Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts
Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts

Saturday, 29 September 2012

JOM TENGOK.... 5 ORANG YANG TIDAK PERLU DIJADIKAN RAKAN FACEBOOK


Berapa ramai rakan Facebook  anda? Puluhan, ratusan atau ribuan? Namun apakah Anda benar-benar mengenali kesemua rakan yang ada di Facebook itu?

Dengan jumlah pengguna yang mencapai 900 juta lebih, Facebook memang menjadi laluan yang paling asyik untuk mencari teman. Sayangnya dengan alasan eksis, seringkali pengguna lupa bahaya yang mengintai di laman jejaring terbesar di dunia ini. Ramai dari mereka yang dengan mudahnya berteman dengan siapapun, padahal faktanya tidak sedikit kejahatan terjadi akibat teman di Facebook.

Oleh itu, Ada baiknya pengguna (termasuk teman) mulai sedar untuk memilih siapa saja atau  jenis rakan seperti apa yang memang benar-benar layak dijadikan teman di Facebook.

Untuk menghindari berteman dengan orang yang salah, maka Ada beberapa jenis orang yang seharusnya tidak perlu Anda jadikan teman seperti yang teman dapat dari Huffingtonpost.

1. Orang Asing


Saturday, 8 September 2012

HAKIM ARAH TUTUP AKAUN FACEBOOK


DHAKA : Sebuah mahkamah Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran dan beberapa agama lain.

Hakim di mahkamah tinggi di ibu kota Dhaka mengarahkan pemantau
telekomunikasi, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan polis menyekat halaman terbabit serta merta.

Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi. – Hakim
“Halaman berkenaan mengandungi kata-kata cacian dan kartun menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran selain Jesus Nabi Isa AS, Buddha dan Hindu,” kata peguam yang membawa kes itu ke mahkamah, Nawshad Zamir.

“Sasaran utama mereka ialah nabi dan al-Quran. Halaman di laman web berkenaan menjejaskan sentimen negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam selain pengikut agama lain juga.

“Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi,” kata hakim itu. Bagaimanapun, nama halaman web itu tidak didedahkan.

Hakim meluluskan perintah itu selepas satu petisyen bersama dikemukakan oleh seorang tenaga pengajar Universiti Dhaka dan ketua sebuah sekolah undang-undang.

Zamir berkata, pihak mahkamah juga meminta pihak berkuasa menyiasat siapa yang menghantar kartun itu selain ulasan menghina secara online.

Ia adalah kali pertama sebuah mahkamah Bangladesh bertindak untuk menutup halaman tertentu dalam Facebook atas dakwaan menjejaskan sentimen agama. Satu kes sama mengenai dakwaan ia mengandungi unsur penghinaan juga berlaku di negara jiran, India.

Pihak berkuasa Bangladesh sudah mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet sebelum ini.
Januari lalu, seorang pelajar ditahan di sebuah kampung pedalaman atas dakwaan menyiarkan kenyataan di Facebook yang menghina bapa Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Pada bulan yang sama, seorang pelajar Bangladesh berusia 29 tahun dihukum penjara enam bulan, meskipun tidak hadir di mahkamah, selepas menghantar satu mesej di Facebook mendoakan perdana menteri mati dalam satu kemalangan jalan raya.


Berita Harian

Thursday, 6 September 2012

MARKAS BARU FACEBOOK

California, AS - Meskipun sedang berhadapan dengan ketidakpercayaan pasar di  bursa saham, setelah nilai sahamnya masih terumbang ambing, Facebook ternyata tetap menjadi jejaring laman sosial terbesar di dunia.

Maka, rancangan untuk membuat markas yang sangat megah pun terus dibuat Mark Zuckerberg. Tentu menarik mencari tahu seperti apa rekabentuk dan wajah rangkaian bangunan yang disebut sebagai kampus Facebook itu.

Zuckberger sendiri telah menyuruh arkitek ternama, Frank Gehry, sebagai perekabentuk dalam rancangan ekspansi besar-besaran ibupejabat Facebook di Menlo Park, California tersebut.

Diklaim, markas baru yang telah direnovasi ini akan menjadi 'rumah' yang sangat nyaman bagi ribuan pekerja Facebook dalam berkarya.


 Berikut adalah rekabentuknya seperti dipetik dari The Wall Street Journal, Rabu (5/9/2012)

1. Konsep Inovatif





Saturday, 11 August 2012

AKAUN FB 'JOHARI PAIN JANJI KERAT' TELAH DITUTUP...!!!


Laman sosial yang menyokong Pandelela.
Laman sosial facebook yang menyokong Pandelela.

Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

Monday, 9 July 2012

FACEBOOK MINTA MAAF TERPADAM POST MENGENAI KEGANASAN DI SYRIA

Imej dari laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia tentang penyeksaan yang Article 19 post-kan di Facebook.

Facebook telah memohon maaf selepas mereka tersilap memadam post kumpulan kebebasan bersuara berikutan penyalahgunaan hak asasi manusia di Syria.

Facebook telah memadam kemas kini status oleh Article 19, yang berkempen untuk kebebasan bersuara, kerana berkait dengan laporan terperinci Pemerhati Hak Asasi Manusia tentang penyeksaan yang didakwa berlaku di negara Arab.

Dr Agnes Callamard, pengarah eksekutif Article 19, menuduh Facebook bertindak seperti "hakim, juri dan penghukum" dalam cara ia mengeluarkan bahan daripada laman web.

Status asal yang dikeluarkan dari page Facebook Article 19 adalah seperti berikut:
"@hrw publishes a shocking report into #torture in #Syria including geo-tagged detention centreshttp://t.co/H24E2VUn ^OS".

Facebook berkata dalam satu kenyataan: "Pautan ini telah dilaporkan ke Facebook. Kami menilai laporan itu secara manual dan kerana kelantangan yang tinggi, kadang-kadang kandungan yang tidak sepatutnya dibuang telah dipadam kerana berlaku kesilapan. Kami minta maaf tentang perkara ini. Organisasi berkenaan..harus cuba post-kan pautan itu sekali lagi."

Wednesday, 27 June 2012

PERHATIAN : FACEBOOK UBAH ALAMAT E-MAIL PENGGUNA



NEW YORK: Jika anda tidak melihat maklumat kawan Facebook anda untuk seketika, ia mungkin akan mengejutkan anda.

Rangkaian sosial dengan 900 juta profil itu telah mengubah alamat e-mel penggunanya dan menggantikannya dengan alamat yang berakhir dengan ‘@facebook.com.’ Perubahan itu berlaku semalam apabila setiap akaun e-mel peribadi individu digantikan dengan alamat yang dirasakan Facebook akan digunakan anda. Ini bermakna sesiapa yang mencari anda di Facebook dan ingin menghantar e-mel kini boleh melihat @facebook.com atau anda menukarnya secara manual.

Ini bermakna e-mel itu akan muncul melalui mesej Facebook dan bukan akaun lain. Facebook mendakwa perubahan itu bagi melindungi privasi pengguna dan keselamatan dengan tidak memaparkan alamat e-mel peribadi tetapi alamat e-mel laman itu yang lebih umum.


Jurucakap Facebook berkata: Sebagaimana kami mengumumkan April lalu, kami mengemas kini alamat di Facebook bagi menjadikan ia konsisten dengan laman kami.

“Sebagai tambahan, setiap individu menerima alamat, kami juga membuat reka bentuk baru yang memberi pengguna pilihan untuk memutuskan alamat mana yang mereka ingin paparkan.” - DM


myMetro


Wednesday, 13 June 2012

ALAMAK! AKAUN FACEBOOK AKAN LENYAP 8 TAHUN LAGI...???



KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.
Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.
Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.
“Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000″ Kata Jackson.
Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi – ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih.
Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu.
Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi – laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih.
“Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda” tambah Jackson lagi.
“Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih” tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, “Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya”. SUMBER

Saturday, 9 June 2012

GAJI LUMAYAN STAFF FACEBOOK.....PAS BOLEH MINTAK SUMBANGAN UNTUK LEBUHRAYA KE SYURGA..!!!!


Sebagai laman web jejaring sosial paling popular di dunia, Facebook agaknya mampu menggaji para pekerjanya dengan jumlah melimpah dan mewah. Memangnya berapa? 

Media Business Insider cuba mengorek dan mencari maklumat berapa gaji pekerja Facebook di dalam beberapa posisi. 

Gaji tertinggi diterima oleh Senior Software Engineer dengan pendapatan tahunan mencapai USD 132.503. Software engineer memang dinilai sebagai pekerja yang paling penting. Sebab mereka yang bertanggungjawab menterjemahkan idea Zuckerberg dan eksekutif Facebook menjadi program yang nyata. 

Sedangkan jabatan di Facebook yang menduduki posisi runner up gaji tertinggi adalah Product Manager. 

Pendapatan mereka USD 130.143.Product Manager memang punya tugas yang tidak kalah beratnya. 

Terutama memastikan produk baru Facebook dilancarkan tepat sesuai jadual. Tempat ketiga ditempati oleh User Interface Engineer. 

Pekerja di sektor ini berperanan membuat penampilan Facebook menarik bagi pengguna-pengguna.  

Berikut adalah senarai kedudukan pekerja dan gaji yang mereka terima di Facebook seperti yang disiarkan di ruang DI SINI

Senior software engineer USD 132.503
Product manager USD 130.143
User interface engineer USD 129.136
Machine learning engineer USD 123.379
Engineering manager USD 123.379
Research scientist USD 123.308
Network engineer USD 121.500
Business development manager USD 115.000
Software engineer USD 111.562
Introductory software engineer USD 100.000
Project manager USD 98.302
Operations engineer USD 82.626
Recruiter USD 80.580
Site reliability engineer USD 80.413
Product designer USD 79.000
Software engineering intern USD 74.700
Account executive USD 62.124

DERMALAH .... UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN POK NIK AGAR DAPAT MEMBINA LEBUH RAYA NI ...hehehe

Sunday, 3 June 2012

FACEBOOK DI GODAM WAKTU MALAM.... !!!


GANGGUAN dialami laman Facebook, malam kelmarin.

NEW YORK: Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam kelmarin selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous.

Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5). 

Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses. Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin.

Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.

Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi.

Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard. 

“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. -  myMetro

Sunday, 20 May 2012

PENGASAS DAN JUTAWAN FACEBOOK BERKAHWIN DI BELAKANG RUMAH DAN DIHADIRI KURANG DARI 100 TETAMU..!!!

Foto yang disediakan oleh Facebook menunjukkan Pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg bersama Priscilla Chan ketika majlis perkahwinan mereka di Palo Alto, California. Zuckerberg mengemaskini statusnya kepada "berkahwin" pada hari Sabtu. Majlis diadakan di belakang rumah Zuckerberg yang dihadiri kurang daripada 100 orang tetamu, yang pada mulanya menganggap majlis itu sebagai meraikan Chan yang tamat pengajian.


CALIFORNIA: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg, pada Sabtu mengemaskini statusnya kepada “berkahwin”.
Zuckerberg dan Priscilla Chan yang berusia 27 tahun itu berkahwin pada satu upacara kecil di rumahnya Palo Alto, California, menjadikan minggu ini sibuk untuk pasangan itu.
Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya dalam satu penyenaraian saham yang dinanti-nantikan dalam sejarah Wall Street pada Jumaat.
Chan, bergraduat pada Isnin, dari sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco, hari yang sama Zuckerberg berusia genap 28 tahun.
Pasangan itu bertemu di Harvard dan telah bersama selama lebih daripada sembilan tahun.
Seorang jurucakap syarikat itu berkata Zuckerberg mereka bentuk cincin perkahwinannya sendiri.
Majlis perkahwinan diadakan di belakang rumah Zuckerberg yang mana kurang daripada 100 orang tetamu pada awalnya berfikir mereka berada di sana untuk meraikan Chan yang tamat pengajian.
Walaupun selepas menyenaraikan saham, Zuckerberg kekal pemegang saham tunggal terbesar di Facebook, dengan 503,6 juta saham.
Beliau mengawal syarikat dengan 56 peratus saham.
‘Tapak Facebook’ yang dibina di dalam bilik asrama lapan tahun lalu dan telah berkembang menjadi rangkaian sosial di seluruh dunia dengan hampir satu bilion orang.
Zuckerberg mengasaskan Facebook di Harvard pada tahun 2004.
Beliau telah dinamakan sebagai ‘Time’s Person of the Year’ pada 2010 pada usia 26 umur.
Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry, New York.

Tuesday, 8 May 2012

FITNAH PM DI FB PAGE - PAKATAN KANTOI..!!!


Fitnah terbaru fuckatan yang berjaya dikantoikan. Dek kerana terlalu terdesak, mereka kini sanggup klon fb page PM kesayangan rakyat untuk mewujudkan kekeliruan.


Ini juga satu petanda bahawa pengaruh DS Najib di media sosial sudah menjadi ancaman buat fuckatan. 


Jadi kepada yang berminat untuk berkawan dengan pm 1malaysia, hati-hatilah apabila mencari akaun yang sebenar. Jangan sampai terperangkap dalam lubang najis fitnah fuckatan.
-   My Massa   -

PADAH SEBARKAN TINDAKAN BODOH DI FACEBOOK..!!!



South Carolina – Tindakan bodoh seorang wanita yang memusnahkan harta benda bekas teman lelakinya dan kemudian menulis mengenai perkara itu dalam Facebook akhirnya menerima padah.
Dia berjaya dikesan oleh pihak berkuasa selepas teman lelakinya itu menunjukkan mesej dalam facebook berkenaan kepada polis.
Dalam kejadian itu, wanita berusia 27 tahun tersebut telah memasuki rumah bekas kekasihnya, dan kemudian merosakkan meja snookernya dengan menuang minyak sayur-sayuran dan turut membuang bola snooker.
Bola itu dibaling ke seluruh rumah menyebabkan berlaku kerosakan pada barang-barang milik lelaki tersebut.
Kejadian berlaku selepas dia singgah di rumah tersebut untuk mengambil semula barang-barang miliknya selepas mereka berpisah.
Kerana marah, dia tidak dapat mengawal emosi lalu bertindak merosakkan barang-barang tersebut.
Berikutan itu, dia terpaksa menghabis masa semalaman dalam lokap.
Pihak berkuasa kini masih menyiasat kes tersebut dan jumlah kerugian yang dialami lelaki terbabit.
Menurut bekas teman lelakinya, wanita itu tidak menetap di rumah terbabit sebaliknya hanya bermalam pada masa-masa tertentu sahaja.