bot itu karam masih belum diketahui. - Agensi