Monday, 5 March 2018

POKOK GERGASI DEPAN KLCC TUMBANG HEMPAP PASANGAN BARU NIKAH

Gambar dan video: Orang awam cedera pokok 'gergasi' tumbang depan KLCC

Pokok yang tumbang di Jalan Ampang pagi tadi adalah disebabkan pereputan pada bahagian akarnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal dan berlaku di luar jangkaan.

Image may contain: outdoor

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan hari ini berkata pereputan akar pokok itu menyebabkan pokok tidak stabil dan mudah tumbang.  Menerusi akaun Twitter pada pagi Isnin, DBKL juga memaklumkan bahawa pokok itu tumbang di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menuju ke Avenue K.


DBKL berkata, pokok itu menghempap orang awam di kawasan itu, sambil menambah bahawa polis trafik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah berada di lokasi.
Image may contain: 1 person, standing, flower, shoes and outdoor
Dalam kejadian kira-kira jam 7.43 pagi tadi, sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, menyebabkan sepasang suami isteri mengalami kecederaan parah. Mangsa, Mira Ezva Abd Rasid, 25, berkata beliau dan suami, Norazrul Ahmad, baru melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Cheras, malam tadi.

Berikut beberapa video mengenainya..

Post a Comment