Monday 9 January 2012

KES LIWAT.... ANWAR BEBAS....

Mahkamah Putuskan Anwar Tidak Bersalah

AIDCNews – 09/01/12 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya pagi ini menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.
Walau bagaimana pun hakim tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya bahawa kedua-dua bukti iaitu DNA dan keterangan lisan Saiful tidak boleh mensabit kesalahan.
Dalam keputusan hakim itu bermakna hakim bukan tidak percaya kejadian liwat itu berlaku, namun tidak cukup bukti untuk mensabitkannya.
Keputusan mahkamah hari ini hampir sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar pada 2 September 2004 yang merumuskan kesemua hakim percaya aktiviti liwat di Tivoli Villa berlaku, tetapi tidak cukup bukti untuk mensabitkannya, apatah lagi terdapat elemen yang meragukan iaitu suka sama suka.
Suka Sama Suka
Karpal Singh dalam hujah penggulungan 25 April merumuskan Anwar perlu dilepaskan kerana kes ini sama dengan kes liwat I.
“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” kata Karpal. “Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” katanya lagi.
Keterangan Karpal itu merujuk kepada kontradiksi di antara keterangan Mohd Saiful yang menyatakan tidak bersetuju diliwat dengan pertuduhan Seksyen 377B, bermakna bersetuju.
SETERUSNYA.... DI SINI

No comments: