Friday, 27 April 2018
ISU ISLAM DAN DAP : DIRA JAWAB WARDINA
Menjawab Wardina isu ISLAM & DAP
Wardina, Malaysia ini ada satu agama rasmi iaitu AGAMA ISLAM.
Biarpun begitu, Malaysia dibawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional tetap mengamalkan kesaksamaan mengikut undang-undang yang ditetapkan dan diperkenan oleh YDP Agong. Kita hari ini tetap mengamalkan kesaksamaan, iaitu semua bangsa dan agama akan merasai keistimewaan dari segi prasarana, kemodenan, perniagaan dan lain-lain.
Tahukah Wardina apa yang DAP perjuangkan?
Apa yang pembangkang cuba praktikkan adalah untuk mencabul hak ini dengan memperkecilkan hak Islam dan Orang Melayu di tanah Melayu ini sendiri.
Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia - satu slogan yang agak panas saya kira; dimana falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi sebaliknya semua agama patut disamaratakan.
Ini bermaksud golongan murtad perlu diberi hak.
Golongan liberalis perlu dibebaskan.
Golongan LGBT, yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi sanjungan.
Inikah yang Wardina mahu?
Belum lagi memerintah DAP telah mencabar orang Islam Melayu dengan menolak RUU 355.
Belum lagi memerintah DAP pelbagai isu telah timbul di Penang seperti memperlahankan azan dan sebagainya.
Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana. Tetapi bagi kami disini (UMNO & Barisan Nasional) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar tidak runtuh dek kejarkan kuasa.
Dira Abu Zahar
Exco Puteri Umno Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment