Sunday, 25 December 2011

KARPAL CABAR RAMASAMY LETAK JAWATAN..!!!




Pertelingkahan di antara Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila Karpal Singh hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.
Karpal Singh, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.
“Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar,” katanya kepada pemberita di sini.
Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian berbahasa semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.
Karpal Singh berkata dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.
“Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu,” katanya.
Karpal Singh mencabar Ramasamy supaya memberikan nama mereka yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah,” kagtanya.
Pengerusi DAP itu berkata Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya. – BERNAMA

KENAPA MEREKA JADI BEGINI...???

CUBA BEZAKAN....... ANTARA KEBIJAKSAAN DAN......!!!

 



PELAJAR KITA SEKARANG MEMANG TERPELAJAR...TAPI TIDAK BIJAKSANA DI DALAM MELAKUKAN SESUATU TINDAKAN...

Friday, 23 December 2011

PUAK PR MAKIN PANASSSS!!! PENEROKA FELDA DAPAT BONUS INSENTIF !!!


Ini yang pembangkang cukup geram. Walau mereka cuba nak 'pusing' macam-macam tentang FELDA, namun hakikatnya agensi tetap steady!!!

Jumaat, para peneroka yang produktif mendapat berita gembira bila  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumukan pembayaran bonus insentif produktiviti.
Bonus  yang bergantung kepada penghantaran hasil itu adalah antara RM400 dan RM1,200 itu melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka FELDA dan berjumlah  RM102.6 juta.
Kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan  ia bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negaraserta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satukenyataan.
Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan FELDA pada akhir bulan ini.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti masing-masing," kata Najib.
Beliau berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangandinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan/hektar.
Bagi peneroka getah pula, kelayakan minimum ialah 600.01 kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/hektar.
Peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah adalah seramai 32,865 orang terdiri daripada 27,069 peneroka sawit dan 5,796 peneroka getah.
Najib berkata seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama Felda dan akanmenerima bonus maksimum RM1,200 seperti tahun lepas.
Katanya FELDA turut memberi pertimbangan khas kepada peneroka yang prestasi hasilnya rendah akibat tanaman tidak produktif serta menunggu giliran untuk tanaman semula melalui cara mengambil kawasan kebun mereka untuk tujuan pembangunan.
Mereka yang terlibat dalam kategori itu ialah tanaman peneroka yanghasilnya rendah disebabkan serangan musuh tanaman.
Kira-kira 2,500 peneroka yang terlibat dan kadar bayaran ialah RM400seorang.
Najib berkata seramai 16,686 peneroka didapati tidak layak menerima bayaraninsentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan hasil kurang daripadahasil minimum yang telah ditetapkan.
Peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasiljuga tidak dibayar bonus insentif, katanya.
"Saya menyeru warga peneroka agar menyertai program bersama FELDA selaras dengan usaha berterusan agensi itu untuk meningkatkan paras pendapatan peneroka melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang disedikan," kata Perdana Menteri.  - AgendaDaily

AFP SAHKAN DANA ASING DISALUR BANTU ANWAR...!!!

Ada Bukti.........


AIDCNews -23/12/11 – Bagaikan Iceberg, apa yang didedahkan AFP, 11 Disember, walaupun sedikit, namun nilainya sangat tinggi.
“Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor agensi berita tertua, AFP yang juga merupakan salah satu terbesar dalam AP.
NGO ini yang dimaksudkan itu merujuk kepada dua ranting penaja induk NED (National Endowment for Democracy) iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute) yang bekerjasama dengan Freedom House dan pertubuhan hak asasi manusia.
Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik dana yang diterima daripada pertubuhan hak asasi manusia, namun sudah mengetahui pengetahuan umum, OSI (Open Society Institute) milik George Soros merupakan dalang di sebalik pergerakan bertopeng hak asasi manusia itu.
Menurut laporan AFP, NED dan Freedom House menerima dana tahunan dari kerajaan Amerika Syarikat (AS). Misalnya NED menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres, manakala Freedom House menerima dana yang tidak dinyatakan jumlahnya dari Jabatan Negara AS.
Sebagai perbandingan, AFP membuat perbandingan apa yang berlaku di Malaysia dan Asia Tengggara adalah sama dengan apa yang berlaku di Timur Tengah.
AFP memetik laporan Akhbar New York Times bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menunjukkan kebangkitan dunia Arab didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat
Dalam rencana itu, menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti IRI, NDI, dan Freedom House, pertubuhan hak asasi manusia yang tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.
Regim Change

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pendedahan AFP itu dengan berkata dana disogokkan kepada pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan.
“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya. - AIDC

KHIR TOYO DI JATUHKAN HUKUMAN 12 BULAN PENJARA....




SHAH ALAM –  Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.
Beliau dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan serah hartanah kesnya di Seksyen 7 di sini.
Namun, hukuman tersebut ditangguhkan sehingga proses rayuan diputuskan oleh pihak mahkamah kemudiannya.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di
Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Jun lepas, 25 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada 8 Ogos lepas, Mohtarudin memerintahkan ahli politik itu membela diri atas pertuduhan itu pada keputusan di akhir kes pendakwaan.  - MyNewsHub 

MALAYSIA : IMF CREDIT OUTSTANDING....


ADA HUTANG TAK....???


ISUNYA.... DI SINI ..... DI SINI ...... DI SINI ....... DI SINI





LIHAT SENDIRI..!!!!! JUMLAH HUTANG MALAYSIA DI WORLD BANK...???

AMAT MENGEJUTKAN DAN HAMPIR TIDAK PERCAYA....!!!
DI KALA PEMBANGKANG MENGHEBOHKAN KONONNYA MALAYSIA BANYAK HUTANG DENGAN BANK DUNIA.... 
SEBALIKNYA LIHAT SENDIRI.... 
LIHAT ANGKA INI..!!!!



LEBIH JELAS: