Showing posts with label BAJET 2013. Show all posts
Showing posts with label BAJET 2013. Show all posts

Saturday, 29 September 2012

KOMEN NIK AZIZ MENGENAI BAJET 2013



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah. Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Friday, 28 September 2012

DI ANTARA YANG MENARIK UCAPAN BAJET 2013


Berikut adalah petikan menarik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 bertema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” di di Dewan Rakyat pada Jumaat.
1.”Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah, tetapi sebenarnya merupa racun berbisa”.
2 “Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran, biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipurlara, sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat”.

BAJET 2013 : MEMAKMURKAN NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT - SEBUAH JANJI DITETAPI





Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini: