Thursday 14 June 2012

PENGORBANAN KHALID UNTUK FAEKAH, AZMIN TAK SENANG DUDUK!!!


Perbalahan dalam PKR Selangor diantara kuncu-kuncu Azmin Ali dan puak-puak Khalid Ibrahim kini kembali berulang secara terbuka dialamaya.

Azmin, kini sebagai Ketua PKR Selangor, setelah berjaya merampasnya dari Khalid Ibrahim pada 2010, muncul kembali dengan menyerang Khalid didalam Twitter supaya memecat Faekah sebagai Setiausaha Politik MB.

Mkini> melapurkan Azmin menerima banyak rungutan mengenai Faekah "termasuk daripada penjawat awam Negeri Selangor.”

Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, tetapi Khalid Ibrahim diam membisu seolah-olah Faekah nampak tidak bersalah, cantik, molek dan perfect dari segala segi.

Adakah ini pertanda yang Khalid sedang dilamun cinta?

Mari kita lihat pendedahan Faekah sendiri bagaimana Khalid sanggup berkorban apa sahaja demi beliau.

Apabila dihubungi oleh FreeMalaysiaToday, Faekah menyangkal segala tuduhan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Jawatankuasa Pemandu “SelangorKu” yang mengagihkan peruntukan kepada projek-projek di Selangor.


Sedondon dan sepadan.


Mengenai tuduhan Twitter Azmin Ali pula, ini jawapan Faekah;

“Ia tidak benar. Twitter tersebut mungkin dari Azmin sendiri atau dari penyokong Azmin. Saya tidak peduli. Ia telah menjadi pengetahuan umum bahawa Azmin mahu Khalid mengantikan saya sebagai SetPol pada tahun 2010”

Sebagai pertukarannya masa itu (demi cinta dan pengorbanan), Khalid telah melepaskan jawatan sebagai jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin” – Faekah dipetik FMT>

Diatas adalah pengakuan jujur Faekah yang dikeluarkan dengan tidak sengaja, dimana ia adalah kebiasan bagi Faekah.

Cukup besar pengorbanan Khalid Ibrahim demi Faekah dan beliau sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor hanya kerana mahu Faekah menjadi SetPol beliau. Siapakah yang sanggup bertukar ganti begitu rupa jika tidak kerana cinta terhadap Faekah.

Bagi Azmin Ali pula, beliau mempunyai tugas yang amat berat untuk memisahkan Faekah dari Khalid, bagaimana perit dan sukarnya memisahkan Shamsidar dari Anwar Ibrahim.

Ia juga membuktikan bahawa Azmin cukup tamak dan mungkir janji dengan Khalid dan Faekah. Setelah merampas jawatan Ketua PKR dalam bentuk pertukaran, Azmin masih lagi tidak puashati dengan Faekah dan mahu Faekah disingkirkan juga. Ini cukup mengecewakan Khalid.

Pergolakan Azmin-Khalid memberi pertanda baik dan kelebihan kepada Umno Selangor pada PRU13 nanti.


Mesra.



No comments: