Sunday 7 April 2019

PEMAIN GOLF MUDA NEGARA MENINGGAL DUNIA KETIKA JELAJAH PGA DI HONG KONG



PEMAIN golf Malaysia, Arie Irawan Ahmad Fauzi meninggal dunia akibat mati mengejut di dalam bilik hotel di sebuah resort peranginan di Hong Kong, hari ini.

Menurut kenyataan Jelajah PGA, pemain terbabit berusia 28 tahun.
Arie bergelar pemain profesional pada 2013 dan memenangi dua kejohanan Jelajah Pembangunan Asia pada 2015.
Dia terlepas ‘cut’ pertengahan saingan pada Kejohanan Sanya yang merupakan acara kedua dalam Siri Jelajah PGA China.
"Jelajah PGA dan Persatuan Golf China sedih dengan kehilangan salah seorang ahli kami. Kami mengucapkan takziah kepada isteri Arie, Marina serta ibu-bapanya, Ahmad dan Jeny," menurut kenyataan PGA itu lagi.
"Apabila peristiwa seperti ini berlaku dalam dunia gold, kami semua turut sama-sama berasa sedih.
"Sebagai menghormati keluarganya, pegawai kejohanan membatalkan pusingan final Kejohanan Sanya dan ia menjadi acara 54-lubang."
Bagaimanapun, laporan bedah siasat masih belum lengkap, menurut kenyataan itu.
Karier golf Arie terjejas pada 2016 selepas terbabit dalam kemalangan motosikal dan terpaksa berehat selama beberapa bulan.
Dia berada dalam ranking 1,366 dunia minggu ini.
Dia berkahwin dengan Marina Malek, Mei lalu dan isterinya kadangkala menjadi caddie kepada Arie dan mengakui tidak banyak tahu mengenai golf.

No comments: