SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang. Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.
KUALA LUMPUR - Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.
Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.
“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu.
Permohonan maaf oleh portal berita itu dikeluarkan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN
Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.
Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.
Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.
Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.
Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.
Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.
Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.
Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.”
Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia…Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan… (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”
Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.
Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.
Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.
Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.
Nampaknya, dalam isu ini, yang membahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.
Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.
Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.
Dewan Rakyat kembali digegarkan apabila Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat, Selangor, Dr Rosli Che Mat yang merupakan seorang pakar nuklear bangkit mencelah di tengah perbahasan yang ditafsirkan ‘menembak’ rakan-rakan sendiri dalam pembangkang yang sering memanipulasikan fakta tentang Lynas.
“Saya sebagai saintis nuklear memang tetap mempertahankan bahawa dari segi radiasi memang rendah,” katanya ringkas
Dr Rosli yang ditemui wartawan Agendadaily di luar Dewan tetap menegaskan pendapatnya tentang tahap radiasi projek Lynas adalah rendah kerana beliau sendiri yang terlibat mengukurnya.
“Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.,” ujarnya.
Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.
“Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat,” tegasnya.
Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE). Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.
‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas. Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.
Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati! (Complaints from heaven: I don’t want to die yet!!) Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.
Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya. Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.
Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur. Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan. Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.
Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.
Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.
Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.
Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”.
Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.
Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.
Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.
Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas. SUMBER
AKHBAR China Press melaporkan seramai 200 orang menyertai demonstrasi Solidariti Hijau SeMalaysia – Stop Lynas (SHS-SL) yang turut diadakan di 11 negeri yang lain serata negara semalam. 200 orang? Itu sahaja menunjukan bahawa demonstrasi anti-Lynas ini semakin tidak mendapat sambutan rakyat.
Itu baru bercakap tentang demonstrasi di Shah Alam, demonstrasi lain yang diadakan serentak di 11 negeri itu masih tidak ada cerita. Rasa-rasanya sekitar 11-12 orang sahaja kot. Kenapa penulis katakan begitu, sebab penulis mahir sangat dengan politik Pakatan Rakyat ini, kalau ada jumlah yang lebih besar dari di Shah Alam ini, ia akan digembar-gemburkan ke seluruh negara dengan hebat.
Kalau ikut cakap Pakatan Rakyat, pembinaan kilang ini mampu membunuh beribu-ribu orang akibat dari pencemaran sinaran radioaktif yang dilepaskan kilang tersebut. Belum lagi disebut pencemaran alam sekitar, sehingga ke satu tahap, Balok (kawasan dimana kilang Lynas dibina), berpotensi menjadi Chernobyl Malaysia jika pembinaan tersebut diteruskan.
Justeru, sepatutnya dengan ‘bahaya’ yang begitu teruk seperti disebutkan pembangkang, rakyat dari pelbagai bangsa di seluruh negara akan bangkit beramai-ramai menentang kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan kilang tersebut. Maklum beribu-ribu orang nak mati ni, kemusnahan ekosistem lagi. Seterusnya... di sini
SEBALIKNYA... PIHAK PORNO REJIM (PR) BERALIH ARAH DENGAN MENGHASUT PARA MAHASISWA AGAR MENENTANG KERAJAAN MELALUI DEMONSTRASI MENUNTUT PINJAMAN PELAJAR MELALUI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) DIHAPUSKAN....
**** Tanpa PTPTN... sebenarnya ianya menambahkan lagi KEMALASAN mahasiswa Melayu untuk menjadi cemerlang dan Kelas Pertama....!!! Hari ini... mahasiswa kalau dpt first class tak payah bayar balik. Makna nya Kerajaan tanggung semua utk Pelajar CEMERLANG....
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kebenaran yang difailkan 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.
Hakim Datuk Rohana Yusuf, dalam penghakimannya, berkata selepas menimbang teliti bantahan permulaan oleh Pejabat Peguam Negara dan AELB, permohonan itu adalah pramatang.
Katanya, perkara itu masih menunggu rayuan di hadapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan lima lagi penduduk tempatan turut merayu terhadap isu sama kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai LAMP.
Rohana berkata, berikutan tindakan AELB menggantung pengeluaran TOL bagi projek itu maka mahkamah bukan menjadi forum betul untuk menyemak semula permohonan itu.
Katanya, rayuan lima penduduk kepada menteri berkenaan dilakukan menurut syarat peruntukan relevan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan ia harus dihormati dengan sewajarnya.
Berdepan dengan proses rayuan di hadapan menteri, katanya, mahkamah tidak boleh menjejaskan proses tersebut.
“Sekiranya mahkamah meneruskan kuasa semakan yang ada ke atas suatu keputusan yang sebenarnya menunggu rayuan menerusi peruntukan statutori, maka mahkamah akan menyebabkan rayuan itu berserabut dan oleh itu menjadikan ia tidak bermakna dengan apa yang digubal oleh Parlimen,” katanya.
Beliau berkata, permohonan itu adalah pramatang dan sekiranya dibenarkan, ia mungkin mendorong kepada kekeliruan dan memalukan andainya hasil penemuan oleh menteri berkenaan berbeza dengan mahkamah.
Rohana juga menegaskan proses rayuan di hadapan menteri dan PSC mengenai perkara berkaitan alam sekitar dan kesihatan boleh diselesaikan yang mana ahli profesional dan pakar boleh dijemput untuk memberi input masing-masing.
Lagipun, katanya, responden pertama (AELB) menerusi sepucuk surat kepada Lynas bertarikh 23 Mac lalu sudah menggantung pengeluaran lesen sehingga selesai rayuan itu.
Pada 17 Februari lalu, penduduk berkenaan memfailkan permohonan itu dengan menamakan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) sebagai responden.
Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah “certiorari” bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Jan lalu bagi mengeluarkan lesen semtara kepada Lynas Malaysia.
Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan sebarang lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.
Nadir bumi atau rare earth adalah logam yang diklasifikasikan sebagai strategik.
China kini hampir mencapai monopoli penuh terhadap nadir bumi di peringkat global.
Ironis nadir bumi, walaupun cuba dikaitkan dengan kesan radiasi, ia banyak digunakan dalam pembangunan teknologi hijau (untuk menjaga alam sekitar).
Nadir bumi adalah komponen terpenting dalam pembuatan telefon pintar dan kereta elektrik (yang dijangka akan menjadi kenderaan utama pada masa hadapan).
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.
Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.
Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.
Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:
Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.
Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.
Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.
Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China.
Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?
Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.
Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.
Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.
DAP didakwa banyak pihak terutama para bloggers sebagai dalang yang membantu China memastikan Malaysia tidak memiliki kilang nadir bumi.
Pihak pembangkang sekali lagi menunjukkan tanda protes ketika proses pengundian hendak dijalankan dengan keluar dewan beramai-ramai semasa dewan sedang bersidang di parlimen.
Saksikan video:
Adakah YB Fuziah Salleh ini 'Pakar Nuklear' yang mengetahui 'fakta' sebenar kenapa kilang LYNAS ini dibina? Adakah beliau tahu kilang Lynas ini menjana pendapatan ekonomi negara dan mungkin akan mendominisasi pasaran dunia? Dan adakah beliau juga tahu tahap radiasi dari kilang Lynas ini lebih rendah dari pisang ? Adakah beliau sengaja bodoh sombong atau semua ini hanya permainan politik pembangkang sahaja?
Berikut adalah fakta-fakta sebenar mengenai kilang Lynas;
1. Parlimen Malaysia telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi membincang dan memantau aktiviti di kilang Lynas, Kuantan. Ironinya beberapa ahli parlimen dari pembangkang bertindak keluar dewan kononya kerana kerajaan tak bersetuju dengan cadangan mereka supaya lesen sementara Lynas ditarik balik dan operasi kilang dihentikan. Tindakan ini macam kebudak-budakkan.
Tetapi, ianya bukan sesuatu yang pelik bagi pembangkang di Malaysia yang terkenal dengan sikap kebudak-budakkan dan tidak profesional.
2. Malangnya, ahli parlimen pembangkang tidak mahu memahami fakta sebenar mengenai Lynas walaupun ada ahli parlimen mereka yang merupakan pakar dalam bidang nuklear yang telah berkali- kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Kuantan ini tidak merbahaya.
3. Ini adalah satu lagi sikap pembangkang di Malaysia dimana mereka tidak suka kepada fakta kebenaran, sebaliknya mereka lebih pentingkan permainan politik. Hampir kesemua tindakan mereka bermotifkan politik walaupun terpaksa menutup mata dari memahami kebenaran. Malangnya ada diantara rakyat marhaen yang berjaya ditipu dan diperdaya
oleh mereka.
4. Beberapa hari yang sudah, saya membaca satu artikel dari IEEE Spectrum mengenai tindakan negara China mengawal dan mengurangkan eksport rare earth kerana mementingkan kegunaan syarikat tempatan. Tindakan ini menyebabkan negara-negara besar di dunia yang begitu
bergantung kepada bahan rare earth ini murah. Rare earth adalah elemen yang penting yang digunakan dalam pelbagai kelengkapan elektrik, elektronik, automotif,perubatan dan bermacam-macam lagi.
5. Tindakan China mengurangkan eksport demi kegunaan syarikat tempatan boleh menjejaskan industri berasaskan teknologi didunia. Ini adalah kerana China menguasai hampir 97% pasaran rare-earth dunia.
6. Sekiranya kilang Lynas beroperasi di Malaysia, pasaran rare-earth dunia yang dapat dikuasai oleh Malaysia/Lynas adalah sebanyak 20%. Ini sudah tentu dapat mengurangkan tekanan yang diberi oleh China dan tidak sukar bagi Malaysia/Lynas untuk mendapat pasarannya. Negara
seperti Jepun dan US sudah semestinya akan beralih kepada Malaysia untuk mendapat bekalan rare-earth. Dari sudut perniagaan dan ekonomi, sudah semestinya industri ini memberikan pulangan yang lumayan kepada negara dan rakyat akan dapat manfaatnya.
7. Sayang sekali apabila pemimpin pembangkang begitu irihati apabila, mendapat tahu bahawa kerajaan hari ini boleh terus mengembangkan ekonomi negara dan boleh memberi manfaat kepada rakyat. Mungkin mereka lebih gemar melihat China menguasai sepenuhnya pasaran rare-earth ini dan suka melihat negara itu bertindak sewenang-wenangnya. Mungkinkah ini sebabnya bahawa majoriti mereka yang turun berdemonstrasi membantah Lynas adalah bangsa cina?
Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.
Kenyataan Lynas Corporation hari ini bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.
Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu.
SEBELUM MERASA TAK FAHAM APA ISI KANDUNGANNYA.... BACA DULU YANG INI... DI SINI
14. FAEDAH I. PELABURAN DAN KEWANGAN
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM 2.3 billion.
Fasa Pertama - modal pelaburan sebanyak RM1.318 billion. Sebanyak RM 618 juta dibelanjakan di Malaysia termasuk RM 235 juta yang diberikan kepada kontraktor di Kuantan.
Fasa Kedua - Modal pelaburan ialah RM 700 juta di mana 50% daripadanya akan dibelanjakan di Malaysia.
Kos Operasi ialah RM 400 juta setahun / mulai 2013 RM 600 juta.
- Servis Luar : Pengangkutan dan penyenggaraan
- Tenaga Kerja : Keselamatan, mekanikal, elektrikal, sivil, gudang dan proses.
II. TENAGA KERJA
LYNAS akan mengambil 350 pekerja, terdiri dari 75 ijazah teknikal, 15 ijazah bukan teknikal dan 260 tenaga kerja mahir dan separa-mahir.
250 pekerja kontrak tetap
100% kakitangan LYNAS Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali 4 pakar nadir bumi dari Negara China.
Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan.
LYNAS mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an.
III. FASA PEMBINAAN
Lebih 2k orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan.
Menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
IV. AKTIVITI PERINTIS
Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk LYNAS akan mendirikan kilang di
Malaysia seperti :
Magnet Rare Earth - Siemens telah menandatangani kerjasama dengan LYNAS untuk mendirikan kilang magnet dengan anggaran pelaburan sebanyak RM 500 juta.
Hybrid vehicle
Catalytic converters
Polishing powder
Flat Panel displays
Ceramic capasitors
Compact fluorescent lights
Fuel cells
NiMH batteries
15. LESEN PRA-OPERASI
Namun begitu, pihak LYNAS memerlukan lesen Pra-Operasi seberapa segera untuk membuktikan bahawa segala data yang dikemukakan adalah benar dan kilang LYNAS adalah selamat kepada pekerja, orang awam dan alam sekitar.
16. APA KATA SAINTIS NUKLEAR.....
LYNAS SELAMAT......Ianya diakui sendiri oleh saintis nuklear yang merupakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, Dr. Che Rosli Che Mat....
Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :-sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih.
"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya,maka tunggulah
saat kehancuran"
Siapa Fuziah Salleh untuk bercakap dalam bukan bidangnya..dia hanya menggunakan pentas politiknya untuk menabur fitnah,meraih sokongan dan mencari pengaruh politiknya dalam Pakatan Rakyat atau di dalam PKR
"Lynas tak sepatutnya di politikan Fuziah.dan Fuziah seringkali memutarbelitkan fakta yang di beri Lynas ".
Inilah kenyataan dari seorang yang di dalam bidang kepakaranya.Dr Che Rosli Che Mat:
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
(Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli
Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor) "
Nampak sangat seolah-olah Fuziah cuba memperbodohkan orang Kuantan.
17. VIDEO
18. TERKINI..... SISA KILANG LYNAS
SISA KILANG LYNAS AKAN DIHANTAR KE LUAR NEGARA
KUANTAN – Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.
“Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.
“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.
Ini katanya bagi mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi walaupun saintis telah membuktikan sisa itu selamat dan mengandungi tahap radiasi yang sangat lemah.
Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Pada masa ini AELB memantau bacaan radiasi semula jadi di lebih 30 tapak di sekitar projek yang mana bacaan-bacaan tersebut dimuat turun ke laman web AELB dari semasa ke semasa.
“AELB juga sedang dalam proses melantik pihak penilai ketiga yang dijangka dibuat menjelang akhir bulan ini,” katanya.
Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.
“Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan.
“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya,” katanya. - UMNO ONLINE
***Ini yang terakhir pasal LYNAS.... kalau masih tak faham dan asyik nak membangkang juga itu tandanya dah buta mata hati nak fikir perkara-perkara yang membawa kebaikan..... maklumlah.... minda dah bejat!!!