Mana janji sebelum Pilihanraya... ???
Aku nak khabarkan jangan risaukan di mana UMNO hilang! Tetapi risaukan nasib kamu wahai orang-orang melayu! Adakah ini yang kamu maksudkan demi masa depan anak-anak kamu maka hanya Mahathir dan Guan Eng dapat menyelamat dan menyelesaikan.
Kenapalah nak salahkan UMNO sedangkan anda percaya segala Fitnah terhadap Dato Sri Najib itu benar!
Malaysia muflis di bawah Dato Sri Najib itu anda percayakan benar! sedangkan Dato Sri Najib boleh mentadbir negara yang dituduhkan muflis selama 9 tahun dengan tenang, berjaya dan diperakui oleh bank dunia hingga hampir 50 pengiktirafan dalam 5 ekonomi terbaik di asia dan dunia.
Malah Dato Sri Najib telah buktikan dia mampu naikkan BR1M hingga RM2000 walaupun negara dikatakan muflis.
Ds Najib mampu tambah penjawat awam dari 1.4 juta pada 2013 kepada 1.6 juta 2018 dengan kenaikan gaji sekali ganda malah bonus bertambah-tambah setiap tahun! Walhal kamu percaya Malaysia telah muflis!
Malah sebelum ini 100,000 warga felda tersenyum setiap tahun ada je buah tangan dan bonus malah untuk kali PRU14 janji untuk hapuskan hutang peneroka tetapi sayang sudah jadi tidak menarik! sebab janji PH lagi best kata mereka walaupun dalam masa sama PH kata pada waktu malaysia bankrap!
Sekarang PH katakan malaysia bankrap dan terpaksa tangung kerugian 21 bilion kerana nak mansuhkan GST! Maka semua janji tak boleh PH tunaikan. Manakala harga barang tidak juga turun-turun! ADAKAH INI SALAH UMNO?
Anda khianati keikhlasan sifat permurah dan prihatin mantan perdana menteri ke-6... ADAKAH ITU SALAH UMNO? Walhal anda percaya itu rasuah politik!
Ada mengundi dan secara tak langsung mengamanahkan Mahathir dan Guan Eng untuk mansuhkan JAKIM, Pecat Penjawat Awam, lawan hina caci kedudukan Raja-Raja malah guru agama, Tahfiz imam dan tok siak hilang pembelaan yang sebelum ini bernilai 1 bilion setiap tahun!
Oleh kerana anda yang memangkah Pakatan Hipokrit yang dikepalai DAP melantik Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke-7. ADAKAH ITU SALAH UMNO?
Walhal orang-orang melayu sudah berbuih kami UMNO, memperingatkan semua ini akan berlaku tetapi anda katakan itu khayalan yang sekadar menakut-nakutkan rakyat. Bila sekarang, semua satu persatu berlaku adakah ini kerana SALAH UMNO!
Jika dulu anda mengundi kerana emosi cuba untuk kali ini anda yang mengundi PH berfikir dengan akal! BETUL TAK APA YANG DIPERKATAKAN SIAPA MAHATHIR DAN DAP OLEH DATO SRI NAJIB SEBELUM INI?
Jika anda sudah bersedia berfikiran waras dari titik itulah UMNO akan bangkit kembali membela nasib AGAMA BANGSA RAJA-RAJA DAN NEGARA.... Sudahkah anda berubah....
Nukilan Mohd Fadzil - SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG SUDAH BERSEDIA UNTUK BERFIKIR DGN WARAS!
No comments:
Post a Comment