Monday, 26 February 2018

TIDAK ADIL TUDING JARI PADA NAJIB


Tidak Adil Menuding Jari Kepada Najib Dalam Perjanjian Konsesi Tol Tun Mahathir

Oleh: Eric See To

1. Saya merujuk kepada artikel portal MalaysiaKini menyiarkan berita bertajuk _“Where was Najib when toll deals signed, asks ex-NST editor” (“Di mana Najib ketika perjanjian tol ditandatangani, tanya bekas editor NST”)_. Penulis cuba menuding jari kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak sebagai terlibat dalam perjanjian konsesi tol, yang kebanyakannya adalah berat sebelah, yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau berkhidmat, atas sebab Najib juga merupakan anggota kabinet ketika itu.


2. Walaupun Najib menjadi menteri cabinet sejak 1980-an, beliau tidak pernah berada dalam Kementerian Kewangan di Kementerian Kerja Raya atau menjadi Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU).

3. Perjanjian konsesi tol biasanya dirundingkan di bawah EPU yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri dengan input dari Kementerian Kewangan – yang mana diketuai sendiri oleh Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim dan Mahathir.

4. Sebagai contoh, konsesi permainan 20 tahun untuk pertaruhan sukan telah diberikan tanpa tender oleh Kementerian Kewangan pada bulan Jun 2003 – hanya empat bulan sebelum beliau bersara pada 31 Oktober 2003. Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Mahathir sendiri.

5. Oleh itu, lesen eksklusif ini telah dianugerahkan secara senyap oleh Mahathir kepada salah seorang rakan sekutunya yang paling rapat dengan harga murah pada RM25 juta tanpa pengetahuan kabinet.

6. Pada masa itu, eksekutif industri permainan Malaysia menganggarkan bahawa operasi pertaruhan sukan yang lumayan seperti itu, yang menawarkan pertaruhan untuk acara seperti pertandingan bola sepak tempatan dan asing serta perlumbaan kuda, boleh menjana pendapatan tahunan kira-kira RM1 bilion.

7. Wall Street Journal (WSJ) telah melaporkan perkara ini beberapa kali pada masa itu dan mengatakan bahawa pengganti Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya hanya mengetahui bahawa lesen itu diberikan pada tahun berikutnya selepas Mahathir bersara.

8. Memandangkan Tun Abdullah juga ada dalam kabinet sebelum Tun Mahathir bersara, ini bermakna bahawa Tun Mahathir tidak membawa pemberian lesen ini kepada kabinet untuk perbincangan dan kelulusan. Ini membuktikan bahawa kabinet tidak diberitahu langsung mengenai semua perjanjian konsesi semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

9. Di bawah Perdana Menteri Abdullah dan Najib, pemegang lesen itu tidak pernah diberikan kelulusan untuk memulakan operasi.

10. Pada bulan Jun 2010, Tun Mahathir telah mengesahkan secara terbuka bahawa lesen seperti itu telah diberikan olehnya dan direkodkan sebagai berkata bahawa jika beliau masih Perdana Menteri beliau akan membenarkan pemegang lesen itu memulakan operasi atas alasan bahawa “orang Cina suka berjudi”.

11. Apa-apa pun, Tun Mahathir secara terbuka telah mengambil tanggungjawab terhadap perjanjian tol berat sebelah pada tahun 2007 apabila beliau dipetik sebagai berkata:

_“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu betulkan. Apa yang ada adalah satu kabinet yang tidak begitu berpengetahuan setiap masa kerana ia bukan terdiri daripada pakar tetapi ahli politik (dan) sesetengah ahli politik seperti saya kadang-kadang boleh menjadi bodoh,”_ kata Tun Mahathir.
http://www.thesundaily.my/node/171646

12. Pemberian lesen perjudian 20 tahun secara senyap oleh Tun Mahathir kepada salah seorang rakan rapatnya membuktikan bahawa di bawah Tun Mahathir, tidak semua perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan dibincangkan dalam kabinet.

13. Terdapat juga keraguan sama ada kabinet juga diberitahu tentang keputusan oleh Kementerian Kewangan di bawah Tun Mahathir untuk menulis surat kepada Telekom Malaysia pada 7 Oktober 2003 (kurang dari dua bulan sebelum Mahathir bersara) untuk memberi kelulusan untuk Telekom Malaysia untuk menganugerahkan kontrak bekalan RM214.2 juta selama 3 tahun melalui rundingan terus ke Opcom Sdn Bhd di mana Mukhriz Mahathir adalah pemegang saham majoriti.

Mungkin Mukhriz mahu menjelaskan perkara ini?

No comments: