Friday 27 April 2018

DATO' USTAZ KAZIM TIADA KEINGINAN BERTANDING PRU14

Assalamualaikum..

Saya tiada keinginan untuk menyertai politik dan memasuki pilihanraya. Sy lebih selesa menjadi penceramah yg boleh bergerak ke seluruh Malaysia dan diluar negara utk menyampaikan dakwah Islam.Sy telah meletakkan diri sy sbg pendakwah dan sy bercita2 menghabiskan usia sy sbg pendokong dakwah sehingga ke hujung hayat.


Saya akui dipelawa untuk bertanding bg pilihanraya kali ini dan saya menolak dgn baik kerana cintakan Pusat Pendidikan Al Barakah yg sy asaskan 12 tahun lepas jgk kerana pendirian sy iaitu sy nak jadi pendakwah sahaja serta sy bukan ahli dlm bidang politik.Sy jgk didatangi oleh pelbagai parti dan individu untuk menjalin kemesraan dan sbg pendakwah sy menerima dgn baik setiap kunjungan, sapaan serta memberi dan menerima nasihat.

Saya pernah menyertai sebuah parti politik sbg medan perjuangan dan sy rasa sy lebih sesuai sbg penceramah bebas dan tidak berhasrat utk menyertai mana2 parti politik setakat ini.

Walau sbg calon BEBAS pun sy tidak berminat kerana politik bukan bidang saya dan biarlah ahlinya shj yg berurusan dgn bidangnya.Jugak ada permintaan sy supaya menjadi calon bebas pun sy tolak kerana sy ada tanggungjawab lg besar utk menjaga 1000 org pelajar dan 67 kakitangan Al Barakah.Sy rasa tgjawab sbg Pengerusi Al Barakah dan penceramah sudah terlalu besar utk sy berkhidmat kpd masyarakat.

Sy pernah dipelawa untuk menduduki kerusi MT dan itupun sy tolak maka apatah sgt dgn menjadi calon. Buat yg mempelawa sy menyertai pilihanraya sy ucapkan terima kasih dan sy berpendirian biarlah sy menjadi pendakwah yg boleh bercakap dimana sahaja dan kpd sesiapa sahaja an ianya lebih dekat dihati sy.

Sy ke Jepun baru2 ini kerana ada jemputan disana, sy jgk membawa rombongan dan salah satu sebabnya ialah kerana tidak ingin terlibat dgn mana2 parti politik ketika saat pencalonan sibuk diuruskan.Itu lah tanda sy tidak berminat dan tidak akan menyertai pilihanraya atas apa tiket sekalipun.

Sy ucapkan selamat berpilihanraya dan berkempenlah dgn nilai2 dan akhlak sbg seorang Muslim dan selamat maju jaya kpd semua yg bertanding.

Sekian.. harap maklum.

Dato' Mohammad Kazim bin Elias
Pengerusi 
Pusat Pendidikan Al Barakah
Ipoh Perak.

Spekulasi yang dimuatkan di dalam Sinarharian sebelum ini menyatakan khabar angin yang mula bertiup kencang menyatakan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias akan bertanding pada PRU kali ini atas tiket bebas.  Andaian itu dibuat hanya dengan merujuk kepada status dimuat naik dalam akaun Instagram DUKE yang kononnya memberi bayangan tersebut dengan gambar beliau seakan berada di lapangan terbang. 

Berita disensasikan lagi dengan kenyataan bahawa dua abangnya iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Mohd Najmuddin Elias dan penyandang kerusi Dun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah turut menimbang keputusan untuk bertanding bebas.

No comments: