Monday 13 February 2012

SYABU BERNILAI RM4 JUTA.....

Polis menumpaskan satu sindiket dadah jenis syabu yang menjadikan sebuah kondominium mewah di Jalan Dutamas di sini sebagai makmal memproses bahan itu serta merampas syabu bernilai RM4 juta.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, empat warga Iran dan tiga lelaki tempatan berumur 22 hingga 51 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan Isnin lepas.


"Dalam serbuan pertama di kondominium di Changkat Kiara Bayu, Jalan Dutamas Melor, polis merampas syabu berbentuk kristal seberat tujuh kilogram, 13kg cecair syabu, pelbagai bahan kimia seperti Acetone dan peralatan untuk memproses dadah. Tiga lelaki Iran diberkas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata, susulan penahanan itu, seorang lagi lelaki Iran ditahan di sebuah rumah di sekitar ibu kota dan polis merampas 25kg dadah prekursor ephedrine, iaitu bahan utama yang diperlukan untuk membuat dadah syabu.


"Tiga lagi lelaki tempatan yang dipercayai ditugaskan untuk mengedar dadah itu turut diberkas pada hari yang sama.
"Mereka ditahan di bawah undang-undang Pencegahan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) pada 2010. Kita percaya mereka berkenalan di sana sebelum merancang memproses dan mengedar dadah sejurus dibebaskan,” katanya. — BERNAMA


Gambar Hiasan

No comments: