Sunday 7 April 2019

JIKA STATUT ROM ICC ITU BAGUS, APA YANG SEDANG BERLAKU DI PALESTIN DAN RAKYATNYA TIDAK AKAN BERLAKU - TMJ


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada  meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail menggunakan hujah keberkesanan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui banyak negara namun kekejaman berterusan masih dialami rakyat Palestin.
Tweet yang bermaksud sama juga dimuat naik dalam bahasa Inggeris.

Beliau sebelum ini lantang mempertikai kewajaran Malaysia menyertai Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani.

Namun begitu, apabila timbul bangkangan daripada pelbagai pihak mengenainya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya pada Jumaat mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom itu.

No comments: