Parti politik guna nama Islam: Ilmuwan Islam ingatkan ada parti gagal laksana perjuangan apabila berkuasa -
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.
