Ini yang pembangkang cukup geram. Walau mereka cuba nak 'pusing' macam-macam tentang FELDA, namun hakikatnya agensi tetap steady!!!
Jumaat, para peneroka yang produktif mendapat berita gembira bila Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumukan pembayaran bonus insentif produktiviti.
Bonus yang bergantung kepada penghantaran hasil itu adalah antara RM400 dan RM1,200 itu melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka FELDA dan berjumlah RM102.6 juta.
Kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan ia bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negaraserta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satukenyataan.
Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan FELDA pada akhir bulan ini.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti masing-masing," kata Najib.
Beliau berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangandinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan/hektar.
Bagi peneroka getah pula, kelayakan minimum ialah 600.01 kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/hektar.
Peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah adalah seramai 32,865 orang terdiri daripada 27,069 peneroka sawit dan 5,796 peneroka getah.
Najib berkata seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama Felda dan akanmenerima bonus maksimum RM1,200 seperti tahun lepas.
Katanya FELDA turut memberi pertimbangan khas kepada peneroka yang prestasi hasilnya rendah akibat tanaman tidak produktif serta menunggu giliran untuk tanaman semula melalui cara mengambil kawasan kebun mereka untuk tujuan pembangunan.
Mereka yang terlibat dalam kategori itu ialah tanaman peneroka yanghasilnya rendah disebabkan serangan musuh tanaman.
Kira-kira 2,500 peneroka yang terlibat dan kadar bayaran ialah RM400seorang.
Najib berkata seramai 16,686 peneroka didapati tidak layak menerima bayaraninsentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan hasil kurang daripadahasil minimum yang telah ditetapkan.
Peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasiljuga tidak dibayar bonus insentif, katanya.
"Saya menyeru warga peneroka agar menyertai program bersama FELDA selaras dengan usaha berterusan agensi itu untuk meningkatkan paras pendapatan peneroka melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang disedikan," kata Perdana Menteri. - AgendaDaily
No comments:
Post a Comment