Thursday, 14 June 2012

GILER PONGGONG BESAR HINGGA KETAGIH CAIRAN SILIKON..!!!


Seorang wanita menghabiskan $15.000 untuk membesarkan punggung dan pinggul dengan suntikan ilegal. Suka dukanya sebagai orang yang ketagihan membesarkan bentuk tubuh dan rahsia dari pasar kosmetik gelap akan segera diungkap dalam bukunya yang berjudul 'Shot Girls'.

Wanita kulit hitam berusia 30 tahun ini bernama Vanity Wonder. Ibu dari dua anak tersebut kini menginjak usia 30 dan menceritakan bagaimana kisahnya sampai ketagihan disuntikkan dengan cairan silikon di bahagian pinggul dan punggungnya, seperti dikutip dari Dailymail.
5 tahun yang lalu, ia mulai melakukan injeksi ini untuk mendukung kariernya sebagai penari erotis di klub malam. Saat itu ia merasa dirinya masih muda dan melakukan injeksi atas dasar nafsu sesaat tanpa berfikir.

Dalam bukunya, ia menceritakan bagaimana banyak wanita mencari solusi murah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang mereka mahu. Mulai dari ibu yang membawa anaknya yang masih 17 tahun hingga wanita 70 tahun untuk sekedar memasang gigi palsu hingga operasi kecantikan.

Alasannya menulis buku ini adalah keinginannya yang besar untuk meluruskan anggapan yang keliru tentang injeksi silikon pada wanita. Ia mengungkap bahawa banyak wanita melakukan suntik perbesar tubuh yang ilegal dan berisiko kematian dan infeksi untuk memuaskan pasangannya dan lebih menarik di mata orang lain.

Ahli kecantikan John Smith menilai tindakan injeksi silikon yang legal pasti sangat mahal. Namun banyak orang yang berusaha mencari keuntungan dengan menawarkan harga murah dengan menggunakan bahan kimia yang berbahaya seperti semen atau getah tayar kereta.

Vanity juga mengaku bahawa buku yang berisi kisah-kisah menyeramkan ini justru membuat banyak wanita penasaran bagaimana mendapatkan injeksi ilegal tersebut. Tidak sedikit pula yang jadi membatalkan niatnya kerana tidak sedikit wanita yang jadi memiliki cacat permanen pasca melakukannya.

SUMBER

PENGORBANAN KHALID UNTUK FAEKAH, AZMIN TAK SENANG DUDUK!!!


Perbalahan dalam PKR Selangor diantara kuncu-kuncu Azmin Ali dan puak-puak Khalid Ibrahim kini kembali berulang secara terbuka dialamaya.

Azmin, kini sebagai Ketua PKR Selangor, setelah berjaya merampasnya dari Khalid Ibrahim pada 2010, muncul kembali dengan menyerang Khalid didalam Twitter supaya memecat Faekah sebagai Setiausaha Politik MB.

Mkini> melapurkan Azmin menerima banyak rungutan mengenai Faekah "termasuk daripada penjawat awam Negeri Selangor.”

Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, tetapi Khalid Ibrahim diam membisu seolah-olah Faekah nampak tidak bersalah, cantik, molek dan perfect dari segala segi.

Adakah ini pertanda yang Khalid sedang dilamun cinta?

Mari kita lihat pendedahan Faekah sendiri bagaimana Khalid sanggup berkorban apa sahaja demi beliau.

Apabila dihubungi oleh FreeMalaysiaToday, Faekah menyangkal segala tuduhan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Jawatankuasa Pemandu “SelangorKu” yang mengagihkan peruntukan kepada projek-projek di Selangor.


Sedondon dan sepadan.


Mengenai tuduhan Twitter Azmin Ali pula, ini jawapan Faekah;

“Ia tidak benar. Twitter tersebut mungkin dari Azmin sendiri atau dari penyokong Azmin. Saya tidak peduli. Ia telah menjadi pengetahuan umum bahawa Azmin mahu Khalid mengantikan saya sebagai SetPol pada tahun 2010”

Sebagai pertukarannya masa itu (demi cinta dan pengorbanan), Khalid telah melepaskan jawatan sebagai jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin” – Faekah dipetik FMT>

Diatas adalah pengakuan jujur Faekah yang dikeluarkan dengan tidak sengaja, dimana ia adalah kebiasan bagi Faekah.

Cukup besar pengorbanan Khalid Ibrahim demi Faekah dan beliau sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor hanya kerana mahu Faekah menjadi SetPol beliau. Siapakah yang sanggup bertukar ganti begitu rupa jika tidak kerana cinta terhadap Faekah.

Bagi Azmin Ali pula, beliau mempunyai tugas yang amat berat untuk memisahkan Faekah dari Khalid, bagaimana perit dan sukarnya memisahkan Shamsidar dari Anwar Ibrahim.

Ia juga membuktikan bahawa Azmin cukup tamak dan mungkir janji dengan Khalid dan Faekah. Setelah merampas jawatan Ketua PKR dalam bentuk pertukaran, Azmin masih lagi tidak puashati dengan Faekah dan mahu Faekah disingkirkan juga. Ini cukup mengecewakan Khalid.

Pergolakan Azmin-Khalid memberi pertanda baik dan kelebihan kepada Umno Selangor pada PRU13 nanti.


Mesra.



BARANGAN GANDHI AKAN DILELONG, LAPORAN POLIS TERHADAP GANDHI TELAH DILAKUKAN!!!!


LONDON: Himpunan beribu-ribu surat, dokumen dan gambar pemimpin India, Mahatma Gandhi ketika pemimpin itu berada di Afrika Selatan akan dilelong di London bulan depan dan dijangka meraih £500,000 hingga £700,000 (RM2.4 juta hingga RM3.3 juta). 

Dokumen berkenaan, berjumlah beberapa ribu dan disusun dalam 18 fail, milik Hermann Kallenbach, yang disifatkan rakan rapat Gan-dhi selepas mereka bertemu di Johannesburg pada 1904.
Walaupun ada sebahagiannya berada dalam simpanan Gandhi, material daripada keluarga, rakan, sekutu dan Kallenbach sendiri menjadikan koleksi itu adalah sumber utama biografi salah seorang tokoh paling tua bermula pada abad ke-20.
“Majoriti daripada koleksi ini tidak diketahui dan tidak pernah disiarkan serta tidak digunakan oleh sarjana sejak satu atau dua generasi terakhir. Ini adalah bahan penting yang menambah kepada pengetahuan kita mengenai Gandhi dan kehidupannya,” kata pakar buku dan manuskrip di Sotheby, Gabriel Heaton. Pusat lelongan berkenaan akan menjual arkib itu. 

Dokumen berkenaan akan dilelong sebagai lot tunggal pada 10 Julai dalam kategori jualan Sejarah dan Kesusasteraan Inggeris. 

Sotheby turut mengendali jualan surat Gandhi kepada Kallenbach pada 1986 yang meraih £140,000 (RM693,401). 

“Beliau adalah antara tokoh terkemuka pada abad ke-20. Cuma ada segelintir individu yang mempunyai kesan hebat seperti itu kepada sejarah dunia. 
“Tidak seperti tokoh lain, Gandhi tidak pernah membabitkan tentera, yang menjadikan beliau unik,” kata Heaton ketika diminta menjelaskan koleksi Gandhi kepada pengumpul dan sejarawan. 

Keghairahan kepada barangan kenangan Gandhi tidak menunjukkan tanda reda sejak dulu. Malah contoh tanah dan tompok rumput berdarah dikatakan dari tempat Gandhi dibunuh pada 1948 dijual pada harga £10,000 (RM50,000) dalam satu lelongan di Britain April lalu, manakala kaca mata tokoh itu dibeli pada harga £34,000 (RM166,600). 

Kallenbach bertemu Gan-dhi pada 1904 di Afrika Selatan, negara yang menjadi tempat tinggal pemimpin itu selama 20 tahun sebelum kembali ke India pada 1915. 

Kallenbach, Yahudi Afrika Selatan kelahiran Jerman, adalah arkitek yang terpengaruh dengan Gandhi dan ideanya. 

“Banyak surat merujuk kepada kepentingan persahabatan mereka dan bagaimana Kallenbach menyokong Gandhi meskipun ramai tidak mahu,” jelas Heaton. – Reuters


BERIKUT PULA.... MENGENAI FACEBOOK AKAUN YANG MENGGUNAKAN ID 'BABA GANDHI'....

Beliau adalah penyokong totok PAS di dalam group Rakan FB Parlimen Lumut....
Akaun tersebut merupakan fake akaun beliau.  Namun begitu, dipercayai beliau juga ada akaun facebook dengan menggunakan nama sebenar.....tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihahnnya kerana sebagaimana yang kita ketahui, cyber trooper pembangkang memang diajar untuk kurang ajar dengan cara create beribu-ribu akaun bertujuan untuk menyerang balas apa sahaja yang diperjuangkan oleh cyber trooper kerajaan di dalam usaha-usaha mereka mempengaruhi pelayar maya untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU 13).

Kebiadapan Baba Gandhi adalah menerusi komennya sebagai menyokong kebiadapan Nizar lambai terhadap Sultan Johor yang berjaya memiliki WWW 1....



LAPORAN POLIS YANG TELAH DIBUAT :









SELEPAS KOMEN TERSEBUT DAN LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT, BABA GANDHI TELAH MENUTUP AKAUNNYA SERTA-MERTA.....
ITULAH PENCACAI PEMBANGKANG YANG SEBENAR....!!!
JIKA DIA BENAR, KENAPA PERLU AKAUN ITU DITUTUP???
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH ....
ANJING PR..!!!! 

BONGKAR KES ALTANTUYA : ANWAR ARAHKAN FITNAH DIREKA UNTUK JATUHKAN DS NAJIB..!!!



Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin iaitu beliau mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.


"Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.


"Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

"Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya semasa sesi perbahasan.

Semalam, isu kapal selam Scorpene kembali ditimbulkan oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dalam sidang Parlimen dan anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh itu sekali lagi cuba mengaitkan Perdana Menteri dalam 'skandal' tersebut, selain mendakwa Najib tidak berintegriti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu menempelak Gobind agar terlebih dahulu 'cermin diri sendiri' dengan melihat pendiriannya dan bapanya sebelum menuduh Perdana Menteri tidak berintegriti.

"Kalau beliau lupa, saya suka ingatkan kembali, pada tahun 1997 di dewan inilah Karpal mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti yang Permatang Pauh (Anwar) terlibat dalam aktiviti liwat dan menuntut tindakan tegas kerajaan, tetapi hari ini siapa peguam bela Anwar kalau bukan Karpal," katanya.

Utusan Malaysia

Wednesday, 13 June 2012

SINETRON 20 AKAUN RM 3 BILLION ANWAR IBRAHIM.....





Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?

Klik untuk besarkan imej
Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.

Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.

Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.

Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.

Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan


Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham. 

Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?

Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?

Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.


Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?


Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.

Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.

Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.

Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.

Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.

Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.

Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.

Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.

Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.

Ada kes yang masih belum terbongkar

Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.

Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.

Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.

Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.

Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/financial controller Phileo.

Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula. 

PETIKAN DARI SINI.... ANDA NAK LAGI... LIHAT DI SINI

ADUN PASIR PANJANG YANG SENGAL..GILA GLAMOUR..GILA KUASA!!!!



Tau la gila glamor. Tapi tak payah la sampai pakai baju letak muka sendiri!!!! muahahaha....



PKR = PARTI SEKS BEBAS, BERANIKAH NURUL IZZAH..???


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya mengadakan sidang akhbar bersama dengan segera.

Sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan Datuk S.Nallakaruppan berhubung hubungan sulit antara Shamsidar dan suami Wan Azizah yang juga papa hebat anugerah tuhan kepada Nurul Izzah, Anwar Ibrahim.

Selain daripada dakwaan itu, Nalla juga mendakwa bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran daripada dakwaan Nalla itu, pelbagai pihak mendesak agar Wan Azizah dan Shamsidar menjawab pertuduhan tersebut dan paling baik adalah dengan mengadakan sidang akhbar mengenainya.

Nurul Izzah perlu mengambil tindakan untuk memujuk ibunya bagi membersihkan imej PKR yang kini telah dianggap sebagai parti seks bebas!

Semua orang kuat PKR berdiam diri mengenai dakwaan Nalla tersebut...
seolah-olah mereka membenarkan bahawa dakwaan itu adalah benar!!!

Nurul Izzah, ada beranikah nak pujuk mamanya atau sekurang-kurangnya memberi gambaran sebenar mengenai hubungan antara Wan Azizah dan Shamsidar, semua orang dah heboh ni...!!! Lebih heboh bahawa, Shamsidar mempunyai anak hasil hubungan tersebut.... !!!