Monday, 9 January 2012

SEBENARNYA.... NAJIB YANG MENANG!!!!



JIKA saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.

Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.

Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.

Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isteri. 

Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.

Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.

Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya. Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari. Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.

Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.

Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.

Kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.

“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”.kickdefella.wordpress.com



NAMA HASSAN ALI JADI LAUNGAN DEMO 901....!!!

PANASS!! Laungan Anti Hasan Ali Bergema di perkarangan Mahkamah!!

Puak Pro Anwar bertindak Aggressif..

Semalam Pas memecat Hasan Ali kerana dipercayai tidak lagi sehaluan dengan parti dan pakatan Haram. Keputusan itu tentunya, bukan hanya dibuat oleh Pas. Tetapi campur tangan Anwar dan Dap.

Hari ini, peserta demo 901, sering melaungkan anti Hasan Ali dengan mengutuk dan mengeji beliau.

Mungkin disebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan Pas pusat dan juga kepimpinan tertinggi Pakatan Haram, ramai penyokong tegar Anwar dendam dan berang dengan beliau.


Tambahan pula baru-baru ini Hasan Ali tidak menyokong demo 901 yang menuntut kebebasan Anwar. Membuatkan ramai Ahli PKR berang dan menyerang Hasan Ali secara terbuka, termasuklah skandal Anwar, Azmin Ali.

Disebabkan itu, hari ni terdapat beberapa kelompok ahli PKR yang mengejek puak Pas dengan perkataan "Jangan Jadi Macam Hasan Ali!!"

Pekikan itu bergema diselangi dengan jeritan Reformasi dan Lawan Tetap Lawan.

Nampaknya pemecatan Hasan Ali menjadi kegembiraan yang nyata kepada puak PKR, kerana Hasan Ali berani menentang Anwar.

Itulah resam di dalam Pakatan Haram.. pejuang Islam di pinggir, pejuang seks bebas, kebebasan beragama, kesamarataan beragama dan juga kesamarataan hak rakyat di perjuangkan.

Apakah kita mahu puak-puak sebegini mengambil alih tampuk pemerintahan negara?

SUMBER :  DI SINI

SAIFUL REDHA.....


 Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.


Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


"Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Reda dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.


Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.


Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata, tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi menyabitkan Anwar. – BERNAMA



KES LIWAT.... ANWAR BEBAS....

Mahkamah Putuskan Anwar Tidak Bersalah

AIDCNews – 09/01/12 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya pagi ini menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.
Walau bagaimana pun hakim tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya bahawa kedua-dua bukti iaitu DNA dan keterangan lisan Saiful tidak boleh mensabit kesalahan.
Dalam keputusan hakim itu bermakna hakim bukan tidak percaya kejadian liwat itu berlaku, namun tidak cukup bukti untuk mensabitkannya.
Keputusan mahkamah hari ini hampir sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar pada 2 September 2004 yang merumuskan kesemua hakim percaya aktiviti liwat di Tivoli Villa berlaku, tetapi tidak cukup bukti untuk mensabitkannya, apatah lagi terdapat elemen yang meragukan iaitu suka sama suka.
Suka Sama Suka
Karpal Singh dalam hujah penggulungan 25 April merumuskan Anwar perlu dilepaskan kerana kes ini sama dengan kes liwat I.
“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” kata Karpal. “Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” katanya lagi.
Keterangan Karpal itu merujuk kepada kontradiksi di antara keterangan Mohd Saiful yang menyatakan tidak bersetuju diliwat dengan pertuduhan Seksyen 377B, bermakna bersetuju.
SETERUSNYA.... DI SINI

TERKINI....'BEBASANWAR901'

DARI MAHKAMAH JALAN DUTA SEHINGGA JAM 8.00 PAGI INI....


Hebat Cina ni sebab berjaya bodohkan ramai budak Melayu.



Elok sangat, Cina ni bos, budak AMK kuli.




Parking dah penuh, yang lambat tu nasib la. Ingat perjanjian 10 perkara dengan PDRM.




Apa kejadah dia ni bawak kayu?

TQ < MyMassa>



TAHUKAH ANDA ASAL USUL BENDERA PKR..???

MYMASSA mendedahkan.................




Kalau kita tanya penchacai PKR, apa pasal bendera parti mereka lain macam sahaja, mereka akan jawab bendera itulah yang menjadi lambang kekejaman Kerajaan BN terhadap Anu Ghairah Tuhan mereka. Ini semua kes pasal kena panggil Hanjing lah ini.

Tetapi betulkah bendera PKR melambangkan sebelah mata Anu Ghairah Tuhan yang ditumbuk polis? Dan kenapa beliau memilih nama Parti Keadilan Rakyat yang membawa kepada akronim PKR?
Ya, betul! Anwar sebenarnya telah "Meliwat" pemikiran penyokongnya yang ta'asub semenjak daripada awal lagi apabila beliau menggunakan objek yang paling beliau gemari sebagai logo keramat parti tanpa disedari mereka, hatta para ularmak dan ostad serta barisan muslimah sekalian.

Dan bagi melengkapkan hasil seni logo beliau, akronim PKR pula dipilih agar sesuai dengan kemahiran ulung yang dimiliki iaitu, PAKAR KOREK REKTUM!

* Sebab itulah Anwar masih lagi mampu bertahan menjadi satu-satunya pemimpin politik di dunia yang masih berkuasa  walaupun video seks beliau tersebar. Ini adalah kerana para penyokong beliau kesemuanya telah hanyut dalam kenikmatan diliwat pemikiran.

APA KATA PAKAR MENGENAI 'BEBASANWAR901'.....

Pakar yang bukan dari PDRM tetapi arif dari sudut kepolisian.

Jom dengar penerangan dari En. Kamal Affendi.




FIKIR-FIKIRKAN..... RENUNG-RENUNGKAN....


TQ - MyMassa