Saturday 10 December 2011

DAP TIDAK MENGHARAP CALON PAS, PKR DI KERUSI MAJORITI MELAYU ...???



PAS Selangor awal-awal lagi berkata tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Tapi kata-kata itu daripada mulut Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad. Keputusan Ahli Parlimen Shah Alam itu bukan muktamad. Ada yang lebih tinggi daripadanya untuk membuat keputusan.

Jadi tunggulah menjelang pilihan raya nanti, mungkin keputusan Pas itu akan berubah.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Jadi biarlah DAP dengan hasratnya untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Motif DAP mahu meletakkan calon Melayu itu boleh dibaca. DAP mengharapkan sokongan pengundi Cina akan kekal dan undi kaum Melayu bertambah, yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Dalam peruntukan kerusi ini, DAP mungkin tidak mengharapkan kerusi Pas tetapi meminta pengorbanan beberapa kerusi sekutunya, PKR bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding PRU 13.

Desas-desus mengenai strategi DAP untuk meletakkan Melayu sebagai calon parti dalam PRU 13 kelak telah menjadi kenyataan!

Bukan tidak pernah DAP mengemukakan calon Melayunya. Pada PRU 12, DAP letak 13 calon Melayu bertanding di Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya umum 2008 juga DAP letak calon Melayu sebagai calonnya di Parlimen Raub (54 peratus pengundi Melayu), di Parlimen Tanjung Piai dan DUN Pekan Nenas Johor (juga kawasan majoriti Melayu).

DAP bangkitkan isu ini lagi setelah mengambil kira faktor pengaruh PKR dan Pas yang sedang merudum terutama sokongan pengundi Melayu. Sebab itu DAP melihat kedua-dua parti itu tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka perolehi sekarang.

DAP ‘perasan’ berdasarkan sokongan diterima dalam pilihan raya di Sarawak, trend menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR. DAP juga tidak lagi mengharapkan Pas untuk meraih sokongan Melayu dan memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

Sebab itulah DAP mahu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon Melayu. Kalau DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada PRU 13, maka ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis.

Persoalannya, DAP tetap berdegil mahu letak calon Melayunya, apa Pas dan PKR hendak kata?
Beranikah Pas bertindak keluar daripada pakatan pembangkang? Beranikah PKR berkokok membantah permintaan DAP?

Bagi kerusi atau tidak, DAP mungkin ‘main langgar’ tanpa peduli sama ada langkah itu memberi jaminan kemenangan kepada pakatan.

DAP mungkin sanggup lupakan sekutunya kerana mahu menakluk kawasan sebanyak yang mungkin tanpa terlalu bergantung pada sokongan Pas dan PKR.

Sebenarnya kemenangan besar dalam PRU 12 dahulu tidak pun dijangkakan oleh PKR, DAP dan Pas. Pakatan atau kerjasama hanya dibentuk semata-mata untuk menafikan Barisan Nasional terus berkuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Jelas sekarang, tindakan DAP itu dibuat kerana beberapa negeri memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Peristiwa pelantikan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi iktibar kepada DAP untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada PRU13.

Hakikatnya DAP tidak mungkin akan membela nasib kaum Melayu. Sepanjang tempoh pakatan berkuasa di negeri yang mereka menangi, nasib bumiputera dan agama Islam tergugat.

DAP mempunyai agenda tersembunyi. Kerjasama DAP dalam pakatan lebih kepada usaha memperkudakan orang Melayu untuk tujuan politiknya. Hinggakan Pas ‘takut’ hendak memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Apa pun, sikap biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin DAP mengingatkan kita pada tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Mereka yang pernah menempuh zaman ‘perintah berkurung’ itu tidak akan lupa tentang niat dan tekad DAP yang diluahkan pada ketika itu - “menghalau Melayu dari buminya sendiri.”


CREDIT TO -->> PISAU.NET

No comments: