Friday, 17 July 2020

PENDAKWAH SAMAN SITI KASSIM BERJUMLAH RM2 JUTA

Pertikai guna 'takwim', Hilal anggap 'sentap', Rozaimi persenda ...

KUALA LUMPUR - Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung menyaman peguam, Siti Kassim sebanyak RM2 juta berhubung satu kes fitnah.

Saman tersebut bertujuan memberi pengajaran selain membuktikan ketegasannya mempertahankan hak sebagi individu.

Firdaus berkata, walaupun sering menggunakan “pendekatan lembut” namun, ia tidak bermaksud dirinya lemah dalam menangani sesuatu perkara.

 “Kita berlemah lembut tetapi ada masanya kita perlu bertegas. Lembut pada tempatnya tetapi jangan sesekali nampak lemah.

“Tegas bila melampaui batas bukan bermakna tidak sabar kerana Baginda (Nabi Muhammad SAW) juga bertegas dalam situasi tertentu,” katanya di Instagram, hari ini.

Tindakan dibuat selepas menerima nasihat peguam apabila Siti didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Firdaus menerusi akaun Facebooknya.

Pada Jun lalu, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat antara mereka berdua di laman Facebook masing-masing.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Sehubungan itu, Firdaus berkata, beliau tidak akan berdiam diri lagi selepas diserang orang individu terbabit dan sudah sampai masa untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir.

“Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua.

“Semoga ada kebaikan dari saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. Allahuma Ameen,” ujar beliau.

Sumber Foto: Google


No comments: