Wednesday, 11 January 2012

PEMBEBASAN ANWAR GUSARKAN DAP..???

 PEMBEBASAN ANWAR MENCURIGAKAN, 
PEMECATAN HASSAN ALI JUGA MENCURIGAKAN

1. KEPUTUSAN sudah diumumkan. Sekiranya Saiful berhajat untuk membuat rayuan, masa 14 hari diberikan kepadanya. Keputusan tersebut membuktikan tidak wujud konspirasi Kerajaan Pusat BN dalam kes peribadi Anwar ini.

2. Di sebalik pembebasan Anwar, kumpulan heirarki tertinggi DAP merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Karpal Singh, walaupun mengetuai pasukan peguam Anwar, namun diakhir hari-hari pembelaan berkata Mahkamah mesti membebaskan Anwar kerana sodomi itu suka sama suka bukannya paksaan oleh Anwar. Ia mengulangi tuduhan Karpal pada tahun 1998 dahulu di mana beliau sangat yakin berlakunya kes liwat Anwar ke atas Sukma. Semalam Karpal menyanggah lagi Anwar yang menuduh pembebasannya kerana kebimbangan kerajaan ditekan oleh pihak asing, bagi Karpal keputusan itu mengejutkannya, tetapi beliau juga percaya keputusan itu keputusan mahkamah, bukan keputusan yang dipengaruhi oleh kerajaan.

3. Kenapa Karpal bimbang dan gusar dengan pembebasan Anwar? Anda harus ingat, kumpulan totok DAP hanya mahu menggunakan Anwar sebagai second player untuk menjatuhkan UMNO, atau lebih tepatnya menghapuskan dominasi orang-orang Melayu, umat Islam dan Raja-Raja di negara kita. Karpal sangat tidak suka dengan Sistem Raja, sebab itu Karpal pernah hendak menyaman Raja Perak tempohari.

4. Jika bukan Anwar siapa pula? Sebenarnya Gagasan DAP selepas PAP dihalau dari Malaysia ialah Lee Kuan Yew. Dalam buku Memoir Lee Kuan Yew, dia berkata dia sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia kata dia lebih pandai daripada Tunku Abdul Rahman. Selepas berpisah dengan Malaysia, projek seterusnya ialah  Chen Man Hin penasihat seumur hidup DAP dan Lim Kit Siang.

Bagi DAP, yang paling layak menjadi Perdana Menteri ialah Lim Guan Eng. Sebab itu Pulau PInang sedang menjalankan modus oprenadi yang hampir sama dengan Singapura. Contohnya, menghapuskan kampung-kampung Melayu atas sebab pembangunan, dan hasilnya pembangunan itu dijual dengan harga yang orang Melayu tidak mampu beli, akhirnya diberikan kepada mereka dengan apa cara sekalipun.

5. PEMECATAN Dr. Hassan Ali lagi-lagi mengejutkan para totok DAP. Lim Kit Siang sekeluarga dan Karpal Singh sekeluarga terkejut, bimbang dan semakin gusar. Kenapa sekarang? Fikiran mereka ialah Anwar akan disumbat ke dalam penjara, Karpal Singh sangat terkejut apabila Anwar dibebaskan.

Mereka tidak lagi melihat kepada keputusan kes Anwar. Bagi mereka pemecatan Dr. Hassan Ali dan Pembebasan Anwar adalah satu gentlemen talk between Anwar - Hj. Hadi - dengan pihak UMNO. Bagi mereka ianya satu high level conspiration untuk melemahkan DAP. Bagi mereka, matlamat DAP untuk membina The Chinese Belt from Singapore to Penang tergugat. Karpal, Chen M Hin dan Lim Kit Siang merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mereka tahu Dr Hassan Ali adalah salah seorang proksi Anwar di dalam PAS selain Kamarudin Jaafar. Tidak mungkin Hassan Ali membelasah Anwar dan Anwar diam diri sahaja, mereka kata mesti ada give and take.

6. Sumber dalaman DAP berkata, mereka sedang memerhatikan pergerakan ini. Mereka juga memerhatikan proses kemasukan pemimpin-pemimpin Melayu ke dalam parti DAP. Mereka menerima kemasukan satu dua ahli UMNO ke dalam DAP tetapi mereka tidak mempercayainya. Mereka sedang memerhatikan pergerakan  Anwar dan Hj. Hadi juga PM Najib.

Mereka tidak lupa bahawa cita-cita United Government between PAS and UMNO dipersetujui oleh Presiden PAS. Dr. Hassan Ali, Nasharudin dan lain-lain pro-Ulama yang menyokong Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ini semuanya bergerak dengan restu Presiden PAS.

DAP semakin bingung, mengapa Cikgu Mustapha Ali yang turut berjumpa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sekarang menyerang Dr. Hassan Ali. Mereka berdua semuanya satu kapal, dan nakhoda Kerajaan Perpaduan ini ialah Presiden PAS. DAP melihat semua ini adalah konspirasi ke atas mereka membunuh cita-cita DAP.

Cikgu Mustapha Ali dan Dr. Hassan Ali di akhir drama mereka, masing-masing menutup mulut kerana kedua-dua mereka sama-sama berunding dengan UMNO.

Kebimbangan Karpal Singh dan Lim Kit Siang kini semakin menjadi-jadi. Pembebasan Anwar tidak menggembirakan mereka. Pemecatan Dr Hassan ALi tidak menggembirakan mereka. Bagi mereka, orang Melayu dan umat Islam di dalam UMNO, PAS dan PKR sedang membuat sesuatu.

MyMassa

BOM DI BAWA OLEH PESERTA DEMO..!!!



Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.


Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.


Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.
“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.


“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.


“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.


Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.
Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.


Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.


Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.


“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.



KONSPIRASI LIWAT....!!!

Walaupun Anwar dh bebas, namun kenyataan Anwar dalam keterangan membela diri  mengatakan bahawa tuduhan liwat yg beliau hadapi adalah SATU KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKANNYA masih segar dlm ingatan....




3 tahun kes liwat ini berlangsung.
3 tahun, siang malam anwar mengatakan liwat ini konspirasi kerajaan.

malah dalam keterangan membela diri pada 22 ogos 2011, anwar membebel dalam kandang mahkamah menyatakan tuduhan liwat ini satu konspirasi.

semalam anwar sudah bebas. namun bebas ini baru langkah permulaan. saiful boleh merayu di mahkamah rayuan yang boleh memperuntukkan lebih daripada seorang hakim untuk menilai semula justifikasi mad diah.

konspirasi liwat.
3 tahun bising mengenai konspirasi liwat.
semalam bebas, tak kedengaran langsung akan ayat konspirasi liwat.

di bawah merupakan penutup pembebelan anwar sewaktu menggulungkan ceramah mahkamah mengenai teori konspirasi liwat.

jelas anwar sebenarnya sudah terpasung dengan keputusan pembebasan, jurus menolak secara total teori basi konspirasi.

transkip di bawah merupakan BAHAN BUKTI/ FAKTA SEJARAH akan kekantoian terbesar dalam sejarah politik negara. 

mahkamah bukan pemain konspirator sepertimana dakwaan si pelaku liwat anwar ibrahim.

TRANSKRIP UCAPAN ANWAR SEWAKTU MEMBELA DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH PADA 22 OGOS 2011 YANG MENUDUH KERAJAAN BERKONSPIRASI DALAM ISU LIWAT.

KESIMPULAN
'ANWAR IBRAHIM'

Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah.

Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.
Pada tahun 1998, Tun DrMahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.
Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.
Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998.

 Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.
Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa. 

Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar.
Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual. 

Kenyataan awal Dato’ Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan. 
Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu.Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.
Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan  mencemar akhlak saya di mata rakyat.
Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000.
Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.
Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah.
Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalahsuatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.
Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad.
Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran.

 Dan keyakinan ini dibawa  setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.
Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub. 
Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya. Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.

itulah penutup kata anwar dalam keterangan membela diri.
tarikh 22 ogos 2011.

< GAP > 

Tuesday, 10 January 2012

APA KATA ZUL NOORDIN.....


Salam 2 all.

Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.


Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti “Imam Mahdi” mereka tidak bersalah! Tidak pulak terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim “sudah dicucuk hidongnya”. Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk “membersihkan” manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini!

Bagi yang anti-Anwar, anti kaum Seks Bebas LBGT, ada yang mendakwa ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah ini! Malah ada yang mendesak supaya Peguam Negara dan seluruh pasukannya letak jawatan serta-merta!

Sebab itulah Saidina Ali berpesan, jangan sesekali kamu membuat keputusan atau mengambil tindakan dalam keadaan marah, emosional! Sebab dalam keadaan itu, pembuat keputusan sebenarnya ialah syaitan & iblis.

Sebab itu sebaik menerima keputusan, pertama sekali teman cuba mendapat pengesahan apa sebenarnya yang diputuskan oleh YA Hakim! Setelah mendapat fakta sebenar, teman mengambil wudhu dan beristikharah. Kemudian teman baca balik rekod perbicaraan kes saperti yang dilapur media dari mula lagi, ditambah dengan beberapa fakta yang teman sendiri tahu, dan juga synopsis kedua-dua kes yang teman buat sebagai peguam melibatkan Anwar terdahulu!

Setelah pekena kopi Baling secawan, menghirup udara segar disini, memohon ALLAH menjauhkan dan membuang segala sifat mazmumah yang ada, dan berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini.

PEMBOHONGAN & PUTARBELIT TERBUKTI!

Pertama, keputusan YA Hakim Datuk Zabidin membuktikan bahawa segala tohmahan, fitnah dan putarbelit pembangkang, kaum Anwarinas dan Koonyet:2 adalah pembohongan semata-mata! Iaitu mereka membuat tohmahan, fitnah dan putarbelit kononnya pertuduhan meliwat Saiful Bukhori Azlan oleh Anwar adalah konspirasi jahat Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Persekutuan! Itulah gendang dan kompang yang dipalu oleh kaum Koonyet:2 dan kaum Anwarinas siang dan malam, pagi dan petang!

Kalau benar saperti tohmahan, fitnah dan pembohongan kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bahawa ini semua satu konspirasi, sudah tentu Mahkamah bukan sahaja akan mensabitkan kesalahan meliwat Saiful terhadap Anwar, malah akan menghukum dia dengan hukuman penjara yang lama!

Tetapi itu tidak berlaku! Malahan YA Hakim membuat keputusan kehakiman melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful. Walaupun teman agak kehairanan kerana keputusan sepanjang tiga perenggan itu hanya mengambil beberapa minit untuk dibaca, tanpa alasan penghakiman yang panjang lebar mengupas segala isu yang berbangkit; namun yang jelasnya tiada sebarang konspirasi atau perancangan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apatah lagi YAB PM untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat stafnya Saiful!

Malahan, selepas keputusan kehakiman diumumkan dan Anwar dilepaskan, langsung tidak kedengaran tohmahan, fitnah dan pembohongan mengenai konspirasi itu oleh kaum kaum pembangkang, kaum Anwarinas mahupun Koonyet:2! Sebaliknya pujian melangit diberi kepada sistem kehakiman yang menjadi sasaran fitnah dan tohmahan mereka selama ini! Mahkamah yang adil, permulaan kepada harapan baru, kehakiman yang murni, dan macam-macam lagi pujian yang pasti akan memeranjatkan beruk di Zoo Negara kalau disebut oleh pembangkang sebelum daripada ini!

Cuba mike bayang kalau Mahkamah sabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful. Mike boleh bayang sendiri apa kaum Anwarinas dan Koonyet:2 akan melalak? Pergh..Hakim dah kena beli lah, Mahkamah sundal lah, Hakim pilih masuk neraka lah, akan keluarlah segala macam patwa tok lebai dan ostad mengharamkan Hakim daripada mencium bau syurga, akan berkati-katilah maki hamun sumpah seranah terhadap Dato’ Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan lain-lain!

Ni namanya politik dualam yop: kalau kena batang hidung sendiri lain hukum, kalau kena batang hidung musuh dema lain pulak hukumnya yop! Dalam bahasa mat rempit, perangai ni dipanggil cakap tak serupa bikin, dalam bahasa omputeh dipanggil hipokrit, dalam bahasa syara’ dipanggil..eh, mike tau sendirilah yop..berkembar dengan Abdullah bin Ubay ler!

Apapun, keputusan Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti, integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi kehendak keadilan sejagat!

LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

mesti ada kemasukan kedalam dubur;
kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.
Teman yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!

Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah peruntukan Akta Keterangan yang digunapakai!”.

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik, akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kerana untuk mendapat kepastian legal samada unsur paksaan itu adalah elemen material kepada pembuktian liwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!

MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA’NAT

Ketiga, memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa maksud Mahkamah ALLAH?

Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!

Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful & Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya”.

Maka teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.

Malah teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan la’nat kepadanya! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebihkurang saperti berikut:

“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.

Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.

Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya, insya ALLAH!

Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!

Kepada Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata orang muqmin!

Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma’ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahualam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin/Zul4kulim

DEMO 901... IMBASAN (2)

MARI LIHAT VIDEO INI....





JUGA FOTO-FOTO BERIKUT :


Kesian makcik (muslimah PAS) ni. Naik sheikh sampai polis lelaki pun dia salamnya.




AWEK-AWEK GENIT PAS....

Kalau UMNO tak boleh berseluar ketat, yang halal hanya untuk tatapan orang PAS.


Minah saleh pun ada. Wow!!


Mat kopiah "Ko tengok awek tu punya seluar. Ketat tu sheikh." Mat Ikat Kepala "Ana tengah set kamera ni. Jap lagi bleh snap".






*Seronok ye pakcik-pakcik PAS boleh cuci mata. Sambil menyelam minum air.


SUMBER : MyMassa - tq

DEMO 901...IMBASAN (1)

Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah.
Kenapa pekerja Myanmar ini pegang topeng Anwar Ibrahim?

Penyokong import ini dibawa masuk subuh-subuh lagi. Mereka dibekalkan topeng untuk menutup wajah mereka dari dikenali oleh orang ramai.

MyMassa ada dedahkan bagaimana modus operandi mereka mengangkut pekerja asing ini (http://mymassa.blogspot.com/2012/01/updates-901-pekerja-kilang-mynmar.html). Ternyata pendedahan kami tepat sekali.


Perumahan Pekerja Mynmar di Balakong Berdekatan Giant
Skuad peninjau pagi tadi telah mengesan 3 buah Bas Sekolah telah mengangkut pekerja-pekerja Mynmar di kawasan tempat tinggal mereka di Balakong, berdekatan Giant. Apakah tujuan mereka menaiki 3 buah Bas Sekolah? Bukankah mereka ada Bas Kilang? Pekerja berdekatan yang ditemui tidak dapat menjawab tetapi memberitahu untuk satu majlis di Kuala Lumpur malam ini. Siasatan perlu diteruskan sekiranya ada unsur-unsur untuk menghuru-harakan negara kita menggunakan pekerja warga asing.

Tidak mustahil pekerja asing ini juga akan berfungsi sebagai pengundi hantu dalam PRU akan datang.


TQ < MyMassa >