Wednesday, 28 February 2018

ORANG UMNO JANGAN BIMBANG, CAWANGAN TIDAK AKAN TERBATAL


SEMAKIN hampir bahang PRU14 maka semakin tinggi suhu semangat ahli-ahli parti UMNO tertutamanya dalam menghadapi pelbagai isu ciptaan pihak pembangkang. Terbaru, ahli UMNO ditakut2kan kononnya cawangan UMNO akan terbubar secara otomatik berikutan tidak mengadakan AGM sehingga hari ini, 28 Februari 2018. 

Bagaimanapun, sebenarnya cawangan UMNO di seluruh negara tidak akan terbubar akibat penangguhan pemilihan parti kerana keputusan penangguhan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja ditularkan dengan tujuan untuk mengelirukan orang ramai serta memburukkan imej parti.
“Majlis Tertinggi UMNO telahpun memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selewat-lewatnya sehingga 19 April 2019 dan keputusan ini mendapat kelulusan ROS.
“Oleh itu, dakwaan sesetengah pihak bahawa cawangan UMNO di seluruh negara bakal luput adalah palsu dan tidak berasas sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelulusan penangguhan pemilihan tersebut merujuk kepada Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang mana Pendaftar Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan mana-mana pertubuhan berdaftar dengan syarat satu permohonan bertulis dibuat.

No comments: