Showing posts with label PECAH AMANAH. Show all posts
Showing posts with label PECAH AMANAH. Show all posts

Monday, 13 February 2012

SELEWENG GAJI PEMAIN LIGA SUPER KEDAH MUSIM 2006-2007

Seorang bekas Pegawai Akaun Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan penipuan membabitkan wang berjumlah RM76,026 lima tahun lepas.

Izhan Abdullah Sani, 45, minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Izhan didakwa memalsukan baucar bayaran gaji dan elaun 14 pemain Liga Super Kedah Musim 2006-2007, bagi bulan Julai dan Ogos 2007 yang dilampirkan bersama sekeping cek dan penyata kredit gaji bagi dua bulan itu, di pejabat KFA di sini.

Setelah dokumen itu ditandatangani oleh KFA, dia kemudiannya menyediakan penyata kredit gaji yang lain dengan memasukkan namanya sebagai salah seorang pemain sebelum menghantarnya ke bank dan dia menerima gaji berjumlah RM5,817 bagi bulan Julai dan Ogos 2007.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja membuat bayaran gaji sekali lagi bagi tiga pemain import berjumlah RM64,392, bagi September 2007 sedangkan gaji mereka bagi bulan itu telah dibayar lebih awal.

Setelah baucar bayaran gaji tiga pemain import itu ditandatangani KFA, Izhan kemudiannya sekali lagi menyediakan penyata kredit gaji yang lain dan memasukkan namanya sebagai pemain bola sepak Liga Super Kedah dengan niat untuk memperoleh wang RM64,392 itu.

Hakim menetapkan jaminan RM17,000 dengan seorang penjamin dan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes serta menasihati Izhan mendapatkan khidmat peguam sebelum tarikh berkenaan. — BERNAMA

Monday, 30 January 2012

INTERPOL CARI PEGUAM PECAH AMANAH DARI JOHOR

Peguam Pecah Amanah Dikehendaki Interpol

Polis Johor akan  bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol)  bagi mengesan seorang peguam yang dikehendaki  bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial  negeri, Asisten Komisioner Rosman Omar  berkata, polis sedang mencari Kamal Hisham  Jaffar, 42, bagi membantu siasatan kes pecah  amanah melibatkan kerugian RM660,000.
“Kita percaya dia masih berada di Malaysia,  namun jika didapati dia berada di luar negara, kita  akan bekerjasama dengan Interpol kerana  kenyataan beliau amat penting bagi kes tersebut,”  katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kamal Hisham dikatakan mempunyai urusan  dengan golongan kenamaan dan kini dicari bagi  kes penipuan. – mynewshub.my

Monday, 26 December 2011

BEKAS WAKIL RAKYAT DAP KEKAL DIPENJARA 10 TAHUN..!!!



Mahkamah Tinggi Seremban, mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, M. Kuppusamy atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah hampir RM70,000, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kuppusamy, 61, yang juga seorang peguam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.


Kuppusamy disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang tuntutan insurans kemalangan daripada Syarikat Tahan Insurance Malaysia Bhd. sebanyak RM66,647.44 atas nama Zainal Abdul Majid, 65, yang telah diamanahkan kepadanya.


Dia melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan di sini antara 29 Oktober dan 6 Disember 2005.


Tertuduh yang pernah dipilih sebagai ADUN Rasah dari 1978 hingga 1982 dan juga ADUN Jimah selama satu penggal pada 1986 didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau kedua-duanya.