'the blues'
LONDON - Chelsea berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-juara selepas menewaskan Benfica 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di sini dan sekali gus mencatat kemenangan agregat 3-1.
Sepakan penalti oleh Frank Lampard Chelsea mendahului pada separuh masa pertama sebelum pasukan pelawat kehilangan seorang pemain selepas kaptennya Maxi Pereira dibuang pada pada minit ke-40 akibat menerima kad kuning kedua oleh pengadil Slovenia, Damir Skomina.
Bagaimanapun, Javi Garcia menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan sehinggalah Raul Meireles memastikan kemenangan kelab London pada masa kecederaan.
Chelsea akan bertemu juara bertahan Barcelona yang menyingkirkan AC Milan semalam di separuh akhir.
Sementara itu di MADRID, juara sembilan kali, Real Madrid turut mara ke separuh akhir selepas membenam APOEL Nicosia 5-2 menjadikan kemenangan agregat 8-2.
Jaguh Sepanyol itu akan bertemu Bayern Munich dari Jerman dalam satu lagi pertemuan separuh akhir. - AFP
No comments:
Post a Comment