Saturday, 10 December 2011

3 ADUN BN SEDIA BERUNDUR...SATU TELADAN YG BAIK - MB PERAK

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kesediaan tiga wakil rakyat dari UMNO untuk berundur dan berjanji akan terus memberi sokongan padu kepada parti itu merupakan contoh dan teladan yang baik kepada wakil rakyat yang lain.



DAP TIDAK MENGHARAP CALON PAS, PKR DI KERUSI MAJORITI MELAYU ...???



PAS Selangor awal-awal lagi berkata tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Friday, 9 December 2011

MOHD AMAR BAKAL MB KELANTAN...???!!!!

GEMPARRR..!!! SENARAI CALON PAS DI KELANTAN TERBONGKARRR..!!!


YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

                                              


Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.
Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.


Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai menteri di pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.


Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.

KETAHUI SELANJUTNYA..... KLIK DI SINI...

BONGKAR - PERBEZAAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH DAN WAHHABI - PART 2












BONGKAR - PERBEZAAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH DAN WAHHABI - PART 1

SEBUAH MASJID.... NEGARA KEBAJIKAN DAN BUKU JINGGA....y !!!!!!

alt
Kalau mengikut gegar gempita Buku Jingga yang kini dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai modal pilihanraya umum ke 13, Kelantan sepatutnya sudah lama sampai ke bulan dan bintang.


Janjinya dalam 100 hari rakyat di segenap pelusuk akan mendapat segala macam nikmat sekilas lampu Aladin.
Di sebalik semua ini ada yang anggap Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah orang yang sepatutnya merasa berdesing telinga pada Buku Jingga.
Bukan setahun atau dua atau tiga tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya cahaya jingga itu belum lagi menyinari Kelantan.
Cakap-cakap itu dirancakkan lagi dengan pengakuan  terbuka Timbalan Exco Kelantan, Abdul Fatah Harun, Rabu, bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lampau.
Pengakuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kisah itu sudah menjadi satu rahsia umum.
Apa yang menarik ialah ia satu pengakuan.
Sekurang-kurangnya itulah hasil slogan - Membangun Bersama Islam - yang diagungkan oleh PAS selama ini - hanya sebuah masjid.
Kini PAS sudah beralih arah kepada Negara Berkebajikan - slogan yang ditune agar selari dan seirama dengan rakan politiknya, PKR dan DAP .
Semua orang tahu PAS yang berhajat sangat pada undi bukan Melayu cukup bimbang kalau-kalau nanti Karpal Singh dan rakan-rakannya  mengaum lagi.
Hakikatnya siapa yang berani langkah mayat Karpal Singh.
Slogan barunya ini yang diperkenalkan semasa Muktamar PAS yang lalu memang sedap, enak dan syahdu didengar.
Sekalipun sudah terlajak perahu...namun elok juga bos-bos PAS mendengar taklimat mengenai cabaran untuk melaksananya daripada Menteri Besar Kelantan.
Ini kerana setelah mentabir Kelantan sebegini lama beliau masih garu kepala pagi petang siang malam -  kerana masih belum mampu membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Air adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rakyat Kelantan tahu bagaimana peritnya terpaksa berdondang sayang dengan air paip yang meloyakan.
Cuma Nik Aziz dapat bersyukur panjang  kerana ramai penyokong parti itu terus melihatnya sebagai 'Tok Guru'.
Sebuah masjid dan air kotor . Tanda titiknya bukan setakat itu.
Banyak lagi yang boleh diselongkar di sebalik ' Membangun Bersama Islam'  yang selama ini tidak lebih daripada slogan politik.
Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan  Razak dan Lim Guan Eng sudah lebih tiga tahun memerintah negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ada apa-apa yang istimewa  di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang?
Dengar cerita ramai yang geleng kepala..kerana setakat ini belum nampak apa-apa.
Itu belum lagi selak balik satu per satu manifesto masing-masing yang hebat semasa kempen pilihanraya Mac 2008 dulu. Kalau diteropong pasti tidak ada tempat untuk mereka sorok muka.
Oppss lupa...ada Buku Jingga....kalau menang, 100 hari semua beres.
-  AgendaDaily

DAKWA SELEWENG BANTUAN SEKOLAH, MB TRENGGANU SAMAN ADUN PAS, HARAKAH...!!!!

alt
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyaman seorang wakil rakyat pembangkang yang didakwa memfitnah beliau berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.
Ahmad memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Khamis bahawa tindakan undang-undang terhadap Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) akan diambil segera kerana dakwaannya itu telah menjejaskan nama baik beliau dan kerajaan negeri.
"Dia mendakwa telah berlaku salah laku dan penyelewengan serta kebocoran dalam kontrak bekalan pakaian sekolah kepada satu syarikat bernilai hampir RM10 juta, setiap tahun selama tiga  tahun dengan jumlah keseluruhan kontrak RM28.47 juta dan  dikecualikan daripada proses tender, sedangkan dalam laporan Ketua Audit Negara, kontrak hanya satu tahun sahaja iaitu 2009.
"Nilai kontrak sebenar RM7.995 juta sahaja bukannya RM10 juta seperti yang dibohongi itu,"  katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang oleh beliau Isnin lepas.
Bernama melaporkan Ahmad berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.
Beliau berkata pembohongan itu turut disiarkan dalam kolum Syed Azman, 'Ganu Kite' dalam akhbar Pas, Harakah, edisi 11-13 Nov lepas.
Selain Syed Azman, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Harakah, pengerusi dan penerbit Harakah dan semua yang terlibat.
"Saya sudah menghubungi peguam dan  tindakan (saman) ini akan diambil dalam masa terdekat," katanya.
SUMBER : agendadaily