Showing posts with label CHELSEA. Show all posts
Showing posts with label CHELSEA. Show all posts

Sunday, 20 May 2012

AKHIRNYA.... CHELSEA MUNCUL JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2011/12....!!!

  





Chelsea Juara Liga Juara-Juara Eropah


Chelsea membenam Bayern Munich untuk memenangi Liga Juara-juara buat pertama kali selepas Didier Drogba menyempurnakan sepakan penalti di Allianz Arena selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan...


Perlawanan akhir UEFA Champions League antara Bayern Munich vs Chelsea berlangsung dengan kemarau jaringan gol pada separuh masa pertama perlawanan. Begitu juga sewaktu perlawanan separuh masa kedua bermula sehingga kemarau gol berakhir pada minit ke-83 dengan gol hasil jaringan pemain Bayern Munich,T. Müller.

Tetapi Didier Drogba kembali menghangatkan suasana di minit terakhir perlawanan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88  hasil tendangan sudut oleh Juan Mata yang ditanduk kencang ke gawang Bayern Munich. Wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan dengan tambahan masa 5 minit yang penuh debaran.

Dalam masa tambahan pertama, Didier Drogba menjatuhkan Franck Ribéry dan Bayern Munich mendapat peluang besar untuk menang perlawanan ini apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-93, tetapi Arjen Robben gagal menyudahkan sepakan penalti tersebut apabila dapat dibaca oleh penjaga gol Chelsea, Petr Čech.

Perlawanan masa tambahan 30 minit berakhir dengan kedudukan masih terikat 1-1  dan membawa ke penentuan melalui sepakan penalti. Untuk rekod, "no English club has lost on spot kicks to a foreign team". AkhirnyaChelsea dinobatkan sebagai Juara Champions League 2011/12, menang sepakan penalti  4-3 menewaskan Bayern Munich.



TQ - ZULKBO

Monday, 16 April 2012

CHELSEA ~ BELASAH TOTTENHAM, MELANGKAH BERGAYA KE FINAL

Chelsea Melangkah Bergaya Ke Final Piala FA

CHELSEA menempah pertemuan final Piala FA dengan Liverpool selepas mereka mudah membelasah Tottenham 5-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Selepas Chelsea mendahului 2-0 hasil jaringan Didier Drogba (43) dan Juan Mata (49), Tottenham berjaya merapatkan kedudukan menerusi Gareth Bale (56).
Namun anak-anak buat Roberto Di Matteo terus garang selepas itu apabila berjaya menambah tiga lagi gol pada penghujung permainan menerusi Ramires (77), Frank Lampard (81) dan Florent Malouda (90).
Bagaimanapun gol kedua Chelsea yang dijaringkan Mata mengundang kontroversi kerana ia belum melepasi garisan gol tetapi pengadil, Martin Atkinson mengesahkannya sebagai jaringan.
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata: “Atkinson melihatnya semula dan tahu dia melakukan kesilapan dan berkata, dia akan menghadapi minggu yang cukup teruk. Tapi ia satu kesilapan dan tindakannya itu bukan atas tujuan tertentu.
“Saya tak nampak mengapa dia perlu beri jaringan itu. Tak nampak pun bola sudah melepasi garisan. Tiada apa perlu dikatakan lagi, teknologi garisan gol perlu diaplikasi segera. Situasi seperti ini tak boleh berterusan. Ia keputusan penting yang menentukan hala tuju perlawanan.
Sementara itu, Di Matteo pula berkata: “Dalam kes gol kedua itu, kami agak bertuah tetapi beberapa insiden sebelum itu memang keputusan pengadil tidak memihak kepada kami. Namun kami bukan hanya jaringan dua gol, tetapi lima.”
Final Piala FA di antara Chelsea dan Liverpool bakal berlangsung 5 Mei depan.

Thursday, 5 April 2012

CHELSEA DAN REAL MADRID MARA KE SEMI-FINAL LIGA JUARA-JUARA


'the blues'

LONDON - Chelsea berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-juara selepas menewaskan Benfica 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di sini dan sekali gus mencatat kemenangan agregat 3-1.

Sepakan penalti oleh Frank Lampard Chelsea mendahului pada separuh masa pertama sebelum pasukan pelawat kehilangan seorang pemain selepas kaptennya Maxi Pereira dibuang pada pada minit ke-40 akibat menerima kad kuning kedua oleh pengadil Slovenia, Damir Skomina.

Bagaimanapun, Javi Garcia menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan sehinggalah Raul Meireles memastikan kemenangan kelab London pada masa kecederaan.

Chelsea akan bertemu juara bertahan Barcelona yang menyingkirkan AC Milan semalam di separuh akhir.

Sementara itu di MADRID, juara sembilan kali, Real Madrid turut mara ke separuh akhir selepas membenam APOEL Nicosia 5-2 menjadikan kemenangan agregat 8-2.

Jaguh Sepanyol itu akan bertemu Bayern Munich dari Jerman dalam satu lagi pertemuan separuh akhir. - AFP