Tuesday, 14 February 2012

JIKA ANWAR JADI PM.... KERAJAAN BONEKA AKAN TERTUBUH DI MALAYSIA...???!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan terbarunya mendakwa Amerika Syarikat mahu melakukan penukaran regim di Malaysia yang apabila berjaya ketua pembangkang Datuk Seri  Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.
Kata Dr Mahathir, jika itu terjadi sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.
"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blog peribadinya.
Menurut Dr Mahathir, pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi dan "ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century)".
"Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika.
Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia." tulisnya.
anwar-rubin-wolfowitz513




Berikut adalah tulisan penuh Tun Dr. Mahathir bertajuk 'REGIM CHANGE'.....

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.
4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.
5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Monday, 13 February 2012

GEMPAR!!! SEJADAH BERDIRI DENGAN SENDIRINYA..!!!


PAYA PASIR - “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.

Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.

“Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.

“Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam,” katanya.

SUMBER : POLITIK HARIAN

ANWAR KENA MARAH HAJI HADI...???


Anwar mari sini baca, aku tulis tajuk ne besar-besar b iar mu baca sampai lubuk kalbu, " 
PAS dan negara haram Israel". Aku ulang lagi " PAS dan negara haram Israel"...negara Israel tu negara Haram, guano mu kata I Will apa tu I will support Israel, gulung lidah aku sebut. I will support all efforts to protect the security of the state of Israel"...mu ingat aku tak reti cakap orang putih ker Anwar.


Baca sini Anwar, aku pung baca NST, zaman IT la, mu ingat aku pakai serban tak reti baca orang putih, mu jange under estimated aku Anwar, naya ko, Nik Aziz bolehllah, dia tau urdu belako. Ne ha Read more: Anwar's support for Israel offends Muslims - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/anwar-s-support-for-israel-offends-muslims-1.43226#ixzz1mDy5hKcW


Mari sini Anwar, aku mahu nasehat mu, Nasehat Haji Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim, "Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan  kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya  kaki para anbiya’  dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi  dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya  Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka  yang layak memakmurkan Palastin ialah  mereka yang beriman dan budiman"(http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=367:pas-dan-negara-haram-israel&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56).


Dengarlah dan fahamlah wahai Anwar, aku dah tak tahan ne, kata Haji Hadi Awang dalam hatinya. Nak tegur mu depan khalayak tok seh, nasib baik aku ada blog, buat lagu ne la kena tegur mung. Mu bikin sakit hati semua orang Islam seluruh dunia tahu tak Anwar! Anwar mu dengar ne, "Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang  penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. 

Anwar mu memang tak layok jadi ketua, mari dengar apa aku kato ne, mu marilah pi Rusila dengar aku ceramah, "Sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua". Mu paham dok Anwar, aku kato hanya pemimpin Islam sahaja, maksud aku, mu bukang pemimpin Islam, mu pemimpin Kapir, mu sokong Israel mu memang sao sahih Israeli. Bengong mu Anwar.

Payoh nak nasehat mu Anwar mu baca blog aku, baca kat bawah ne, geram aku, aku keluar Pakatan Rakyat baru mu tahu, mu jangang cabar aku Anwar... Baca Baca kat bawah ne, natang mu Anwar... 
(http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=367:pas-dan-negara-haram-israel&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56)

Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar  datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian  mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan  menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.

Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat  Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi  dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok  Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini,  semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga  menakluk dunia.

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore  yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak  perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.

Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.

Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar  yang menghalalkan negara haram Israel  memiliki  senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.

Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.

Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi  sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan  darah para anbiya dan ulama yang soleh.

Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.
61.  Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

Firman Allah:
إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .
21.  Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.

22.  Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.

Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

SUMBER : DI SINI

JANGAN JADI BANGSAT PAS..!!!!


Inilah kalau perjuangan kononnya Islam telah dililit dengan perjanjian syaitan demi matlamat dan cita-cita politik dan kuasa yang melampau sehingga terangan DAP telah menghina Islam sevegitu sekali.

Apakah Pas menunggu sehingga Islam itu hancur berkecai dibumi Malaysia ekoran dari kuasa tanpa memikirkan Islam itu dihinjak sedemikian rupa oleh DAP. Apakah matlamat politik digadai kerana untuk menjaga hati rakan politik yang semakin biadap hanya kerana kuasa???

Tindakan DPP PAS yang lantang terhadap kenyataan jahat THE SINGH membuktikan anak didik Pas lebih hebat dari ulama Pas sendiri yang dibelit oleh kafir harbi DAP.


KEHADIRAN DR. HASSAN ALI DAN USTAZ KAZIM DI PENGKALAN PEGOH, UNDANG 15K HADIRIN....

AIDCNews – Sesuatu yang luar biasa apabila kira-kira 15,000 orang hadir mengikuti ceramah Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Kazim Elias di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh, 10 Feb.
“Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.
“Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh”, lapor Mingguan Malaysia.
Ustaz Kazim dalam ceramahnya berkata beliau mengenali Dr Hassan sejak 14 tahun dulu ketika sama-sama menyertai PAS.
“Selepas tidak ketemu 14 tahun, hari ini ketemu semula, Insya Allah..dalam satu bentuk wadah perjuangan untuk menyatupadukan umat Islam.
“Ini target saya..dan saya rasa itulah target Datuk Dr Hassan Ali”, katanya.









Sementara itu, Dr Hasan dalam ceramahnya berkata sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.
Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas,” katanya.
Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR.
“Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja,” katanya.

SYABU BERNILAI RM4 JUTA.....

Polis menumpaskan satu sindiket dadah jenis syabu yang menjadikan sebuah kondominium mewah di Jalan Dutamas di sini sebagai makmal memproses bahan itu serta merampas syabu bernilai RM4 juta.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, empat warga Iran dan tiga lelaki tempatan berumur 22 hingga 51 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan Isnin lepas.


"Dalam serbuan pertama di kondominium di Changkat Kiara Bayu, Jalan Dutamas Melor, polis merampas syabu berbentuk kristal seberat tujuh kilogram, 13kg cecair syabu, pelbagai bahan kimia seperti Acetone dan peralatan untuk memproses dadah. Tiga lelaki Iran diberkas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata, susulan penahanan itu, seorang lagi lelaki Iran ditahan di sebuah rumah di sekitar ibu kota dan polis merampas 25kg dadah prekursor ephedrine, iaitu bahan utama yang diperlukan untuk membuat dadah syabu.


"Tiga lagi lelaki tempatan yang dipercayai ditugaskan untuk mengedar dadah itu turut diberkas pada hari yang sama.
"Mereka ditahan di bawah undang-undang Pencegahan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) pada 2010. Kita percaya mereka berkenalan di sana sebelum merancang memproses dan mengedar dadah sejurus dibebaskan,” katanya. — BERNAMA


Gambar Hiasan

SELEWENG GAJI PEMAIN LIGA SUPER KEDAH MUSIM 2006-2007

Seorang bekas Pegawai Akaun Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan penipuan membabitkan wang berjumlah RM76,026 lima tahun lepas.

Izhan Abdullah Sani, 45, minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Izhan didakwa memalsukan baucar bayaran gaji dan elaun 14 pemain Liga Super Kedah Musim 2006-2007, bagi bulan Julai dan Ogos 2007 yang dilampirkan bersama sekeping cek dan penyata kredit gaji bagi dua bulan itu, di pejabat KFA di sini.

Setelah dokumen itu ditandatangani oleh KFA, dia kemudiannya menyediakan penyata kredit gaji yang lain dengan memasukkan namanya sebagai salah seorang pemain sebelum menghantarnya ke bank dan dia menerima gaji berjumlah RM5,817 bagi bulan Julai dan Ogos 2007.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja membuat bayaran gaji sekali lagi bagi tiga pemain import berjumlah RM64,392, bagi September 2007 sedangkan gaji mereka bagi bulan itu telah dibayar lebih awal.

Setelah baucar bayaran gaji tiga pemain import itu ditandatangani KFA, Izhan kemudiannya sekali lagi menyediakan penyata kredit gaji yang lain dan memasukkan namanya sebagai pemain bola sepak Liga Super Kedah dengan niat untuk memperoleh wang RM64,392 itu.

Hakim menetapkan jaminan RM17,000 dengan seorang penjamin dan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes serta menasihati Izhan mendapatkan khidmat peguam sebelum tarikh berkenaan. — BERNAMA