Showing posts with label PESAWAT TERHEMPAS. Show all posts
Showing posts with label PESAWAT TERHEMPAS. Show all posts

Friday, 6 July 2012

KESILAPAN PILOT PUNCA PESAWAT TERHEMPAS

SEORANG pegawai penyiasat BEA, Alian Bouillard (kiri) memberikan penerangan tentang punca nahas pesawat Air France di Le Bourget, Perancis semalam

LE BOURGET, Perancis - Para penyiasat agensi BEA yang menyiasat kemalangan udara Perancis menyatakan kesilapan juruterbang dan kegagalan peralatan yang memberikan data silap sebagai punca sebuah pesawat syarikat penerbangan Air France terjunam ke dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009.
Agensi itu turut mencadangkan supaya juruterbang diberikan latihan yang lebih baik dan undang-undang perakuan pesawat dilaksanakan dengan lebih ketat.
Dalam nahas itu seramai 229 orang terbunuh.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbar tentang punca nahas tersebut di sini semalam.
Pesawat itu terbang dari Rio de Janeiro ke Paris dan terhempas semasa ribut.
Laporan siasatan itu menyatakan salah seorang juruterbang itu di kokpit menaikkan muncung pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya menurun sebelum ia terhempas.
Dia bertindak sedemikian kerana sensor memberikan data yang silap tentang kedudukan pesawat berkenaan. - Agensi

Saturday, 21 April 2012

PESAWAT TERHEMPAS, 127 MAUT.....

127 Maut Pesawat Terhempas

ISLAMABAD – Pesawat penumpang Boeing 737-200 milik Bhoja Airline terhempas ketika cuaca buruk dekat markas tentera udara Chaklala tidak jauh dari ibu negara, Islamabad, menyebabkan 127 orang terbunuh.
Kawasan kemalangan juga beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, kata Menteri Pertahanan, Chaudhry Ahmed Mukhar yang mengesahkan peluang tipis untuk penumpang terselamat.
Laporan lain menyatakan 131 maut manakala satu lagi menyatakan 122 terbunuh dalam nahas udara kali ini.
Hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan sekitar ibu negara ketika nahas berlaku pada 6.40 petang waktu tempatan.
Sumber lapangan terbang berkata, pesawat B4-213 Bhoja Airline itu dijadual mendarat di lapangan terbang Islamabad pada 6.50 waktu tempatan tetapi hilang hubungan dengan menara kawalan 10 minit sebelum itu dan terhempas ketika mendekati destinasi.
Baca seterusnya.... di sini