Wednesday, 14 March 2012

'IMAM SELIPAR' DIJULANG SEBAGAI HERO OLEH PEMBANGKANG!!!

ADAKAH selayaknya Hoslan Hussin disamatarafkan dengan Muntadar al-Zaidi? Apa persamaan kedua-duanya sehingga Hoslan mahu disamakan dengan Muntadar?


 


Hoslan, imam di sebuah masjid di Kampung Pandan, manakala Muntadar, wartawan dari Iraq – kaitan antara mereka adalah perbuatan Muntadar membaling kasut dan Hoslan membaling selipar.

Ketika nama Muntadar menggemparkan dunia kerana tindakan membaling kasut ke arah George W. Bush, Hoslan pula dijulang pembangkang Malaysia gara-gara melempar selipar ke arah tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

Kasut Muntadar yang melayang hampir mengenai kepala Bush adalah lontaran kemarahan wartawan itu terhadap keganasan, penindasan serta penganiayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat Iraq.

Apa pula kaitan selipar Hoslan dengan tiga hakim yang ternyata amat terkejut apabila benda yang sepatutnya tersarung di kaki melayang sedemikian rupa.

Hoslan berang apabila mahkamah menolak permohonannya mencabar tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengarahkan dia mengosongkan kuarters yang didudukinya lantaran dia tidak lagi menjadi imam di situ.

Kupasan perihal tindakan Hoslan telah pun dibuat sebelum ini. Yang ingin disentuh di sini adalah kesungguhan beberapa pihak terutamanya pembangkang menjulang Hoslan seakan-akan lelaki itu ‘maksum’ sehingga tidak boleh dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah.

Ketika ditemu ramah, bapa kepada tujuh anak itu membangkitkan kononnya dia mahu menegakkan keadilan. Dia mahu membongkar penyelewengan di masjid, justeru adalah satu penganiayaan apabila dia dilayan begitu oleh ketiga-tiga hakim itu.

Tidak ramai yang mahu tahu cerita sebenar semasa prosiding di mahkamah. Tiada siapa peduli dengan kesabaran ketiga-tiga hakim dengan tindak-tanduk Hoslan yang tidak mampu mempertahankan ciri-ciri seorang imam ketika berhadapan dengan secebis cabaran di mahkamah dunia.

Meniti di mulut Hoslan, dia digari. Katanya hakim berat sebelah. Tetapi tidak pula diberitakan tentang berhati-hatinya petugas mahkamah termasuk polis menenangkannya dan para hakim pula mengawal tutur kata supaya tidak menyakiti imam yang telah melemparkan sepasang seliparnya di muka pengadilan.

Mengapa Hoslan membangkitkan perihal penyelewengan masjid sedangkan para hakim di Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya untuk mencabar kesahihan tindakan MAIWP mengarahkan dia mengosongkan kuarters di situ.

Biar pun mungkin ada kaitan antara pemecatan Hoslan, arahan pengosongan dan dakwaannya ada penyelewengan di masjid itu, tetapi di mana kewajarannya apabila tiga hakim mendengar kes yang berbeza itu dilayan begitu.

Lebih mengecewakan apabila Hoslan ditemu ramah, dia memberi versi yang berbeza. Portal pembangkang, akhbar milik parti dan peguam-peguam hebat melonjakkan Hoslan sebagai hero sehingga menyamai Muntadar yang antikeganasan. Kononnya, kasut yang dibaling Hoslan mewakili kekecewaannya yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Dia mendakwa memberitahu para hakim tidak pernah dalam sejarah seorang imam dihadapkan ke mahkamah kerana cuba menegakkan prinsip Islam yang menentang penyelewengan.

Soalnya adakah Mahkamah Persekutuan pada hari permohonannya ditolak membicarakan tuduhan salah laku pengurusan masjid atau keengganan Hoslan mengosongkan premis yang diduduki lantaran dia tidak lagi menjadi imam di masjid tersebut.

Hoslan sepatutnya tampil dengan bukti. Jika laporan polis dibuat beribu kali tetapi imam itu tidak bekerjasama memberikan bukti wujudnya penyelewengan, tentunya keadilan yang cuba diangkat akan tergantung begitu sahaja.
Sebagai seorang imam yang dadanya dipenuhi ajaran Islam dan nilai-nilai murni, bukankah Hoslan sepatutnya sangat arif untuk membezakan antara tohmahan, fitnah dan kebenaran. Dia juga patutnya amat peka tentang keperluan saksi, bukti, perbicaraan dan penghakiman dalam proses mengangkat keadilan seperti yang dicanang dalam siri temu ramah selepas insiden tersebut.

Perlu diingat bahawa keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Hoslan bukan saja kerana tragedi melempar selipar. Sebaliknya Hoslan juga didapati menghina mahkamah apabila membuat kenyataan demi kenyataan kononnya dia tidak diberi hak untuk didengar secara adil sebelum permohonannya ditolak.

Pendek kata, imam itu memperlekehkan institusi kehakiman bukan saja melalui perbuatan di dalam mahkamah malah kata-katanya di luar mahkamah yang kemudian disebar luas oleh portal berita.

Kesan perbuatan dan kata-kata itu sehingga ke satu peringkat dia dilihat sebagai hero seperti mana Muntadar yang diangkat kerana keberaniannya memalukan Bush di mata dunia.

Portal berita seperti Malaysiakini dan lidah rasmi Pas langsung tidak menyentuh tentang maki hamun serta ugutan Hoslan. Penulis-penulis di itu hanya menonjolkan cerita sebelah pihak tanpa memberi ruang kepada berita sebenar semasa prosiding mahkamah yang menyaksikan Hoslan sewenang-wenangnya menghina barisan hakim yang mendengar kes pengosongan kuarters dan bukannnya kes pemecatan jawatan, jauh sekali penyelewengan.

“Saya tidak akan begitu bermurah hati. Seorang imam itu dipandang tinggi, berhemah tinggi dan berbudi pekerti tinggi. Namun awak tidak begitu, tindakan sedemikian saya tidak boleh terima,” kata Hakim Zulkefli.

Biar pun Hoslan memohon maaf dan mengaku keliru terhadap prosiding sivil yang pada fahamannya patut didengar Mahkamah Syariah, namun masih ada suara mahu hukuman penjara setahun itu dibatalkan seolah-olah menidakkan kekeliruan imam tersebut.

Lim Kit Siang misalnya mahu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria campur tangan terhadap keputusan yang disifatkan ‘keras dan keterlaluan’ itu.

Jika Muntadar ketika berkempen di Paris bagi mengheret Bush ke mahkamah antarabangsa turut dibaling kasut, apa pula paras tindakan menghina mahkamah yang dikenakan ke atas Hoslan? Mengapa pula mahkamah dianggap keras dan keterlaluan jika penghinaan dijaja sedemikian rupa.

Ketua Biro Putrajaya 

JANGANLAH SOMBONG SANGAT...!!!

LIM Guan Eng selalu menganggap dirinya bijak. Sikap kiasunya cukup menebal. Cakap tak serupa bikin. Dulu dialah juara yang menentang projek-projek mega yang dianggapnya sebagai membazir.

Bapanya, Lim Kit Siang pernah menentang projek lebuh raya PLUS, sehingga sanggup memandu tanpa membayar tol. Bapanya itu juga yang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dan projek kereta nasional, Proton.

Kini anaknya telah diangkat sebagai Ketua Menteri. Semua orang dianggapnya salah. Beliau sahaja yang betul.

 

Sehinggakan teguran kini tidak boleh lagi didengari. Jika kena tegur beliau akan melenting. Mana-mana media yang mengkritiknya akan dikenakan tindakan, sama ada disisih, diboikot dengan pelbagai tuduhan.

Paling kemuncak adalah menyaman media itu. Itulah cara Ketua Menteri yang dinaungi oleh DAP mentadbir. Mungkinkah beliau meniru apa yang dilakukan oleh pengasas PAP, Lee Kuan Yew di Singapura?

Atas sebab keras kepalanya, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mengingatkan Guan Eng supaya jangan menganggap diri terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat.

Mohamed Idris sebelum ini mengkritik kerajaan Guan Eng kerana gagal melakukan proses rundingan awam membabitkan cadangan beberapa projek mega yang akan dilakukan.

Kritikan Mohamed Idris itu kemudian dibalas balik oleh Guan Eng dengan menuduhnya sebagai ‘‘tidak faham’’.
Wahai Guan Eng, janganlah sombong sangat.

Awang Selamat

Tuesday, 13 March 2012

JAWAPAN PIHAK HOTEL SAHKAN RAFIZI MEMFITNAH PM....!!!



Rafizi Ramli, pegawai strategi PKR, anak didik Anwar Ibrahim telah menabur fitnah menyatakan kerajaan membayar majlis pertunangan anak Perdana Menteri.

Sila baca di bawah :

Bil Majlis Bertunang Anak Dibayar Oleh Najib, kata hotel.

Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Kenyataan pihak Shang-La Hotel sekaligus menjawab pembohongan Rafizi Ramli dan sekaligus menjatuhkan maruah beliau sebagai 'pengarah strategi pkr.'

Sebelum ini juga Rafizi Ramli didapati berbohong tentang kehilangan Anwar Ibrahim selama 2 jam di Twitter dan Facebook, waktu ketika rakaman aksi pelacur China Doll!

Untuk pendedahan tentang Anwar Ibrahim hilang 2 jam : Baca Sini

Tetapi kita berterima kasih kepada Rafizi Ramli kerana telah memburuk-buruk dan menjatuhkan kredibiti boss beliau, Anwar Ibrahim, sekali lagi!

Oleh kerana blunder besar yang berlaku, tentu ada penyokong PKR terfikir, Rafizi Ramli mungkin sengaja ditanam di dalam PKR untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari dalam? Tak kot...

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim sentiasa bercakap tentang rasuah dan diri beliau bersih dari gejala negatif tersebut. Tetapi yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahimlah yang menggunakan rasuah untuk meniti karier politik beliau!

Rujuk di bawah petikan daripada buku tulisan Ian Stewart, The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk, 2003.Di antaranya :-

"(Anwar) used ... large cash payments to win enough support to secure the position of UMNO deputy president and replace veteran leader Ghafar Baba as deputy prime minister.... Anwar used the payment and patronage system to his advantage.... Anwar's followers - as witnessed by myself and other journalists- were handing out packets of money to acquire support of UMNO division leaders in his 1993 campaign against Ghafar Baba... They were not only working for Anwar but under his instructions."


MiM 

LYNAS KECEWA GUAN ENG ENGGAN BERJUMPA PENGERUSINYA DI AUSTRALIA...???

Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.
Kenyataan Lynas Corporation hari ini bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.
Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu.

PAS TIPU PELABUR KOHILAL RM500k..???




Pendedahan oleh Dr Asri Zainul Abdin berhubung seseorang yang ditipu oleh Kohilal PAS sebanyak RM500 ribu. Banyak jumlah tersebut, bagaimana boleh ahli PAS tersebut tertipu?

Tweet di atas dari seorang yang neutral, jika tidak beliau akan dituduh sebagai perkakas BN seperti Zul Nordin, Hasan Ali, Asian Wall Street Journal, Raja Putra Kamarudin, Kickdefella, Economist dan sebagainya. Utusan dan TV3 jangan cakaplah.

Namun kerana taksub, pengikut PAS tetap tidak sedar. 

APA KAITAN ANWAR IBRAHIM - MISSIONARI JESUIT

The Unspinners.blogspot.com membongkar semula perkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penaja Adenauer Foundation (KAF) atau Stiftung (KAS), membuka satu lagi ruang baru mengenali sisi hitam Ketua Umum PKR.
KAF/KAS adalah badan pemikir kepada sebuah parti politik aliran Jesuit di Jerman yang dikenali sebagaiChristian Democratic Union.
Yayasan Kristian Jesuit Jerman ini kemudiannya menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) sekitar tahun 1987, iaitu dua tahun selepas badan pemikir itu ditubuhkan.
Maka tidak hairan pada tahun 1996, Anwar Ibrahim satu-satunya Muslim yang menerima anugerah ‘honoris causa‘ (anugerah ijazah untuk menghormati penerima) dari Universiti Jesuit Filipina, Ateneo de Manila University.
Pada tahun yang sama, Anwar juga dianugerahi ‘Presidential Medal’ oleh universiti Jesuit terbesar di Amerika Syarikat (AS), Universiti Georgetown, Washington DC kerana sumbangannya menggalakkan persefahaman antara agama.
Kemudian, pada tahun 2005/2006, Anwar kembali bertugas di Universiti Jesuit Georgetown di CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) yang kemudiannya ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Center for Muslim–Christian Understanding (ACMCU).
CMCU diasaskan oleh pengikut Jesuit bernama John Esposito.
Universiti Jesuit – Pasukan Tentera Jesus Arahan Vartican
Menurut wikipedia, Jesuit bermaksud Persatuan atau Pasukan Jesus yang ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.
Permohonan menubuhkan Jesuit diluluskan Pope Paul III pada tahun 1540.
Menurut laman biblebelievers.org.au, Jesuit adalah ‘Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik’ yang setiap ahlinya diajar bertugas sebagai “mata-mata (spy), untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan anda dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepad Pope, dan mereka menjadi hamba kita sampai mati”
Logo Jesuit berbentuk salib dan tertulis perkataan IHS

perhatikan logo Jesuit (bertanda bulat), dalam Program Common Word,


 di Universiti Jesuit Georgetown. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana


 Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell


 Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim
CMCU – Hasib Sabbagh & John Esposito
John Esposito adalah salah seorang Ahli Jesuit yang ketika itu mengajar subjek perbandingan agama di School of Foreign Service (Sekolah Perkhidmatan Luar Negara), di Universiti Georgetown.
Ketika menceritakan saat permulaan penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) John Esposito menjelaskan idea itu hasil perbincangannya dengan Father J Bryan Hehin, Naib Presiden Universiti Georgetown.

John Esposito
Menurutnya, pada tahun 1993, Father J Bryan Hehin menjemputnya untuk makan tengahari berhampiran dengan rumahnya di Wayland, Massachusetts.
Semasa makan, Naib Presiden Universiti Georgetown menyatakan pihak universiti berminat untuk menubuhkan satu pusat yang dikenali sebagai Persefahaman Antara Muslim dan Kristian (Muslim-Christian Understanding). Mereka turut membincangkan kesan baik dan buruk dengan penubuhan pusat itu khususnya kepada agama Kristian.
Idea ini benar-benar menjadi kenyataan pada Oktober 1993, apabila John Esposito menghadiri Persidangan Nasional Konsultasi Bishop Katolik tentang Hubungan Katolik-Muslim (National Conference of  Catholic Bishops Consultation on Catholic-Muslim Relation) di Washington dan dalam masa sama Naib Presiden Eksekutif Universiti Georgetown, Father Patrick Heelan memintanya datang berjumpa dengannya bersama Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara.
John Esposito dan Peter F Krogh mengakui pemain di sebalik tabir sebenarnya yang menjayakan penubuhan pusat ini adalah Hasib Sabbagh, seorang tokoh korporat Kristian yang berasal dari Palestin.
Hasib Sabbagh mendapat mandat daripada Pope John Paul II, ketika melawat Vartican pada tahun 1981. Pihak Vartican mahukan semua maklumat mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi menjadi musuh utama.

Hasib Sabbagh (bertanda bulat) menemui Pope John Paul II di Vartican 


pada tahun 1981. Turut kelihatan Michel Sabbah(tengah), Latin Patriarch, 


Jerusalem dan Patriarch Maximos Hakim
Pada tahun 1992, Hasib Sabbagh kemudiannya menghantar pembantunya, Basel Aql menemui Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara, Universiti Georgetown untuk membincangkan idea penubuhan pusat Muslim dan Kristian.
Secara kebetulan, Basel Aql sudah lama berkawan dengan Peter F Krogh, jadi dalam pertemuan pertama, pembantu Hasib Sabbagh itu mengatur pertemuan selanjutnya dengan majikannya.
Krogh kemudiannya berjumpa dan berbincang sendiri dengan Hasib Sabbagh di Washington. Mereka membincangkan proses-proses penubuhan pusat itu dan masalah-masalah yang bakal dihadapi.
Menurut Hasib, beliau bersedia menyumbang sumber kewangan untuk membiayai pusat itu melalui syarikatnya, the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans, yang berpengkalan di Geneva.
Nama John Esposito dicalonkan sebagai Pengarah pusat itu, kerana pengalaman dan pemahamannya tentang Islam melalui penerbitan 4 buah buku ‘The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World’.

Turut didedahkan bahawa Satu Kerusi Untuk Islam di Asia Tenggara akan disumbangkan oleh penyokong dari Malaysia. Tetapi pendedahan itu tidak menyebut siapakah tokoh penyumbang dari Malaysia itu.
Pada tahun 1993, The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown.

John Esposito (bertanda bulat menyaksikan majlis tandatangan


 penubuhan CMCU antara Hasib Sabbagh (Fondation pour L’Entente 


entre Chretiens et Musulmans) dan Leo O’Donovan (Presiden Universiti


 Georgetown)
Misi Pusat adalah untuk meningkatkan hubungan antara dunia Muslim dan Barat. Meningkatkan pemahaman umat Islam di Barat. Ruang lingkup pusat meliputi hampir keseluruh dunia Muslim, dari Afrika Utara ke Asia Tenggara, serta Eropah dan Amerika Syarikat.
Tujuh topik utama yang bakal difokus oleh pusat itu iaitu, ‘Keserasian Islam & Kehidupan Moden’, ‘Dialog Peradaban’, ‘Status Wanita dalam Islam’, ‘Islam & Pemodenan’, ‘Tradisi Yahudi-Kristian-Islam’, ‘Islam & Pluralisme’ dan ‘Islam, kekerasan & keganasan’. Klik di sini
Selepas penubuhan pusat itu, Hasib Sabbagh sekali lagi menemui Pope John Paul II di Vartican mengesahkan pusat yang diimpikan oleh pihak Vartican telah berjaya ditubuhkan di Universiti Georgetown. Sebagai membuktikan kebenarannya, Hasib turut membawa Leo O’Donovan, Presiden Georgetown Universiti untuk memberitahu perkembangannya kepada Pope.

Pertemuan Hasib Sabbagh kali kedua dengan Vartican pada tahun 1993.


 Dari kiri, Basel Aql, Hasib Sabbagh(bertanda bulat),Pope John Paul II, 


Leo J. O
Siapa Penyumbang Dari Malaysia ?
Walaupun Peter F Krogh tidak menyebut penama dari Malaysia yang menyumbang kepada penubuhan Kerusi Islam Untuk Asia Tenggara, namun John Esposito dalam tulisannya memberi bayangan siapakah tokoh yang dimaksudkan itu.
Menurut John Esposito, seperti yang dijanjikan sebelum ini, pada tahun tahun 1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang menyumbang sebanyak 2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara.
Perjanjian itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.

Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.
Dalam majlis itu, Hasib Sabbagh turut hadir sama meraikan pemberian anugerah ‘President’s Medal’ oleh Leo J. O’Donovan, Presiden Universiti Georgetown kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Klik di sini
Menurut maklumat dalaman, ‘sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang menyumbang dana kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Sejak dari  Anwar menjadi Menteri Pendidikan lagi beliau telah melantik rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT, di Herdon Virginia, Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malayasia. Mereka yang dilantik Anwar adalah Hamid Abu Suleyman (warganegara Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan  Dr Jamal Barzinji, (warganegara Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat). 
Hamid dilantik sebagai Rektor UIA manakala  Jamal Barzinji pula dilantik Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.Klik di sini
Blog The Terror Finance mendedahkan Dr Jamal Barzinji dilantik Ketua Ahli Lembaga Pengarah BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) pada tahun 1997 yang memiliki saham terbesar dari JAMI Company Sdn Bhd. JAMI memilki saham sebanyak 3.82% di BIMB yang melayakkannya menjadi Pengarah Bank Islam.Klik di sini
JAMI Company Sdn Bhd yang berproksikan Dr Jamal Barzinji merupakan syarikat yang berpengkalan di New York yang sahamnya dimiliki oleh SAAR Corporation, Al Rajhi Banking and Investment Corporation (ARABIC) dan Sheikh Salah Kamel’s Al Baraka Group.
Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). Mereka telah berhubungan rapat dalam jangka lama dengan Youssef Nada ahli perniagaan Arab Saudi… Bermula pada tahun 1960-an dan ’70-an, mereka membantu mengasaskan rangkaian Islam (IIIT & WAMY) yang dibantu oleh Arab Saudi dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat. Klik di sini
Apologetik Jesuit, Putera Alwaleed
Menurut campus-watch.org pada tahun 2005, Putera Alwaleed Bin Talal telah menderma sebanyak $20 million kepada CMCU yang kemudiannya ditukar nama kepada ACMCU.
Putera Alwaleed bin Talal, anggota kerabat diraja Arab Saudi, menimbulkan kontroversi kepada dunia Islam apabila individu ke-26 terkaya di dunia itu didakwa merogol seorang gadis Sepanyol, 23 tahun di atas kapal persiaran yang berlabuh di Kepulauan Ibiza pada 2008.
Satu lagi kontroversi tentang dirinya terdedah apabila beliau menjalankan usahasama perniagaan dengan seorang korporat Yahudi ternama bernama Rupert Murdoch dalam News Corporation.
Derma Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang berpengkalan di United Kingdom.
Penggerak utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah aktivis IIIT (The International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir yang berpengkalan di AS.

Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J.


 DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna


 Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal 


Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).




Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang 


tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk


 paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid 


Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United 


Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr 


Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di


 universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation


 menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim 


Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no


 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa 


Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar


 menjadi pensyarah pelawat.

Penggerak Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT, United Kingdom), Muna Abu Sulaiman (anak Abu Hamid Sulaiman pengasas IIIT) dan Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji, pengasas IIIT).
IIIT ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.
Bacaan lanjut, klik di sini
Kalimah Allah
Pada 10 Januari 2010, semasa Anwar melawat Gereja Luther, Petaling Jaya, Bishop Jesuit Philip Lok dalam ucapan alu-aluannya menegaskan kepada Anwar supaya memperteguhkan janjinya untuk mempertahankan kalimah Allah kepada penganut Kristian.

Anwar melawat gereja Petaling Jaya : Dari kiri; Bishop Phillip Lok dari 


Lutheran Church di Malaysia & Singapore; Bishop Ng Moon Hing dari


 Anglican (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the


 Christian Federation of Malaysia (CFM); Dr Jeffrey Kitingan( aktivis 


Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Phillips dari gereja 


Roman Khatolik, Petaling Jaya (paling kanan)
Katanya, perkara itu amat penting kerana Anwar sebelum ini telah berjanjit dengan Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel bernama Biskop Munib Younan semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown di AS pada tahun 2009.
“Di dalam suratnya, Bishop Younan berhujah bahawa ‘Allah’ perkataan telah bebas untuk digunakan oleh orang Kristian Arab selama hampir 2000 tahun!
“Beliau terus menggesa penggubal undang-undang, Datuk Seri dan rakan-rakan untuk melindungi kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di Malaysia.”, kata Bishop Philip Lok seperti yang dilaporkan oleh laman Asia Lutheran , asia-lutheran.org.
Berasaskan latar belakang di atas, maka tidak hairan, jesuit terlatih di Malaysia, Biskop Katolik, Dr Paul Tan Chee Ing memuji Anwar Ibrahim kerana keberaniannya mempertahankan hak-hak Kristian di negara ini.

SIAPAKAH DALANG LIBERAL DI MALAYSIA...???!!


AIDCNews  –  Ustaz Mohd Hafiz Mohd Noordin, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menimbulkan satu persoalan, siapakah tokoh liberal di Malaysia yang sedang menaungi program kerosakan Islam masa kini.
Ketika membandingkan liberalisme Islam di Indonesia, Hafiz bertanya, “Di Malaysia ada atau tidak ?”.
Selanjutnya, Hafiz memberi satu analogi.
“Tuan-tuan ingat tak pilihan (kecil) Permatang Pauh..Ada seorang tokoh Indonesia (yang) pernah mewakili Nahdatul Ulama..Nahdatul Ulama juga sudah diliberalkan oleh Barat..
“Dia (tokoh Indonesia itu) datang ke Permatang Pauh..saya heran..bekas Presiden Indonesia..dia datang ke Permatang Pauh.
“Dia siapa ? Abdurrahman Wahid..Gus Dur..Gus Dur tuan-tuan..paling kuat berpegang dengan fahaman liberal..dia berkawan dengan Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) Permatang Pauh..”, katanya